Written by AbangNara | October 31st, 2013

Yeah~~~~~ Kembali kita ke part II pengalaman Abang Nara di Hong Kong Disneyland baru-baru ini. Kalau korang terlepas, boleh baca part I di sini (WAJIB baca untuk memahami betapa terujanya Abang Nara). Matahari mula naik, perut pun dah lapar, maka Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain terus ke Tahitian Terrace di dalam Adventureland untuk mengisi perut.

hk disneylandYeah~~~~ (lompat kegembiraan). Ada nasi lemak halal dijual di Tahitian Terrace. Rasanya pun boleh tahan jugak. Untuk makluman, ada 2 restoran yang menjual makanan halal di Hong Kong Disneyland. Selain Tahitian Terrace ada Explorer’s Club Restaurant di dalam Mystic Point. Jadi untuk mereka yang beragama Islam, korang dah tak perlu risau bab makanan. Best kan?

hk disneyland

Selesai makan tengah hari, bermulalah rakaman Hong Kong Disneyland Challenge Trail untuk program NTV7 Breakfast Show. Team biru untuk lelaki yang diketuai oleh Aishah Sinclair dan team merah untuk perempuan yang diketuai oleh Naz. Yang bestnya pasal rakaman ini ialah kitorang akan dapat cuba semua tarikan terbaru di Hong Kong Disneyland. Memang terbaik!!!

hk disneyland

Salah satu aktiviti yang kitaorang kena lakukan ialah menaiki RC Racer di Toy Story Land. Ini memang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan ketinggian dan nak rasakan jantung berderau. Abang Nara tak berani naik sebab memang gayat. Tapi RedMummy memang hebat. Korang boleh baca pasal pengalaman dia naik RC Racer nie kat sini.
hk disneyland

Masa Abang Nara tengah sibuk shooting, wife Abang Nara menghilangkan diri. Rupa-rupanya dia melayan “parade show“. Kalau korang membesar dengan kartun-kartun Disney macam wife Abang Nara, mesti korang pun seronok habis tengok karekter-karekter macam Snow White, Mickey Mouse, Minnie dan banyak lagi yang buat penampilan di parade nie. Wife Abang Nara siap keluar air mata sebab terkenang zaman memuda dulu.

hk disneyland

Antara aktiviti lain yang kitorang lakukan ialah naik spinning cup, main lagi sekali roller coaster kat Grizzly Gulch, belajar melukis Mickey Mouse di studio animasi dan paling best, menaiki ride 3D terbaru di Mystic Manor yang terletak di Mystic Point. Ada 2,3 kali juga Abang Nara terkejut ketika menaiki ride ini sebab efeknya yang memang nampak real. Sambil naik ride ini sambil Abang Nara dapat tahu mengenai pengembaraan Lord Henry (tuan punya Mystic Point) dan kawan rapatnya yang merupakan seekor monyet. Memang best!!!

hk disneyland

Mystic Point ini adalah tarikan terbaru dan terkini di Hong Kong Disneyland. Dengan siapnya Mystic Point, lengkaplah expansion di taman tema ini yang menyaksikan ada 3 tarikan hebat iaitu Toy Story Land, Grizzly Gulch dan Mystic Point. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Nasihat Abang Nara, korang kena try kesemuanya. Jangan skip satu pun. Rugilah datang jauh-jauh tak cuba semuanya kan?

hk disneyland

Satu lagi pesanan Abang Nara, sila tunggu sehingga pukul 8 malam dan jangan keluar awal dari Hong Kong Disneyland. Sebabnya ada pertunjukan bunga api setiap malam sebagai tanda tutupnya taman tema ini untuk hari tersebut. Memang cantik dan romantik sungguh. Kalau pergi dengan isteri tercinta, bolehlah feeling-feeling honeymoon. Agak lama juga show bunga api ini. Memang berbaloi-baloi!!!

hk disneyland

Habis pertunjukan bunga api, sesi pengumuman pemenang untuk Hong Kong Disneyland Challenge Trail pun dilakukan. Siapa yang menang? Siapa yang kalah? Kalau nak tahu kenalah tengok NTV7 Breakfast Show. Tak bestlah kalau Abang Nara bagitau kat sini kan. Yang penting kitoarang semua bergembira dan berpuas hati dengan trip kitorang di Hong Kong Disneyland ini.
hk disneyland

Terima kasih Hong Kong Disneyland dan NTV7 kerana menjemput Abang Nara ke sini. Inilah salah satu tempat yang Abang Nara sarankan kepada rakan-rakan, keluarga dan pembaca BeautifulNara untuk dilawati. Hong Kong Disneyland sememangnya penuh dengan tarikannya tersendiri dan sangat memahami kehendak pelancong mereka terutamanya yang beragama Islam. Layari laman web rasmi Hong Kong Disneyland untuk informasi lanjut mengenai taman tema yang awesome ini!!!

