Pengacara Bersama Pencetus Ummah : Anis Al Idrus Sedia Terima Kritikan

Hiburan

Pengacara Bersama Pencetus Ummah : Anis Al Idrus Sedia Terima Kritikan

Diberikan tanggungjawab sebagai pengacara bersama bagi program realiti Pencetus Ummah musim keempat (PU4) dan Serambi PU4, Anis Al Idrus  terbuka untuk menerima setiap komen dan kritikan oleh penonton kerana sedar bukan mudah untuk mengacarakan program berbentuk Islamik.

Advertisement

Menurut Anis, beliau menerima tawaran pengacaraan berkenaan kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu. Umum mengetahui, Anis sebelum ini aktif dalam bidang perniagaan dan berlakon.

Saya sedar apabila mengacarakan program Islamik segala apa yang dibuat akan diperhatikan. Justeru, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan teguran kerana manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan.

Pun begitu, jika ada komen negatif yang diterima, saya akan memperbaikinya. Memandangkan tugas kali ini lebih berat, saya sudah melakukan persediaan terlebih awal bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan teratur.

Berbicara mengenai apa yang beliau takut ketika mengacarakan program tersebut, Anis berkata, beliau merasa bimbang jika ada pihak mempersoalkan mengapa perlu membacakan komen daripada penonton di laman sosial.

Segmen membaca komen dari laman sosial ini baru tahun ini dilakukan. Pihak produksi meminta saya berbuat demikian bagi menghebahkan dan menarik lebih ramai golongan muda menonton program ini.

Sebenarnya saya ada mempersoalkan perkara ini kepada pihak produksi mengenai kebimbangan jika ada ‘mulut-mulut’ mengatakan segmen terbabit tidak perlu dibuat, tetapi saya ambil ia sebagai satu tanggungjawab dan lakukan sehabis baik.

Mengacarakan program Islamik memerlukan ketahanan minda yang kuat kerana akan ada pihak yang sentiasa melihat gaya seseorang pengacara itu. Apa-apa pun, berikanlah peluang untuk Anis Al Idrus mencuba yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...