Written by serenity | April 21st, 2016

Jika memandu pulang dari tempat kerja, pasti ramai yang berkesempatan mendengar slot Sate di Era yang dikendalikan oleh Shahrol Shiro, Tauke dan Dina Nazir. Slot ini memang diketahui dengan segmen prank-call. Antara yang telah terkena prank-call dari mereka bukan saja artis, malah orang ramai.

Seorang pengguna Facebook bernama Nur Nabilah telah menulis mengenai apa yang dianggapnya prank-call melampau yang dibuat dalam segmen Sate ini pada 17 April lepas.

Menurut Nabilah, prank-call tersebut hampir mencetuskan pergaduhan antara suami isteri.

 photo CgYEOsqVIAERCaH.jpg

Segmen Sate sebelum ini juga pernah menjadi kritikan orang ramai atas sebab yang sama iaitu tidak sensitif dengan situasi mereka yang terkena panggilan tersebut. Sememangnya stesen radio kita amat gemar menampilkan segmen prank-call ini. Ia bukan saja ditampilkan di Era, malah di stesen radio terkenal yang lain.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Nur Nabilah, kadangkala ada kandungan yang perlu ditapis oleh penerbit atau diketepikan bagi menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Apa pendapat anda?

73 responses to Pendengar Bengang Prank-Call Segmen Sate Era Tidak Jaga Sensitiviti

  1. makcik says:

    menyampah segmen ni. lawak pon bangang. please laa.. jgn bodohkan diri dengan lawak bodoh camni.

    0

    0
    • inda says:

      Kan makcik kan? Bayangkan kalo org tu terus letak phone pastu belasah bini dia.. agak2 la pun nak gurau. melampau sgt

      0

      0
      • Lara says:

        Tapi teruknya laki dia, belum apa2 dah terus offer sepak. At least now they know the real him. And rancangan macam ni tak perlu ada pun, tengok apa jadi kat nurse Australia yang sampai bunuh diri tu. Tak patut.

        0

        0
    • mata mata says:

      Prank call ni patut diharamkan. Sape setuju pls like dibwh

      0

      0
  2. Anonymous says:

    era, hit, hot..semua pakat bergumbira prank orang. ingat senonoh sangat la. Satu hari nanti kena kat batang hidung sekor2, baru tahu erti penyesalan. And FYI, benda prank, membodohkan, menipu, memainkan perasaan orang dilarang dalam agama. Sibuk sangat prank orang, sampai tak nak tau hukum hakam.

    0

    0
  3. awek 1989 says:

    aku dh lama boycot era fm ni lepas ketiadaan linda onn…so lpas ni tolong support sinar fm…sepahtu memang terbaik…

    0

    0
  4. Aku cuma dpt kata #SATE ni teruk la. Mcm ape2 entah. Mcm xde idea je. Dan aku x fhm knp dina gelak sakan sdgkan aku x rase ade yg lawak pun. mmg gelak terbahak-bahak smpai klua kahak dan aku x nmpk mana yg lucu nya. Nk berlawak biar le kene ngan tempat. Sma jugak nk gelak. Ade ke lelaki brani dgn pompuan gelak cenggitu? Ape pon #sate mmg boooooooooo~ excited sendiri. Bak kata org Sarawak “Suk Kedirik” sma jgk dgn SATE versi sarawak #kandahkenak pun hampeh je aku dgr. Tukar la k. X yah ade cmni. buat sakit telinga je.

    0

    0
  5. nel says:

    Aku xminat sharol sejak kes dia dgn jrp dulu. Lgpun kdg dia mmg over

    0

    0
  6. Anonymous says:

    malunya klu aku kat tempat pompuan tu..laki cakap nak sepak sampai orang lain pun boleh dengar..kalu dah direkod era xperlula siarkan benda yang membuka aib orang lain..silap orang la korang call..kalu aku yang kena mesti korang yang kena sepak ngan laki aku..nak tiru hot fm ke???at least hot fm suruh orang yang nak prank kawan/family tu bagi draft apa nak prank

    0

    0
    • saya budak baik says:

      aku ade dengar ni…die org call isteri Achong sweetchild…si achong tu la cakap camtu…tp nak salahkan apa..kalau dah dpt tau cm bini ada bau2 nk curang…mana x naik hangin…die bukan sepak pn..die CAKAP jek..yg salah tetap geng SATE bodoh tu…dr Shahrol yg PERASAN HOT FEMES nak mampus…dari TAUKE yg x lawak n x cerdik tu…mmg teruk…ngan produser x cerdik..pikir la wat slot yg elok2…

      0

      0
    • aaakulahhh says:

      time prank Achong sweet child ni

      0

      0
  7. nora fake says:

    baik la layan kool.fm segment pagi..deejay Haiza & Ag tu..
    x der la over merapu meraban punya siaran.
    lagu2 pon sedap2..x la BBNU sangat lagunya..
    mengarut, mencarut semua adal dlm lirik lagu2 bbnu!