[jetpack-related-posts]

22 responses to Pengalaman Abang Nara Di Hong Kong Disneyland Yang Awesome Part II

  1. nor says:

    first!! :)

    0

    0
  2. anti-abg nara says:

    second…..xsuka sbb dia suka aibkan org hahaha

    0

    0
  3. che ta plastic surgery says:

    artis mana ni???tak kenal pon.next!

    0

    0
  4. akhu yg comeii says:

    abg nara dah ader ‘baby bump’!! (gmbr no 2) lalala..

    0

    0
  5. Really excellent content?-The management possess a great information.. I expect you publish once again soon. I’m very satisfied to depart a discuss this web site available who released really sincere information…Thanks

    0

    0
  6. This is attention-getting, You’re an excessively skilled blogger. I have became a member of your feed and remain up for in mission more of the fantastic publish. Furthermore, I’ve shared your site within my internet sites!

    0

    0
  7. kak maria says:

    mana la sempat nak habiskan semua nara oii..aku amek ticket / package utk 2 hari pun banyak tak sempat main..ni ada tambah permainan lain lagi..fuhhh…padahal HK Disneyland tu agak kecil berbanding DisneyLand yg lain..Alang2 kau pergi free kan Nara, apa kata kau ushar utk ke DisneyLand Tokyo dan Disney World Florida..lebih best dari HK. Paris punya DisneyLand agak hambar sedikit mungkin sebab keluasan sgt besar, penat nak jalan..selain kekangan bahasa yg menyakitkan hati..apapun, tgk gambar2 kauorang kat DisneyLand mmg seronok..Disney tak pernah mengecewakan lah!! happy 24-7..huhu

    0

    0
  8. layann aje la.. says:

    bini nara g bercuti pki heel? adehh la kak.. x slesanya..

    0

    0
    • bbbbbb says:

      tak jugak laa..ada jenis highheel yg comfy..dan mungkin jugak sebenarnya dia pakai boots yg ada heel..tersorok dalam jeans kan..lagipun HK DL tu bukannya berbukit bukau yg memerlukan kasut yg sesuai..landai je..so, takde masalah pakai heels

      0

      0
  9. intan layan jerr.. says:

    wife nara nampaknye kena rajin wat scott n legs workout.. :)

    0

    0
  10. fufu says:

    remove gambar bini abg nara tuh. seluar ketat sampai nampak jelas tuuuttt,, x elok dipandang:)

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      elehhhhh kau tu baik sangat ! dh tentu bini dia pakai tu seluar jenis dengri ape yg nk di heran kan ! tkan nk pakai seluar dengri yg gelobos gelobos macm kau macm BELO hahahahahahahahahahahaiiiiiiii kalau dia pakai jenis kain lembek lembek tu lain lah ! kau ni mesti kaom puak si Abby yg eksen bagos tu kan ?? betol tak !!!!

      0

      0
  11. Linzy Longkang says:

    saper yg sluar biru no 2 dari kiri pic no2 tuh abg nara? Badut ker tgk mcm obes jekkk mamat tuh elok laa bawak di gi disney tu jln2 tak pon naik roller coaster kasi bakar lemak

    0

    0
  12. camel toe says:

    Wife nara nampak camel toe pic 5.
    Sebab itu wanita perlu labuhkan pakaian.

    0

    0
  13. Melayu Tegar 2020 says:

    Hidup UMNO!! Hidup Melayu!! Hidup Bumiputera!!
    Bersama-sama menuju wawasan 2020..
    Kearah negara berpendapatan tinggi dan maju!!!!!!!!!

    Dulu, Kini & Selama-lamanya BN!
    Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Malaysia!!! Satuuuuuuuuuu Malaysia!!!

    0

    0
  14. Irine says:

    Bestnya. Ada surau tak dalam Disneyland HK ni abg nara?

    0

    0
  15. anonon says:

    wife nara preggy ke skang? x nmpk baby bump pun? perut nara t’lebih ke dpn, hihi

    0

    0
  16. […] 5 April lalu. Kalau tak silap, kali ini pun ialah “baby girl“. Ketika Abang Nara ke Hong Kong Disneyland tahun lalu, sempatlah bermain dengan puteri sulung Aishah Sinclair, Soraya Ann. Memang comel […]

    0

    0