Pengalaman Daftar Qurban Untuk Umat Islam Luar Negara Bersama Zabeeh

Hiburan

Pengalaman Daftar Qurban Untuk Umat Islam Luar Negara Bersama Zabeeh

Ingat lagi tak artikel Abang Nara tentang Zabeeh Services Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan qurban dan aqiqah untuk umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik? Hari ini Abang Nara berkesempatan untuk pergi ke pejabat Zabeeh untuk mendaftar qurban untuk keluarga tercinta. Sebenarnya lebih mudah dan pantas buat secara online di www.zabeeh.com.my, tetapi Abang Nara saja nak jumpa mereka yang menguruskan perkhidmatan yang memudahkan kita melakukan ibadah qurban ini.
zabeeh
Selepas bergambar dengan posing perasan hensem (padahal tangan injured jatuh main takraw), Abang Nara dan isteri terus duduk mengisi borang qurban. Sambil menulis, sempatlah kami berborak. Alhamdulilah berdasarkan apa yang diterangkan, ramai orang muda telah mendaftar secara online untuk melakukan ibadah qurban. Iyerlah,harga pun lebih murah (RM300 1 bahagian lembu) dan dapat sijil selepas qurban selesai dilakukan. Selain itu dapatlah beri umat Islam di negara seperti Myanmar, Thailand, Indonesia dan India menikmati daging lembu yang sangat sukar untuk mereka perolehi.
zabeeh
Selesai isi borang (wife yang tolong isikan sebab tangan Abang Nara tak boleh gerak), terus buat akad qurban di situ. Senang je. Cuma perlu baca apa yang tertulis dan wakil daripada Zabeeh akan menerima akad kita itu. Jadi merekalah yang akan bertanggungjawab untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Setakat ini, memang tak ada komplain atau rungutan daripada pelanggan Zabeeh. Semuanya berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan diberikan.
zabeeh
Mungkin ada yang terlupa jadi di sini Abang Nara kongsikan balik cara-cara untuk melakukan ibadah qurban bersama Zabeeh. Ada beberapa cara jadi korang hanya perlu pilih satu sahaja yang paling selesa. Perlu diingatkan tarikh akhir untuk ibadah qurban tahun ini ialah esok 22 September 2015. Berikut adalah cara-caranya:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567
zabeehInilah resit yang Abang Nara terima untuk daftar qurban kali ini. Kalau buat secara online pun akan diberi resit. Selepas semuanya selesai, Zabeeh Services Sdn Bhd akan hantarkan sijil untuk simpanan anda. Di dalam itu akan diberitahulah tempat dan masa ibadah qurban tersebut dilakukan. Jadi tiada keraguan sama ada berlaku penipuan atau sebaliknya. Lagipun boss Zabeeh Services Sdn Bhd sendiri beri jaminan segala tempahan akan diuruskan sebaik mungkin.

Advertisement

zabeeh

Terima kasih kepada Zabeeh Services Sdn Bhd yang sudi menerima kehadiran Abang Nara dan isteri hari ini. Teringat pesanan boss Zabeeh yang cakap ‘kita niatkan sesuatu sempena qurban ini. Nak selesaikan masalah kewangan ke, masalah keluarga, nak murah rezeki ke. Insya Allah dimakbulkan’. Semoga ibadah kita ini diterima olehNya. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...