Written by Bella | May 24th, 2017

Pengacara Gema Gegar Vaganza, Fikry yang lahir daripada program realiti Lawak Solo baru-baru ini dikecam hebat oleh netizen kerana menganggap beliau mempersendakan nama bapa Fattah Amin dan Diana Amir ketika siaran langsung konsert akhir GGV Ahad lepas.

Kali pertama dihujani dengan pelbagai kecaman daripada netizen, Fikry menerusi portal mStar Online bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mengaibkan ataupun mempersendakan mana-mana pihak.

Bagi saya perkara itu tidak mengaibkan mana-mana pihak, saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, ia membawa maksud yang baik dan sesuai dengan program GGV yang lebih Islamik. Selain itu, Diana Amir pula saya fokus kepada Amir yang selalu digelar “Amir reka”. Mungkin orang lain salah faham dan ada pandangan masing-masing.

Saya terkejut apabila ia menjadi viral dan netizen menghentam saya bertubi-tubi di laman sosial. Malah ibu saya yang tiada laman sosial pun menelefon bertanyakan perkara sama. Lawak Fattah Amin itu saya pernah bawa ketika  pertandingan Lawak Solo dulu dan tidak pun menjadi isu. Mungkin kerana isu Watson Nyambek menjadikan saya turut terkena tempiasnya

Fikry pada masa yang sama  memohon maaf sekiranya lawak beliau itu menimbulkan kemarahan masyarakat  dan beliau turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam berlawak selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online 

27 responses to Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir

  1. minah latoya vazz mulot longkang says:

    Hati2 beb. orang Asia ni bukannya macam mat saleh. isu buat lawak pasal nama ayah ni bagi diaorg isu sensitive. Silap2 ko kena banned.

    18

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      jangan main nama Bapak orang boleh tak ????? kenape asek asek nak main nama bapak orang ni !!!! eeeeee minah jambu banyak hairan lah ! benda yg tkde kena mengena yg dia sebot2 kan…kalau dh tkde bahan nak sebot kenape sebot n laongkan Idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najibbbbbb eeemuah …! ha ! ada jugak faedah nye kannnn…!

      1

      3
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        sori salah tekan…kenape tak laong kan idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najibb …emmmuah…!

        0

        0
  2. krik krik says:

    mcm budak2 ar netizen ni..rilex sudah..
    dulu korg lg teruk kot ejek nama bapak..

    23

    0
  3. CPS says:

    Ada juga dengar dia sebut masa tonton ggv hari tu. Tapi tak rasa kelakar pun dan tak rasa annoying pun dengan lawak tu sebab dia tak menghina. Tu normal je..

    25

    0
  4. Anonymous says:

    Gelabahnya netizen duh

    9

    0
  5. Netizenjugak says:

    Klu mcm watson nyambek tu ya la menghina.. Pasai samakan dgn binatang.. Yg ni tang mana menghina pn xtau la..

    26

    0
  6. Senahtipah says:

    Ni bukan hal nama bapak la. Ni hal ayat prkataan kau tu.
    “FATTAH AMIN YA RABBAL AL AMIN” maksudnya FTTAH AMIN TUHAN SEKALIAN ALAM. kau rasa betol,? Masih taknak mengaku salah sendiri

    2

    13
  7. el says:

    Walau sekedar nama orang, jangan asal sebut. Nanti laen pulak maknanya

    0

    4
  8. Aminah says:

    Sibuk je netizen ni..benda ni pun jadi hal. Mmg la x lawak pun tp bkn dia menghina. Tu la org kita asyik nk cari salah org je.

    9

    0
  9. Anonymous says:

    melayu bodo

    1

    1
  10. Hsc best says:

    Owh. Bru thu dia ni dr mna. Apapun best dia berlakon dlm hero seorang Cinderella tu..ada gaya boleh pergi jauh…
    Klu muka nmpk mcm hussein ruffedge+iras senyum mcm fahrin ahmad..

    Apapun dia berlakon Sgt best. #ikhlascakap

    8

    1
  11. RatuPecut says:

    Dimana2 bahagian dunia..kalau memperlekehkan nama orang..bapak org..mak org….is No No. kalau nama tu x penting..takkan laah peninju Muhammad Ali plag nama dia kat dinding instead of atas jalan sbb Muhammad tu nama terpuji..bottom line..nama2 tolong jgn main…..

    0

    2
  12. azreen says:

    Buat lagi lawak bodo…padan muka hang kena kecam

    1

    4
  13. zyy says:

    LAME JOKE!

    0

    2
  14. nd says:

    ini bukan soal watson nyambek, tapi soal nama org jgn sesekali dibuat lawak..kamu tu pengacara, jd kena tahu tertib sebagai pengacara..lawak ttg nama ni bukan lawak pun..sekalipun disebut amin yarabbal alamin ke apa, ianya tetap tidak manis didengar kerana kamu mempermainkan nama org..belajar punya akhlak dulu, kerana bukan semua perkara boleh dibuat bahan lawak..

    0

    0
  15. SYAH says:

    bese imam bc doa kt AMIN kan doa…last2 tu ckp AMIN YA RABBAL ALAMIN…….ape y hina nye…bodoh btl fan batak fatah amin ni….y kecoh2 ni fan sengal patah seribu tu laa….bangang..ko ig nme fatah amin sorg je ke dlm dunia???fatah tu pn nama bg 99 nama Allah..ABDUL FATTAH…

    0

    0
  16. Mak Lampir says:

    alahhh 2×5 je lah netizen tu dgn fikry ni pun! Malah aku pun sama je! Haha! Cthnya nama neelofa korng ejek neelopak. Fattah amin yg fattah itu sendiri salah satu nama 99 nama Allah korang sebut pattah amin… Tapi kes ejek nama bapa watson mmg super duper over dan bangang sungguh mamat yg mengejek tu, mmg sesuai kena saman! Malah kalau nama bapak fikry iaitu Ibrahim netizen ejek jadi lain, marah tak? Bab menambah nama bapa fattah amin jadi gitu aku xsakit ati lagi sbb masih bermaksud baik, walaupun better jgn ubah apa2! tapi Diana Amir tu jadi amir reka aku rasa mmg x sopan! Sbb sapa je yg suka negara amerika?? Negara kafir kot! Jahat dia semua org tau!

    3

    0
  17. Anonymous says:

    Yang penting, fikry dalam HSC hensem sgt, senyum dia duhhhhhh cair habis bak hanggg. first time drama melayu, aku ada orang korea kata “second lead syndrome” ehh whatever lahhh. Aku lagi teruja tgok fikry dari fattah.

    1

    0
  18. Lokan says:

    kalau bdak sekolah pun tau nak naik angin bila orang persenda nama bapak dia, kau yang dah cukup akal pun tak boleh nak fikir ke? nak buat lawak ada banyak lagi benda yang boleh nak dilawakkan. Buat lah home work sikit, do some research, read here and there and some thinking…kau ingat Harith Iskander tu main sedap mulut je ke buat lawak? Dia buat homework, noob. Nama bapak orang pun kau nak buat main…lepas tu nak suruh orang jangan terasa…tak cukup pandai tang mana kau ni pun aku tak tau nak cakap. cili mulut tu kang, kau rasa boleh buat lawak tak pasal mulut kena cili?

    1

    0

Leave a Comment

Optional