Written by AbangNara | February 26th, 2015

Selaku ayah anak dua, Abang Nara agak skeptikal apabila diminta untuk memandu uji  kereta Toyota Vios untuk sehari. Secara jujur, pandangan Abang Nara, Vios ini untuk orang muda. Yang suka bawa laju, eksekutif muda dan bukannya untuk mereka yang sudah berkeluarga macam Abang Nara. toyota vios Namun kata orang belum cuba belum tahu. Lagipun bukan senang nak dapat ‘test drive’ kereta untuk seharian. Boleh lenjan habis-habisan. Abang Nara memang tak pernah bawak kereta Vios selama ini. Nak juga rasa macam mana perasaan bawak kereta Toyota Vios. Selalu tengok kat jalan nampak macam smooth dan selesa je. Untung-untung Toyota Vios ini sesuai dengan jiwa Abang Nara. toyota viosAbang Nara diberi kereta Toyota Vios 1.5G. Varian yang ini lebih kepada stylish terutama bahagian dalamannya. Masuk-masuk je Abang Nara dah perasan beberapa perkara yang tampak amat premium iaitu interiornya yang keseluruhan berwarna hitam serta tempat duduk kulit yang amat selesa (pun warna hitam jugak).

toyota vios

nampak smart sungguh semua interior warna hitam

toyota vios

ini pandangan daripada depan. Cool kan?

toyota vios

bahagian belakang pun hitam sepenuhnya. Hitam itu memang menawan

Lagi satu ciri Toyota Vios 1.5G yang unik bagi Abang Nara ialah ‘front foot illumination light’. Kalau korang perhatikan betul-betul gambar di bawah, pasti korang akan sedar kewujudan warna biru di tempat letak kaki pemandu . Itulah ‘front foot illumination light’. Kat tempat penumpang depan pun ada lampu ini. Selain menceriakan suasana, ia juga memudahkan kita mencari barang seperti kunci rumah yang terjatuh di celah-celah kaki. Sesuai sangat untuk orang yang ada anak kecik macam Abang Nara ini. Memang genius sungguh orang yang muncul dengan idea ini. toyota vios Selaku seorang ayah, fungsi smart entry dan push start di Toyota Vios 1.5G ini memang feveret. Bayangkan tangan kiri kanan penuh dukung anak. Tak ke susah kalau kena keluarkan kunci daripada poket seluar untuk buka pintu. Dengan smart entry, hanya perlu tekan butang di pintu sahaja. Tup-tup terus bukak. Selamat pun selamat lebih-lebih lagi untuk perempuan yang membawa beg tangan. Tak payah nak habiskan masa 5-10 minit cari kunci sekaligus membahayakan diri. Terus tekan je butang kat pintu.

toyota vios

saja keluarkan kunci untuk tunjuk kat korang

Dari segi luaran, rekabentuk Vios memang menarik terutamanya buat orang muda. Rekabentuknya masih ikonik seperti Vios yang terdahulu. Namun selaku seorang ayah, Abang Nara lebih pentingkan ciri-ciri lain. Rekabentuk ini jatuh tempat kedua. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah daytime running light, tempat letak barang @bonet yang besar (506 liter) dan juga enjin VVT-I yang pastinya menjamin penjimatan minyak. Selain itu sudah tentu keluasan tempat duduk belakang sebab nak letak baby seat untuk anak-anak Abang Nara.

