Written by AbangNara | January 23rd, 2017

Secara jujur, semalam Abang Nara hanya layan AJL31 gitu-gitu sahaja. Tak ada nak fokus 100%. Entah kenapa memang tak ada mood dan tak begitu excited sangat. Tidak seperti zaman muda-muda dulu. Sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata perasaan tersebut. Namun pendapat Chef Wan tentang AJL31 semalam adalah sama 100% dengan apa yang Abang Nara rasai. Secara kesimpulannya, memang faktor usia yang sudah semakin meningkat menyebabkan hilangnya rasa teruja untuk menonton majlis-majlis anugerah seperti ini.
chef wan

Selain faktor usia, antara beberapa points lain daripada komentar panjang lebar Chef Wan ialah:-

1. Penyanyi kita sekarang kurang kualiti
2. Hos ramai sangat dan banyak merapu
3. Dayang Nurfaizah punya vokal awesome
4. Syamsul Yusof pandai menyanyi
5. Orang lama kurang minat rock, hip-hop dan lagu trend terkini

Jom baca luahan panjang lebar Chef Wan tentang AJL31:-

Dah berzaman tak mengikuti lagu2 Melayu ini tonight i tried to watched Juara Lagu.
Personally i find it hard to enjoy some of the male singer song.

Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to then what i see tonight.
May be the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apa tah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yg some i find to be tak sedap for my ears.

Wow susah juga bila nak Host dan MC beramai ramai ini and its a tough job to keep the audiences entertain and in good spirit with seem as merapu too much and abit of a drag. Obviously there should be some chemistry between all of them kan.

Ya la bila kita ni dah jadi golongan orang lama apa tah lagi kurang berminat lagu2 rock, hip hop mau pun rap and more towards the Jazz type perhaps that is why i cannot seem to enjoy or appreciate some of this performance. Ya la masa pun sudah berubah.

Kita pulak rasa mcm ketinggalan zaman pulak and i kept asking myself where are all the quality singers and voices in my mind.May be its just me feeling that way.. Baik apa pun its just my own personal view and opinion sahaja.
Waiting for one of my favorite female singer Dayang pulak. Jacky opening song for Gemilang was Wow! Loved the song and its lyric.

Even enjoyed Shamsul and Mawi voice. Didnt know Shamsul anak Yusoff Haslam tu can sing. Ketinggalan zaman saya asyik tengok American Idol with all that super quality singer voices sampai lupa lagu2 Melayu baru pulak. Seriously i have not watched for years and years as masa pun tak ada.

Super loved Dayang song tonight.Lyric so wonderful and her voice is so powerful.Memang vocal terbaik so far.I hope she will win the best vocal tonight. Hafiz and Misha Omar song pun baik but tak sehebat lagu Dayang and her performance la to me that seem more powerful. But i like the song lyric though.

Their music composition tu mcm dah selalu dengar rasanya rentak nya bila dua penyanyi berduet to my ears lah.
Despite that its still a good song compared to so many others yg compete tonight.

chef wan

Apa pula perasaan anda apabila menonton AJL31 semalam? Adakah anda berpuas hati dengan mutu keseluruhan anugerah tersebut. Secara jujur, kalau anda dah lebih kurang usia Abang Nara (34 tahun), mungkin dah terasa malas dan tak mampu nak melayan anugerah-anugerah sebegini. Namun lain orang lain pendapatnya. Kongsikan komentar anda di ruangan komen di bawah. Sumber Instagram Chef Wan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

65 responses to Pendapat Chef Wan Tentang AJL31 Ini Memang Kena Tepat Dengan Apa Yang Abang Nara Fikirkan

  1. Anonymous says:

    wow well said Chef Wan.mmg betul entah apa apa lagu zaman ini except for DYG and hafiz and misha Omar.For DYG of course very powerful
    .

    70

    1
    • Mat terengganu (ganu kita) says:

      Laaa … ada AJL ke semalam ? .sumpah aku x tahu busy sgt. Tahniah pada yg menang.

      15

      0
      • Mat Ronggeng says:

        Kemunculan….Liza Abdullah..Man Bai..Ameng dan Ella, terbaik.

        Especially Kak Liza Abdullah muncul…. Saya peminat Kak Liza dari zaman “Ali Setan” berlakon dgn Ogy… Terbaik. Love you Kak Liza, Man Bai, Ameng and Ella.

        15

        0
    • tapis menapis kerr??? says:

      kenapa kenyataan shila amzah takde dalam ni??chef wan ada puji shila amzah ..lagu sedap..tapi cam kene tapiss je..??