    0

    0
  8. sha says:

    Apa kata kita semua berpindah dengar ikim fm pulak. Kurang dosa dengar benda-benda lagha macam ni. Hati pun lebih tenang. Insya Allah

    0

    0
  9. akutetapaku says:

    malas nak layan radio era…segmen drg ni tah ape2…mcm tak ada topic lain plak…

    0

    0
  10. fatimah busung says:

    paling celaka bile dina on-air. buat lawak xjadik pastu gelak sendiri. gelak lak kuat2 bajet havoc. padahal gelak fake sgt. dah la gemok, bodoh pulak tu

    0

    0
    • akutetapaku says:

      dina kan over skit dari dlu…kalau dgr dia dalam radio aku bukak channel mix fm.

      0

      0
  11. positivesikit says:

    Peranan radio dalam pembangunan bangsa dan negara tidak harus diperkecilkan. Sekalipun bersaing dengan media elektronik lain seperti televisyen dan Internet, radio dilihat tetap mendapat tempat. Ini kerana ciri-ciri radio itu sendiri yang mudah alih serta mempunyai fleksibiliti masa dan tempat untuk mendapatkan aksesnya.

    Misalnya radio masih boleh didengar sekalipun dalam perjalanan ke tempat kerja. Tetapi media seperti televisyen, Internet dan akhbar tidak dapat memenuhi tuntutan pengguna pada keadaan begini. Dari segi penyampaian berita radio mempunyai peluang yang lebih besar kerana menggunakan suara untuk melaporkan perkembangan terkini berbanding televisyen.

    Soalnya adakah dengan pertambahan jumlah saluran radio sama ada milik kerajaan atau swasta memberi peluang yang lebih besar kepada pengguna mendapat maklumat? Kalau diteliti, sebahagian besar saluran radio dipenuhi dengan lagu atau muzik serta celoteh berbanding maklumat terkini sama ada dalam atau luar negara.

    Adakah radio sekarang ini hanya untuk memberikan hiburan percuma berbentuk lagu dan muzik? Sebagai media, radio perlu kelihatan menonjol daripada aspek penyampaian maklumat atau berita yang menjadi bualan rakyat.

    Pertambahan saluran radio adalah satu perkembangan positif dengan harapan memberi satu banyak alternatif kepada khalayak pendengar yang memerlukan maklumat terkini berbanding lagu-lagu semata-mata.

    Adakah dalam era global dan kecanggihan teknologi masa kini, peranan radio telah sedikit berubah daripada penyampai maklumat kepada penyiaran lagu-lagu? Jika satu masa dahulu, pada zaman sebelum merdeka, radio menjadi wadah menyemarakkan semangat nasionalisme selain mendapat maklumat tentang isu-isu semasa.

    Tetapi kini ia kelihatannya seolah-olah lebih mementingkan aspek hiburan semata-

    mata. Tidak percaya? Bukalah gelombang mana sekali pun, muzik seolah-olah menjadi pemikat hati pendengar dan seterusnya memungkinkan rating sesebuah stesen radio itu meningkat.

    Tidak banyak lagi maklumat terkini berkaitan hal ehwal negara yang boleh kita peroleh menerusi radio kecuali tip ringkas berkenaan trafik misalnya. Laporan-laporan berita yang disiarkan pula hanya disampaikan secara seringkas mungkin melalui slot-slot dua minit pada kebanyakan radio swasta.

    Sebahagian besar radio swasta pula berkonsepkan hiburan dan saluran seperti ini akan menyiarkan muzik 24 jam sehari semalam. Mereka memancing pengiklan dan bekerja keras untuk mencatatkan rating yang tinggi.

    Justeru sejauh mana peranan mereka sebagai penyampai maklumat?

    (petikan khas dari utusan online)
    cukup2 lah menyiarkan lagu je, ni smpai nk runtuhkan rumah tangga org memg MELAMPAU LA!!!!!..tag line SATE menyajikan lawak2 terbaek tp ini dah jadi disebaliknya…

    0

    0
  12. anon says:

    dengar IKIM fm je. kurang dosa

    0

    0
  13. Uzy says:

    sinar.fm lagi best. benda prank2 ni cth kt era, panggilan hangit kt hotfm ngn yg kt tv3 tu.. ape kenamanya tah rasa macam rancangan membodohkan orang. Tak buat rancangan mcm tu tak boleh ke?