toyota vios

bonet boleh muat stroller dan car seat untuk baby. Banyak lagi ruang kosong tue

toyota vios

yeah!! Muat 2 baby seat dan tengah ada kosong untuk sorang lagi duduk

Selepas mengambil Toyota Vios 1.5G ini di UMW Seksyen 19, Petaling Jaya, Abang Nara telah pergi mengambil anak Abang Nara dari sekolah. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian Abang Nara. Satunya ialah angin dari luar tidak banyak masuk ke dalam kereta kerana penggunaan tingkap acoustic sekaligus memastikan kabin kereta lebih senyap. Ini bermakna anak Abang Nara boleh tidur dengan lebih nyenyak. Yang kedua ialah suspension Toyota Vios 1.5G ini memang power!!! Setakat bonggol tue memang tak terasa langsung. Kalau terjatuh ke lopak pun gegaran tidak sekuat yang disangka. Paling penting anak-anak tak terkejut. Mereka terus tidur dengan tenang. toyota vios Daripada segi keselesaan untuk pemandu, memang Abang Nara sangat berpuas hati. First thing first sudah tentu tempat duduk kulit terasa sangat empuk buat Abang Nara. Lagi satu ialah keluasan kereta ini adalah lebih besar daripada apa yang dijangka. Nampak dari luar memang kecil. Namun sekali anda melangkah ke dalam, ia adalah besar. Selain daripada 60:40 folding seats, Vios 1.5G juga ada tempat letak tangah di bahagian tengah (rear centre armrest) yang amat sesuaian untuk pemanduan jauh (balik kampung). Boleh rehatkan tangan agar tak lenguh.

toyota vios

luas tempat letak kaki Vios 1.5G ini. Selesa yang amat

Jom kita tengok beberapa gambar exterior Toyota Vios 1.5G. Asyik tengok gambar dalam je. Nak gak tengok rekabentuk luaran kan?

toyota vios

garang sungguh bahagian depannya

toyota vios

rekabentuk belakang Vios yang memang ikonik

toyota vios

bahagian feveret Abang Nara iaitu lampunya yang nampak sporty

Satu lagi perkara yang mengejutkan Abang Nara ialah LCD yang turut disertakan di dalam Vios 1.5G ini. Semua benda ada dalam tue. Ada GPS, ada radio, ada CD, ada Bluetooth, boleh guna HDMI dan macam-macam lagilah. GPSnya pulak memang tepat 100% setakat yang Abang Nara cuba. Mutu bunyi untuk radio pun terbaik. Paling Abang Nara suka ialah nak tekan senang. Touch screen.

toyota vios

smart interface yang digunakan

Secara jujur, walaupun tak puas hati kerana masa yang diberikan terlalu singkat, persepsi Abang Nara terhadap Toyota Vios berubah 100% selepas mencuba kereta ini selamat 1 hari. Tak sangka Toyota Vios mampu memberikan apa yang Abang Nara mahu selaku seorang ayah, pemandu kereta berjiwa muda dan rakyat Malaysia yang mahu berjimat cermat. Memang Vios kini termasuk dalam senarai kereta yang akan Abang Nara cadangkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. Terbaik sangat-sangat. toyota vios Jangan lupa layari laman web Toyota Vios untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri awesome Vios. Anda pasti akan jatuh cinta dengannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Pengalaman Seharian Memandu Toyota Vios

  1. Lina says:

    Sori…tak minat Vios ..I suke Honda….

    0

    0
  2. noks says:

    oklah nara tak kisah la ko nak test drive kereta apa pun. ni nak cakap, ape ke pelik iklan poh kong kat atas tu.. typo dah macam bangla. menawan la. bukan manawan. euw sangat nok. mak sakit mata even typo sikit2 ni.

    0

    0
    • Review terbaik dari ladang, terima kasih abg nara. VIOS lebih sporty dengan varian TRD sportivo, lebih nilai dengan wang anda. Bminat?? Boleh hubungi 017-236 1340 authorised toyota advisor (whatsapp 24/7) tempahan seluruh malaysia.

      0

      0
  3. jed jedi says:

    bg la citer pasal pelakon teman lelaki upahan, drama tgh meletop tu. haihh

    0

    0
  4. i says:

    erm klau gaji rm700 boleh tak beli vios?

    0

    0
  5. cecitececite says:

    Saingan vios wat ms ni ialah almera by nissan also city by honda..tepuk dada,tanya poket..

    0

    0
  6. Hrv says:

    I prefer honda..sbb toyoto wat lh what stail pn..still 4 apek cina jek.u ll look older klu pki vios,trust me.

    0

    0
  7. MANLAMBONG says:

    tak baik menunjuk2 keta baru…….
    takbur tu….

    0

    0
    • senja nan merah says:

      Bengong kah pa?? Ni blum dibelilah.jst 4 promotion purpose. Org dh bgi rzki so pe mslhnya estblish dkt blog sdri?tu kan namanya bisnes.

