Penerbit AJL Tidak Pilih Kasih, Saya Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berikan Persembahan Terbaik – Dayang Nurfaizah

Hiburan

Penerbit AJL Tidak Pilih Kasih, Saya Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berikan Persembahan Terbaik – Dayang Nurfaizah

Beberapa kali menjuarai Anugerah Juara Lagu, mula lah ada pihak yang menimbulkan pelbagai cerita mengatakan pihak TV3 pilih kasih dan melebihkan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Advertisement

Selepas penerbit AJL31 iaitu Zamzuri Zaini telah tampil memberikan penjelasan mereka tidak pernah mencampuri setiap pemilihan finalis AJL dan juga cara mereka melakukan persembahan, terbaru Dayang juga turut menafikan segala tuduhan tidak berasas dan menegaskan memang tiada isitilah pilih kasih.

Perkara ini tak perlu dijadikan isu besar pun. Mungkin orang itu tak faham proses pertandingan AJL. Bagi saya jawapan pihak TV3 itu memang betul iaitu tak ada siapa lebih atau kurang. Semua bentuk persembahan pada malam itu datangnya daripada penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Pihak penerbitan tidak masuk campur. Mereka hanya membantu menunaikan permintaan finalis. Pendek kata tak ada istilah pilih kasih.

Tambah Dayang, persembahannya yang menampilkan pemuzik iringan (orkestra) adalah kehendaknya dengan kos sendiri.

Orang luar tak faham. Itu adalah cara dan inisiatif penyanyi itu sendiri. Memang tak adil apabila ada pihak yang mengeluarkan komen sebegitu. Kalau boleh siasat dahulu sebelum bercakap sesuatu.

Saya yang berada di tempat itu berasa tak sedap hati. Bukan apa, saya tak nak peminat berfikir apa yang ditulis itu adalah benar. Sedangkan hakikat sebenar ia salah.

Sekarang Dayang Nurfaizah sendiri sudah tampil dengan penjelasan beliau sendiri. Jadi, harapnya tiada pihak terus membuat andaian mereka sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...