    0

    0
  14. melati says:

    Shahrol memang syok sendiri ker..(perasan bagus)….!!!!!!

    0

    0
  15. reenaa says:

    Situasi ko ni sebijik macam kes shukri yahya ngan fathia latifff. Bezanya…fathia takde pun nak response apa apa pun…relax-relax sudah….biasalah tunang jeles jeles tu..bukan nak cari gaduh pun…tapi kau?..response mcm mcm kata tunang hafiz childishlah..masuk almarilah…..kalau bagi free hafiz tak naklah…budget mcm bagus je….padahal biarlah tu urusan diorang . nak jeles ke nak gaduh ke ..hal diorang berdua, biar jelah.

    nampak berbeza sgt kat sini ; fathia tu nampak profesional , tapi kau tu yg nampak childish. agaknya nama tgh baru nak naik . terlebih excited dgn dunia glamer . hati hati bile bercakap. elok elok org dah suka, lama lama menyampah pula.

    0

    0
    • Kah says:

      oi salah channel ni

      0

      0
      • tarabas says:

        sila sertai bengkel pengurusan stress…nmpk da x terkawal dah tu smpai komen pun salah tempat…tarik nafas tahannnnnnn lepas..ok istighfar byk..

        0

        0
        • Anonymous says:

          hahaha..terburai gelak aku baca komen ko, tak memasal aku plak yg prektis tarik napas tahan napas…

          0

          0
        • hamba Allah says:

          aku pon sama tetiba tarik napas & istighfar pagi2 jumaat ni

          thanks!

          0

          0
    • qistinakate@gmail.com says:

      hahahaha slh masuk umah la plak dia.. uqasha umah sebelah la kak oi.. ini umah org lain.. kikikiki

      0

      0
    • qistinakate@gmail.com says:

      hahahaha slh masuk umah la plak dia.. uqasha umah sebelah la kak oi.. ini umah org lain.. kikikiki

      0

      0
  16. leeza says:

    Suke dengar koolfm sbb lagu2 dia sedap tp x suke haiza sbb dia syok sendiri..benda x kelakar pun nk gelak

    0

    0
  17. x says:

    Artis dj kan sampah…

    0

    0
  18. ritu ada retis kene sama kan? says:

    penah dengar sekali..tak silap retis kot kene ke tah la.. .. time tu pon rasa ada gak unsur2 ganas keluar dari mulut laki.. tak sure dari era juga kot.. masa dengar tu terdetik kalo hot yang pasang mesti dia da tuuuuutttttt kan bab2 tertentu..ni dengar pai abeh.. mengaibkan pulak org yang terkene prank tu .. lg satu geng2 era suke gelak sendiri ..buat lawak jemah temah tipah bagai pastu ketawa jerit2 di konti.. hohohohoh stressss…den tuka hot.. tapi bila faizal takde.,pastu farah lak takde..busan da.. sinar ok sikit dari era kot..kalau dengar sinar pagi boleh lagi la nak tersengih sorang2 dalam kete ..

    0

    0
    • siti says:

      yer artis laki dia tu achong sweetchild ke tak silap.. nak sepak muka bini time tu.. wadehel!

      0

      0
  19. cendawan says:

    Tak elok nk prank2 org nih…… banyak negatif dari positif…
    i pun naik menyampah dgn segmen nih… tak lawak..but gelak… adoyaiiii
    ambik ear phone sumbat telinga lagi bagus…

    0

    0
  20. anonymous says:

    dah la x lawak lepas tu tiga tiga ekor gelak mengilai ngilai,x fham aku apa yg lawak..syok sendiri era ni..
    layan linda onn lagi best petang petang

    0

    0
  21. nyonya says:

    klu terlepas cakap talaq si suami tuh, saper nk tggjawab?. rumah tangga jgn kacolah

    0

    0
  22. Anonymous says:

    SETUJU!!!!!

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Dapat DJ yg low mentality memang begitulah….kurang peka dgn keadaan sekeliling.
    Don’t you guys see even masa Maharaja lawak pun both pelawak selalu buat lawak bodoh kat TV?!

