Written by Bella | May 3rd, 2016

Nama Saharul Ridzwan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai, beliau sememangnya sedang berada dipuncak populariti dan mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai.

Lumrah apabila sudah semakin popular, Saharul Ridzwan dihimpit dengan satu gosip yang agak mengejutkan.

Menerusi ruangan Poklip di portal Utusan Online, khabarnya ada penerbit yang meluahkan rasa sakit hati beliau apabila mengenangkan sikap Saharul yang didakwa sudah semakin menjadi-jadi dan berlagak.

Semuanya bermula apabila seorang pengarah menegur cara Saharul berlakon dan aktor itu terus buat muka saat ditegur. Malah, Saharul tidak mengendahkan teguran berkenaan dan terus  bermain dengan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Bukan itu sahaja, Saharul juga dikatakan suka mereka pelbagai alasan seperti kereta rosak dan orang meninggal kerana malas untuk menjalani penggambaran. Nyata, Saharul sudah berani menunjukkan belangnya sekarang.

Penerbit itu berpendapat, dengan perangai Saharul yang bongkak beliau tidak mungkin boleh pergi jauh dalam industri.

Erm, jika benar apa yang didakwa oleh penerbit berkenaan,  Saharul nampaknya perlu berubah sikap dan memberikan fokus kepada kerja beliau. Jangan kerana sudah banyak tawaran beliau boleh merasa bangga. Disiplin itu penting begitu juga menerima teguran daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam industri.

Sumber Berita : Utusan Online

26 responses to Penerbit Serik Ambil Saharul Ridzwan Berlakon : Buat Muka Bila Ditegur Pengarah?

  1. nil says:

    eerrrmmm….eh popular ke..
    terkenal sgt ke.
    x minat pun

    0

    0
    • Opah Maheran says:

      Huh!!! Opah tak percaya langsung dengan semua cerita ni! Ini semua sampah!! Sukati korang lah nak cakap ape pun pasal die, opah tetap peminat no 1 S.R.
      S.R jangan pedulikan semua ni ye cu.. Hensem cucu opah.. Nak je opah picit pipi tu..ala mucuk-mucuk.. Huhu..

      0

      0
    • Amalina says:

      Tak pelik. Sharul ni, uqasha, sape lagi tah, semua kaki ais. Nak kemana lah korg amik menatang tu. Buat rosak otak buat rosak karier je

      0

      0
      • Ct says:

        Betul ke???
        Jangan jatuh fitnah sudah.

        0

        0
      • nooramalina95 says:

        Jgn sampai jatuh fitnah cik kak.. mana cik kak tau dia mcm tu.. sebelum ckp tu pikir dulu naa.. jgn nanti dpt cash je dari Allah.. btw, nama kita sama cik kak.. tp betul lah org ckp, hati dan perangai setiap org tu lain2.. huhu

        0

        0
  2. avie55 says:

    handsome seh…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    pasni merundum la karier ko saharol hoiiii

    0

    0
  4. intan kembong says:

    serius aku tak suka dia ni.. ntah la nape..ok bai

    0

    0
  5. tarabas says:

    ada mcm2 pelakon skrg ni..
    yg kayu, batu, sotong etc..
    so..salah satu cara utk terus disebut…mencipta kontroversi..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Iya ka…ko sja reka kan..nak brukan orang..ish..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    saper penerbit tu???

    0

    0
  8. loyalmalaysian says:

    muka mcm ni…mmg suka buat muka ponnn…

    0

    0
  9. Siti Hamidah says:

    Cerita Drama lakonan dia gan Mia ahmad tu yek eleh hahahaha..
    Teruk tul la.
    Cam tu pun layak jadi hero!!
    Baik la ambik pelakon yg da mahir ni takat badan Sado, lakonan BODOH .
    Azrel ismail tu baik jgk lakonan nya.
    Yg lain lain Hancus

    0

    0
  10. Orang tengah says:

    Penerbit tu kalo nk hentam sifat Saharul pun kena la tampil diri. Biar production lain tau. Ni nk bajet2 rahsia.

    0

    0
  11. Berani kerana benar! says:

    Haha kelakarlah manusia sekarang ni,dulu janna nick yg kene,sekarang saharul pulak..Mentang2 la dorang x sosial,buatla fitnah mcm ni,yela wartawan sendiri pun xdpt cari cerita buruk contoh macam dorang pergi club..saharul ni budak yg baik,aku pernah jumpa dia..samalah dgn janna nick..penerbit tu silalah tampilkan diri,janganlah gunakan media untuk jatuhkan karier orang..berani kerana benar..

    0

    0
  12. dina says:

    sori x kenal..

    0

    0
  13. Cucucucu says:

    Memang tak layak jadi hero pun SR ni.. Banyak lagi yg elok rupa dan lebih bagus lakonan.. So SR, jangan perasan lebih!!

    0

    0
  14. Sapa penerbit yg rahsia sangat tu.. dok cerita belakang2 buat apa???.. lpstu dok buat cerita buruk2.. ntah betul ntah tak.. #PHD

    0

    0
  15. Star says:

    inila jadinya ambik pelakon yg xde pendidikan dan ilmu pegetahuan…..brlajar smpai spm je…

    0

    0
  16. smile says:

    SR ni manusia biasa la… bkn malaikat… takkan lepas kena marah dia nak ketawa terguling2 dpn director tu… ? saja nak jadikan issue besar.. entah2 SR masa tu ada problem ke.. mana kita tau.. dah kita takde kt tmpt dia…

    0

    0
  17. Budak kedah says:

    Cerita sampah.. pantang ada artis nak naik, mulalah ada nak jatuhkan… mcm Janna jgk..

    0

    0
  18. Keropok ganu says:

    Isu tak besar mana pun.. pengarah kalau dah tak puas hati kt Saharul ni, ada je tak kena.. pergilah cakap dpn2.. ni sampaikan dkt media ?…
    Aku tak rasa Saharul mcm tu..

    0

    0
  19. Payung Sikit says:

    Lkonan dia ni boleh tahan la… aku suka tgok dia berlakon dgn budak Janna tu..
    Sapa penerbit yg buat dakwaan tu??

    0

    0
  20. Keropok Lekor says:

    emmm…dah lama x minat dia nie…

    0

    0
  21. kerepekubi says:

    X minat x pyh semak lam ney blh..

    0

    0