      0

      0
  2. Anonymous says:

    yg aku pelik nape usherette yg bgi hadiah kt para pemenang..tkde vip ke yg nk bagi…ke aku silap…

    50

    0
    • Shhh says:

      betul aku pun perasan semalam..dulu mseti ada vvip atas pentas siap dgn bunga sekali..ni aku tgk mcm tadika punya penyampaian hadiah je..nasib lah da pembantu tlg bg award tu kat dorg smlm..

      24

      0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Sbb bajet x ckup kot. Nk jemput dyeorg pn kena byr.

      4

      0
  3. Pekerja Gomen says:

    Lagu Mawi ngan Shamsul Yusof mmg sedap…
    Meremang dengar lirik lagu dia..
    Tak sangka OST Munafik..
    Aku macam baru 1st time dgr lagu tu semalam.

    Tp lagu tu mmg best

    85

    0
    • azreen says:

      i thot the song could at least win top three…tapi tidak…nampaknya juri2 tak minat lagu2 kemanusiaan/ketuhanan ni kot… nak kata melodi x sedap…sedap jer

      48

      0
      • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

        Juri de byk kriteria dye dlm pmilihan pmenang. Bkn bgantung pd LIRIK, melodi, tone suara, suara nk kena tinggi melangit je…byk lg kriteria. Sy pnh tgk kertas juri dlm sesebuah rncangan ptndingan lagu..2 thn lps punye cite. De lebih 20 LIST KRITERIA juri kena check. & lagu yg menang mst de kurang kt ctu cni.
        Lagu Shamsul mukin markah lebih kt lirik tp dr kualiti suara markah kurg. Dayang mukin markah tinggi kt suara. Kalu tambah2 tu sume bape markah masing2???? Ni mcm markah exam mse kite blaja. Kn de byk part2. Kertas 1 & kertas 2 bagai.
        Lg juri rmai & de mcm background bbeza. Dyeorg thu de blaja MUZIK & telinga lg teliti dr kita. Dyeorg je layak jd juri utk ptandingan. Klu nk lagu kite menang baik g undi Carta Era Lagu Popular. ITU ORANG BIASA LEH JD JURI. Kite jgn wat mcm pandai sgt mnde kite x thu. OK.

        7

        3
        • Pekerja Gomen says:

          Aku tgh pk yg menang no 3 tu sbb apa?
          Lirik biasa2…
          Melodi biasa2…
          Suara penyanyi biasa2…

          At least tak dapat no 1 pun.. sekurang2nya Lagu Kalah Dalam Menang layak top 3

          6

          0
        • Haikal Hanafiah says:

          Kpd pekeje gomen ;
          Ko pg jd jurila.Tnjuk ko mcm pndai sgt bab muzik.Ko g handle tugas datuk ramli ms & juri2.Tgk ko mahir bce x nota muzik.Thu x sequence structure lgu.Kalu camtu baik xyh amik juri profesional utk show cm Ajl.Amik org cm ko je.Jumpe tepi jln mne2 pastu tarik ke kerusi juri.Snang cte.
          hahahahaahahahahahahahahaahahaah

          0

          1
        • Pekerja Gomen says:

          Dato Ramli MS bukan juri la bongok….
          Nak sekolahkan org tapi tak cerdik

          1

          2
        • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

          Kpd pekeje gomen :
          Sy maksudkn scara general..dye pnah jd juri rncangan len kn? Dkat Ajl dye konduktor muzik kn..ye sy thu. Pe sy cube ckp cni jgn kite wt pandai sgt mcm kite yg menentukn kputusan Ajl. Lg 1 Ajl/muzik2 adala ptandingan lagu yg sdikit lain dr ptandingan len. Kenapa? ;

          Billboard US – kemenangan lagu dtentukn melalui jualan & distream airplay.(dr awal – akhir)

          Inkigayo korea – kemenangan lagu melalui undian peminat,jualan & dstream antaranya. (Dr awl – akhir)

          Duo Star & Aim – kemenangan 100% dtentukn oleh juri profesional. (Dr awl – akhir)

          Muzik2/Ajl – Penyanyi htr lagu utk btanding. Mula2 kedudukan lagu diundi 100% peminat. Tibe2 masuk separuh akhir lagu 100% dipilih oleh juri profesional. Pastu tukar nme Ajl plak. & Sekali lg peminat x bleh undi lagu kegemaran dyeorg. Memang pemenang 100% dipilih oleh juri profesional.

          —Tak pelikla Ayda Jebat or Janna Nick bleh msk separuh akhir muzik2.