    0

    0
    • Erol says:

      Bila penyampainya pelawak itu la hasilnya. Dah macam siaran bodoh

      0

      0
    • meow says:

      kannn?? tapi pelik sebab mostly kwn2 suka tgok MLM tu, siap rekod lagi… bnyk tgok lawak bodoh ade la… so xlayan plus xkenal pun sape peserta MLM tu…

      0

      0
  24. Doublemint says:

    Dari dulu dah perasan SATE ni ntah apa-apa. Lagi2 kalau Dina ada. Perasan cute2 pulak dia. Dengan gelak kuat2. Lepas tu acah2 manja dgn taukey and shahrol. Ayat dia yang buat aku loya…. “tanjat gegirl”. Terus aku pasang CD didi & friends anak aku dlm kete.

    0

    0
  25. Jamaljamali says:

    Aku tak boleh blah SATE masa cerita pasal lelaki mengandung tu, tak kelakar pun. langsung tak mencuit hati. lagipun SATE?? amende tu? takde nama lain? slot caca marba and dibuat untuk warga staff era je ke? sebab dari segi syok sendiri macam untuk korang2 je dengarnya. Kami tak berasa kelakar langsung. Please tauke and shiro.. geli aku dengar rancangan korang.

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Aku suka dengar Lite FM or Klasik Nasional je….

    0

    0
  27. Mama says:

    Lebih baik hentikan SATAY di ERA. Pada saya SATAY tidak membawa mesej apa-apa pun. Hanya sekadar bualan petang yang bagi saya tak perlu pun tak apa. Hentikan ketawa yang kurang sopan bagi seorang wanita. Tiada apa yang dikategorikan sebagai kelakar sepanjang SATAY disiarkan. Perlu diingatkan pendengar ERA kebanyakkannya generasi Y. Biarlah mereka lebih didedahkan kepada gaya bahasa, tingkah laku yang lebih baik walaupun tidak dapat dilihat tetapi prank call itu salah satu contoh yang boleh diambil ikhtibar. Perlaksanaannya hanya hiburan semata-mata kononnya tetapi secara tidak sedar ia banyak menyentuh sensitiviti pendengar. Saya ada juga terdengar prank call ini dan saya beranggapan lebih baik menyediakan suatu rancangan yang lebih dari itu. Boleh dilakukan secara informal supaya menarik perhatian ramai tetapi penuh dengan isi yang bermanafaat dan menghiburkan. Saya yakin team ERA penuh dengan idea-idea bernas bagi melahirkan suatu rancangan hiburan yang lebih menghiburkan. Pada saya gaya bahasa kebanyakkan DJ ERA sering gunakan boleh meruntuhkan martabat bahasa melayu sendiri. Anak-anak mengikut contoh yang diberikan. Mungkin ramai yang akan kata lebih baik dengar siaran IKIM, Suria atau apa jua tetapi itu bukan solusinya. Tiada salah menggunakan bahasa yang betul, apakah ada orang yang menolak penggunaan bahasa yang betul .Saya rasa tidak malah mengalu-alukannya. Apakah ERA akan kurang pendengarnya bila menggunakan bahasa yang betul . Pada saya tidak atau mungkin saya silap. Atau mereka diluar sana bersetuju dengan penggunaan bahasa yang diguna pakai ERA sekarang ini. Saya no comment on that. Saya sebagai ibu kepada anak yang meningkat remaja sekadar mengingatkan semua, generasi dengan gaya bahasa yang bagaimana kita perlukan dimasa akan datang. Fikir-fikirkan lah…

    0

    0
  28. Anonymous says:

    dj skrg x best sbb dia amek artis jadi dj. bkn career dj dorang mula dari bawah. cam dulu zaman2 gemilang halim othman, linda onn, fara fauzana semua mmg bidang dj n pengacaraan. ni asal artis je pelawak ke penyanyi ke ttbe jadi dj, manela nak best.

    0

    0
  29. cikyah says:

    aku suka dgr sinar and ultra fm. x meraban. huh. era and hot fm, dh lama aku boikot

    0

    0
  30. Ahmad Razif says:

    Shahrol shiro & Tauke Jambu bukan orng yg berpendidikan tinggi sebab tu pemikiran kelas bawahan x jaga sensitiviti orang… ramai lagi graduan bidang seni/komunikasi massa yg layak jadi peyampai radio….

    0

    0
  31. Nenek ko says:

    Dina….tolong ya…tolong cermin diri tu dulu.

    0

    0
  32. Gegey says:

    Sekarang otw pegi keje layan suria fm. Best la abang brian bagi tips masak2. Otw balik keje pun dgr suria. Linda onn blanje lagu bole? Kurang bernanah sikit telinga ni banding #jejakadia (hotfm) or #sate (erafm).