      0

      0
  8. anon says:

    Berapa yg toyota bayar kat kamu ni Nara???? Nak suroh masuk iklan dlm blog ni…. Jgn beli kete ni sb dia ringan senang nak accident kalau bawak laju….dah ramai yg kene.

    0

    0
    • Anonymous says:

      cuba korang bukak youtube tengok..vios, honda city & almera 2014-2015..honda city gak yang lagi terbaik la..klu x, xde la auntie pakai vios meroyan nak balik duit dia, menyesal beli vios..
      review la hebat macam mana pon, xpercaya vios version ni..version ni k, bukan vios version 2004, 2007..

      0

      0
  9. Anonymous says:

    btw..abe nara sy gok nok royak..hok mung dok promo tu molek do’oh doh..tapi gak..ambo ni dok brp nok berahi sangat..pasalnya mung ni kadang2 showoff sgt..ceta ala2 kadar susahlah.
    se lagi..ore2 ni suka gosip2 je bukan nok tahu sgt ceta2 personal mung..ok…jgn maroh..
    nok beh skit..mung wat la blog lain..hok ceta psl MUNG ah!!!!!

    0

    0
  10. meowmeow says:

    patutlah aku pakai vios lama steady je lg…takde major problem. vios baru byk problem…nasib baik x beli. tp duit pun mmg cukup2 makan je ni.

    0

    0
  11. benci promo says:

    Ni blog hiburan…so xpayah nak iklan lebih2 la…kejap emas..kejap keta…
    Annoying…tulis pasal retis je udahlah..naik nyampah lak baca blog ni

    0

    0
    • kangen says:

      Blog ni bang nara yg punya..so suka hati dia la nak promo apapun..iklan sabun ke, iklan siput sedut ke…

      Yg lu sakit hati apasal

      0

      0
  12. Jeje says:

    Actually jazz or city lg better drp vios ni. Smart key jazz just seluk tgn dkt pintu terus unlock. Bonet pun besar nmpk je luaran kck. Honda is better. My fil pkai vios older punyer lg smart dr yg ni

    0

    0
    • Anonymous says:

      bagi aku vios dugong spec g limited lagi cantik dari vios version baru ni..
      apa pon Honda city 2014 yang terbaik..minyak jimat ooo..

      0

      0
  13. Review terbaik dari ladang, terima kasih abg nara. VIOS lebih sporty dengan varian TRD sportivo, lebih nilai dengan wang anda. Bminat?? Boleh hubungi 017-236 1340 authorised toyota advisor (whatsapp 24/7) tempahan seluruh malaysia.

    0

    0
  14. Chill lahh says:

    Korang semua ni kenapa la nak bash nara.. First ni blog dia. Second now ni lah cara client buat advertising selain cliche billboard print tv ads.. Thirdly.. Rasa takda masalah kalau dia nak ayat over2 sebab tu lah cara client nak hardsell.. If bukan dalam media industry and kurang arif psl advertising industry, better jangan bersuara sampai nak bash dia kot. If dah join advertising industry then u know how. Samala macam artis buat insta blasting. Kenapa perlu dia selfie with product? Sebab client dah bayar utk selfie with produk. Tu je.. Pohkong pun bayar jugak kat nara utk promote. Sebab pohkong tau blog ni mostly malays n pohkong nak crowd malay ni. Tu je.. Sampai masa habis campaign dorang ni, takde dah la iklan tu. Taksuke tak payah masuk beautifulnara.. Banyak blog lain lagi jan?

    Just my 2cents

    0

    0
  15. bolehbla says:

    Bang nara..kalo aku nk baca review kereta..aku pergi blog paul.tan ko xyah la nk review kereta bagai. Buat je gossip.

    0

    0
    • Pfftt says:

      Dia dibayar utk review. Kau ingat dia nak saja2 buat review?

      0

      0
      • pffffettttttttt says:

        yes. betul dia nak review bagi keyakinan kat pembaca lain. tp x kepada pengkomen lain. dorang nak bagi nasihat and pandangan dorang tentang ketidakpuasan terhadap kereta ini dengan matlamat ada penambahbaikan di masa akan datang.

        0

        0
  16. NALIYA says:

    mmg HONDA lgi best! tgk ar harga klu nak banding dgn vious. dah mahal konpem le selesa. pe bnda arrr.

    1

    0