Penerbit AJL31 Nafi Lebihkan Dayang Nurfaizah

Hiburan

Penerbit AJL31 Nafi Lebihkan Dayang Nurfaizah

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Amboi berperibahasa pulak Abang Nara di pagi cuaca yang mendung ini. Seperti yang kita ketahui, AJL31 sudah pun berakhir di mana Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung telah pun dinobatkan sebagai juara. Keputusan tersebut tidak menimbulkan sebarang kontroversi kerana rata-rata para penonton memang cukup berpuas hati dengan persembahan dan kualiti lagu yang dibawakan oleh Dayang Nurfaizah pada malam itu.

ajl31

Advertisement

Namun sedikit kontroversi timbul apabila pengarah terkenal, Michael Ang menerusi “tweetnya” telah menyatakan yang pihak TV3 memberikan kelebihan kepada Dayang Nurfaizah. Tulis Michael Ang:-

Kan aku dah cakap permainan TV3! Orkestra dia bagi kat Dayang! Walaupun lagu ini buat aku tidur, aku tetap ‘predict’ lagu ini juara lagu

ajl

Enggan membiarkan dituduh tanpa sebarang penjelasan, penerbit AJL31 iaitu Zamzuri Zaini telah tampil memberikan penjelasan:-

Ingin dijelaskan pada AJL lalu tidak ada siapa yang lebih atau kurang. Apa yang penyanyi, komposer dan penulis lirik berikan kepada pengarah muzik, itu adalah yang ‘final’. Pihak kami tak ada hak untuk menambah atau membuang.

Kalau ada pun, itu antara mereka dengan pengarah muzik. Kami di pihak penerbitan tak masuk campur. Bukan apa, itu adalah kreativiti masing-masing.

Bukan saja muzik, malah tarian pun daripada penyanyi itu sendiri. Kami hanya membantu dari segi idea persembahan. Pendek kata, fokus kami adalah penerbitan saja

ajl31

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak akan berpuas hati dan tidak membuat andaian sendiri. Biasalah benda-benda macam ini kalau kita tidak tahu, memang pelbagai telahan dan andaian akan dilakukan. Sekarang kita dah tahu, jadi bolehlah dengan tenang menerima segala keputusan. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...