    0

    0
  33. loyalmalaysian says:

    knape skrg stesen radio amik org x tentu jadi dj ni? x tau pilih org ke? pilih la yang educated, ade rupa, suara x menyakitkan hati org, content mesti bagus, lagu bagus…x tau ke? dj2 skrg semua perasan je…ketawa jgn nak ckp…entah ape yg dia hepi sgt…

    0

    0
  34. loyalmalaysian says:

    lagi satu….aku mmg x dgr era ni…meluat…

    0

    0
  35. Wiser says:

    Nasib baik suami perempuan tu cakap “sepak” kalau dia cakap “cerai” ? Nauzubillah. Era nak bertanggungjawab? Hubungan suami isteri ni bukan boleh dibuat prank. Tak mustahil boleh terkeluar perkataan cerai. Bukan semua suami / isteri tu boleh berfikiran waras bila melibatkan pihak ke 3 dalam rumahtangga.

    0

    0
  36. Anonymous says:

    hmmm…no komen…
    agak bahaya nak buat prank call
    sia2 je perempuan tu kena sepak dgn suami..
    padahal tak tau apa pun
    kena suami yang ok tak pe…kena suami yang cemburu buta
    siapa nak jawab??

    0

    0
  37. hamba Allah says:

    Salam, Prank call hukumnya Haram. sekian

    0

    0
  38. greenfinger says:

    Ekceli prank call ni klu pndi buat, best tau. Sy suka dgr flyfm krappi call time ben n hafiz. This two guys mmg pndi buat prank call yg xberlebih-lebih mcm hot fm n era.. Tiap pg sy n asben mesti nk dgr celoteh ben n hafiz kenakan org. Diorg xda nk buat cheap prank call mcm marah2 org, bajet poyola, kol bini org, pura2 carik gaduh.. mmg bezalah krappi call ni ngan hot fm pnya.. dl time fara fauzana, eg and fbi buat prank call, masih ok n xketerlaluan. mcm diorg buat prank call kes baju raya oren tu..mmg kelakar..bila je fbi dh kuar, prank call hotfm dh stat hambar n dh mcm xda idea smpikan diorg duk kenakan sesama diorg je..lps ben n hafiz dh xda, krappi call flyfm pon mcm dh xbest, tp so-so je.. sekian….*peminat ben & hafiz*** =)

    0

    0
  39. nurul says:

    prank call ni asalnya dimulakan di htz fm x silap.sy peminat setia hitz fm.segmen tersebut dipanggil gotcha call.every morning saya akn dengar.ternyata menghiburkan.kemudian hotz fm tiru.serius tak menjadi.nak tau kenapa.sebab contentnya.beza sangat.gotcha call yg dibuat oleh dj2 hitz fm sangat profesional.sebagai cth jika mereka nak prank seorang customer dan mechanic.mereka akan study dulu about the situation.means mereka sedikit sebanyak tahu mengenai kereta n etc.if prank mereka melibatkan pekerja hotel dan reservation sedikit sebanyak they have the knowledge about the prosuder n process.means dj yang nak prank tu tidaklah nampk bodoh or main cakap saje.begitu juga dgn slang atau english yg dituturkan.if mereka disguise as a chinese,malay,indian,european or japanese.slang english mereka akn berbeza beza which is pada saya sgt funny.xde la nak buay suara2 sengau ke atau lembut2 atau suara mcm anty jual sayur mcm fafau kdg2 buat.and sepanjg saya dgr mereka x pernah lagi buat prank melibatkn isu sensitif spt tudung suami/isteri curang ,sleep wit other man or woman.they never go that far.even some of them not muslim they still ada some respect to listener.so utk dj2 d luar tu belajarlah menghargai pendengar sbb mereka bknlah suka diperbodohkan.sekian

    0

    0
  40. Gonjeng78 says:

    Stesen radio yang tak beradap dan bersusila je yg buat slot prank ni. Dah le ketawa gelak melampau – lampau dlm konti. Memang sah takde adab ataupun kurang adab. Ketawa banyak mengeraskan hati dan memang terbukti para DJ radio yg suka ketawa dan berperangai kurang adab tu memang keras hatinya…. Yg perempuan ketawa tak ubah macam perempuan murahan…

    0

    0
  41. Qaira says:

    Sbb ni lh yg kahwin blh cerai, yg tunang blh putus, yg hidup blh mati. Stupid segment?

    0

    0
  42. saya says:

    nak komen jugak.. tolonglah cari idea lain! seriyes x best tau sate ni.. ntah hape2.. eventho suami saya pun pernah kena prank call.. #xbestlangsung

    0

    0