Pengacara Baru Jalan Jalan Cari Makan Mengecewakan, Qi Harus Kembali

Hiburan

Pengacara Baru Jalan Jalan Cari Makan Mengecewakan, Qi Harus Kembali

Setiap Ahad, sebelum melayan Melodi dan makan tengah hari, Abang Nara akan menonton program Jalan Jalan Cari Makan terlebih dahulu. Bukan apa, nak kasik lapar betul-betul. Lagi-lagi kalau Qi yang jadi hos. Memang berselera dibuatnya. Namun Ahad yang lepas, bukan Qi tetapi Shiha Mentor dan Iqbal Pilih Kasih.

jjcm

Advertisement

Di atas ialah luahan hati para penonton JJCM yang kecewa dengan kehadiran 2 pengacara baru. Sesungguhnya mutu pengacaraan mereka memang sangat mengecewakan untuk program berbentuk makanan. Makin tak ada selera dibuatnya.

jjcm

Namun harus diingatkan yang ini baru episod pertama. Walaupun begitu, seruan daripada peminat untuk melihat Qi kembali mengacara program ini memang sangat kuat. Adakah pihak TV3 akan tunduk dengan permintaan peminat?

jjcm

Apa pun Abang Nara bagi can sampai episod ke 3. Kalau hampeh jugak, Abang Nara akan buat petition minta pengacara Shiha dan Iqbal ditukar. Nanti kesian pulak kat mak Abang Nara masak sesedap tengah hari Ahad tapi Abang Nara dan family tak ada selera sebab tertengok JJCM. Terima kasih kepada HasrulHassan untuk info ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...