          Nmpk x? Klu xde undian oleh peminat kt Ajl rasa adil x utk org cm awk? Sbb tu rmai artis suke Aim. Aim anugerah tiada undian peminat. Dijurikn oleh bukan yg separa2 minat/thu muzik. Sy bkn nk skolahkn atau kenakn awk cme nk ckp bdasarkn pemahaman & pengalaman sy. Sy de tlibat dgn recording production & pakcik sy slalu supply stage & brg muzik kt event2. Ni mmg fakta & hakikat bro/sis.

          6

          0
      • Haikal Hanafiah says:

        Juri de byk kriteria dye dlm pmilihan pmenang. Bkn bgantung pd LIRIK, melodi, tone suara, suara nk kena tinggi melangit je…byk lg kriteria. Sy pnh tgk kertas juri dlm sesebuah rncangan ptndingan lagu..2 thn lps punye cite. De lebih 20 LIST KRITERIA juri kena check. & lagu yg menang mst de kurang kt ctu cni.
        Lagu Shamsul mukin markah lebih kt lirik tp dr kualiti suara markah kurg. Dayang mukin markah tinggi kt suara. Kalu tambah2 tu sume bape markah masing2???? Ni mcm markah exam mse kite blaja. Kn de byk part2. Kertas 1 & kertas 2 bagai.
        Lg juri rmai & de mcm background bbeza. Dyeorg thu de blaja MUZIK & telinga lg teliti dr kita. Dyeorg je layak jd juri utk ptandingan. Klu nk lagu kite menang baik g undi Carta Era Lagu Popular. ITU ORANG BIASA LEH JD JURI. Kite jgn wat mcm pandai sgt mnde kite x thu. OK.

        1

        0
    • wki-wki says:

      sama,, aku pun rasa lagu tu sangat bagus.. dan maybe lagi bagus dari lagu dayang.. tapi yalah.. juri lagi tau..

      20

      0
  4. Shhh says:

    Sama lah mcm ko abg nara.. aku pun tak tgk dri mula. Aku tgk msa Dayang . tgk msa artis undangan dan nak umumkan pemenang. Je…kalo dulu dri opening smpi last aku tgk…malah skrng ni tak teruja seperti sblm ni..malah rasnya dh 3 4 tahun kebelakangan ni ajl dh tk sehebat dulu. Kita dh kurang penyanyi wanita suatu ketika dulu blh kata hebat semua, CT, Ziana, Jaclyn and Dayang kira bernasib baik je dlm pertandingan tu. Dayang da lagu yg best2 sejak akhir2 ni..dulu Dayang hebat tp DCT byk menguasai. Takpe lah bukan reseki Dayang. Pas sorg artis wanita dh kurang menghiasi pentas AJL, Dayang muncul lagu2 best. Jdi peluang skrg peluang Dayang. Tapi dua tiga tahun datang Dayang mgkin takan bertanding mcm FT. Maybelah. Lagi satu kebanyakkan skrg muzik atau lagu sering mainkan radio. Berulang kali smpi jdi jemu. So tu yg tak da umpph kt atas pentas AJL. Lirik pun mcm senang je nk buat. Penyanyi lelaki skrg pun tk da yg betul2 hebat mcm zaman M Nasir, Jamal Abdillah dan Anuar Zain. Setakat ni Hafiz, Hazama dan Black je aku rasa ok..tpi tk tahu kenapa suara da tk umph mcm dulu. Pasal pengcara mmg aku setuju 200%..tk tahu lah kenapa pengacara sgt membosankan melainkan Sarimah..pandai hidupkan majlis. Aku rasa Sarimah dn Awal dh cukup..kalo si Fara tu mcm straight sgtlah smpi nk bergurau mcm tk kena je. Si Fizi tu blh lah dimaafkan sbb baru lagi. Tak yah lah smpi ramai sgt pengacara..Dulu dua org pun dh ckp..zaman Cherly dan Faizal Ismail pun ok. Sblm tu pun dua org je. Ni lbh baik ko letak segerombolan org tv atas pentas lgi senang.. AJL skrg dh tahap anugerah Meletop. Aku rasa thun akan dtg AJL mmg tk best.

    p/s: kenapa bila aku bc komen chef wan ni aku terikut2 gaya dia bercakap..terjuih2 mulutnya tu smpi telan air liur

    23

    0
  5. Fauziah Ariff says:

    Assalamualaikum….
    Betul apa yang Chef Wan cakap tu…Saya rasa kurang menyengat…tapi Dayang NurFaizah memang hebat….

