Written by Bella | June 2nd, 2017

Hampir setiap selebriti di Malaysia, popular ataupun tidak akan menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan produk mereka sendiri, tetapi pelakon Ruhainies nampaknya tidak berminat dengan perniagaan. Ruhainies yang fokus menjadi duta sepanjang bulan Ramadhan ini mengakui pendapatan menjadi duta  syarikat lain lebih menguntungkan berbanding menjual produk sendiri.

Saya tidak boleh terlibat dengan sebarang penggambaran kerana sudah berjanji untuk membuat kemunculan sepanjang bulan Ramadan ini sebagai duta. Menariknya selain dibayar sebagai duta untuk sesuatu tempoh, saya turut menerima bayaran tambahan setiap kali muncul pada majlis yang dianjurkan produk berkenaan.

Jadi secara tidak langsung juga saya dapat berehat sebentar dan memberi fokus kepada keluarga serta melakukan amal ibadat di bulan Ramadan. Pendapatan menjadi duta produk lebih menguntungkan berbanding jual produk sendiri kerana saya tak ada masa membuat promosi.

Tidak dinafikan artis yang menjadi duta mendapat bayaran yang cukup lumayan dan tidak perlu pening kepala untuk memikirkan promosi. Kalau buat produk sendiri memang agak pening kepala, iyalah kena keluar modal dan sebagainya. Apa-apa pun, ia juga bergantung kepada minat masing-masing, ada yang suka berniaga dan ada yang sebaliknya.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

12 responses to Pendapatan Jadi Duta Lebih Lumayan Berbanding Jual Produk Sendiri – Ruhainies

  1. wekkkkkkk says:

    patut la ada org tu dilantik jadi duta t. 5. bila natizen komen, jgn komplen. Lgi2 gomen yg bagi jadi duta. Tak apa lh rezeki maseng2kn.

    3

    1
  2. mari bersyukur says:

    untung sgt yang cantik ni tauu. belajar xpandai xpe boleh jadi retis xpon paling koman jadi instafemes dpt job gak buat review. duit berkepuk2. entah berapa la bayaran sekali pegi event. orang biasa ni sebulan gaji 3000 pon dh bersyukur dah weii. so korang yg lawa2 jadi retis ni berlakon ke menyanyi ke sila lah asah bakat anda tu. at least xde la sedih sgt kami org biasa nak tengok drama petang2 balik keje. xkata kat ruhainies pon aku layan je drama dia

    6

    0
  3. melati says:

    itu jew lah yg Retis2 tahu…jual Tudung @ Produk dr Indon….!!! Rosak semua angan2 nk Jadi mcm Neelofa (RM50 Juta)..!!

    3

    1
  4. opah maheran says:

    Ni lah cerita paling bijak yang pernah opah bace pasal ko, nis. Kipidap!

    2

    0
  5. Anonymous says:

    x lawa….klon nora danish.

    2

    0
  6. Leena says:

    Kihkih. Time ko takde produk lagi boleh la ckp cengini. Tetiba dah ada produk cakap lain pula. ?

    1

    0
  7. johnny bravo says:

    Ade jgk ke org nak amik dia jadi duta produk?? Nampak muka biasa2 je..

    2

    0

Leave a Comment

Optional