    Vokal Dayang memang hebat..tapi saya tak faham..setiap kali SEKIRA ada pertandingan yang lain..Sit Nurhaliza yang asyik menang,,,sedangkan kita semua tahu kualit suara penyanyi lain seperti Dayang & Jacklyn Victor paling hebat…betul tak???? Ini cuma pandangan saya jer…

    21

    9
    • Peace no war says:

      Xperlu rasa cakap pasal siti sbb da berapa tahun dia xmsk AJL. Dan siapa kata siti asyik siti yg menang? ada juga yg anugerah yg Siti kalah pada penyanyi lain.Contoh AIM yg diadili oleh juri profesional bkn tiap tahun siti menang besar. Klu kira undian peminat tu mmg xleh nk cakap ape la.. ayda jebat pon boleh tapau semua.

      28

      0
    • Alieza says:

      Saya setuju….
      Saya sangat suka suara Sis Dayang sejak awal kemunculannya…
      Yesza Dayang dan Jac sangat power!

      8

      2
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Juri de byk kriteria dye dlm pmilihan pmenang. Bkn bgantung pd LIRIK, melodi, tone suara, suara nk kena tinggi melangit je…byk lg kriteria. Sy pnh tgk kertas juri dlm sesebuah rncangan ptndingan lagu. De lebih 20 LIST KRITERIA juri kena check. & lagu yg menang mst de kurang kt ctu cni markah gk.

      3

      0
    • fgdge says:

      well kalau dah siti mmg layak, wheres the point of giving the winnings to others? mentaliti begini yg boleh merosakkan industry

      3

      1
    • Haikal Hanafiah says:

      Ko g jd juri jela. Tupn klu tv3 nk amik. Xyh pki 7 juri…pki ko sorg je.

      1

      0
  6. man says:

    AJL31
    1:SUARA MASIH ADA KUALITI
    2:PERSEMBAHAN PUN OK TAK BERLEBIH2
    (TH 90 an pun vocal byk kelaut yg menang je ok)
    3:juara mmg layak
    4:berprestij
    4:hos npk bijak

    9

    6
  7. Anonymous says:

    bg aku sarimah ok..plg x blh blah time die nganjing si coco tuh…kahkahkah…

    39

    0
    • hello kutty says:

      khennn sarimah palingg ok la..kemain slim..cantik plak tu..tapi sorry awal ashaari…aku x pekenan..mungkin boleh buat job lain..bosannnnnnnn

      22

      0
      • manda says:

        Kite same…awal memboringkan.. Sarimah buat lawak je terus sikit sikit mention bini dye…gurau je kot

        10

        0
      • Pekerja Gomen says:

        Tolonglah jangan ambik awal jadi pengacara dalam apa2 program pun…
        Dia dah takde aura…
        Boring!

        2

        0
        • Haikal Hanafiah says:

          Sy maksudkn scara general..dye pnah jd juri rncangan len kn? Dkat Ajl dye konduktor muzik kn..ye sy thu. Pe sy cube ckp cni jgn kite wt pandai sgt klu mcm kite yg menentukn kputusan Ajl. Lg 1 Ajl/muzik2 adala ptandingan lagu yg sdikit lain dr ptandingan len. Kenapa? ;

          Billboard US – kemenangan lagu dtentukn melalui jualan & distream airplay.(dr awal – akhir)

          Inkigayo korea – kemenangan lagu melalui undian peminat,jualan & dstream antaranya. (Dr awl – akhir)

          Duo Star & Aim – kemenangan 100% dtentukn oleh juri profesional. (Dr awl – akhir)

          Muzik2/Ajl – Penyanyi htr lagu utk btanding. Mula2 kedudukan lagu diundi 100% peminat. Tibe2 masuk separuh akhir lagu 100% dipilih oleh juri profesional. Pastu tukar nme Ajl. & Sekali lg peminat x bleh undi lagu kegemaran dyeorg. Memang pemenang 100% dipilih oleh juri profesional.

          —Tak pelikla Ayda Jebat or Janna Nick bleh msk separuh akhir muzik2.

          Nmpk x? Klu xde undian oleh peminat kt Ajl rasa adil x utk org cm awk? Sbb tu rmai artis suke Aim. Aim anugerah tiada undian peminat. Dijurikn oleh bukan yg separa2 minat/thu muzik. Sy bkn nk skolahkn atau kenakn awk cme nk ckp bdasarkn pemahaman & pengalaman sy. Sy de tlibat dgn recording production & pakcik sy slalu supply stage & brg muzik kt event2. Ni mmg fakta & hakikat bro/sis.

          0

          0
  8. Hai says:

    Tang suara tak berapa nak sedap tu mesti dia nak bahan si Aiman tino,aku dgr pun mcm nak nangis,suara cm budak2 nyanyi lagu nasyid. kahkah

    25

    0
  9. Anonymous says:

    spot on chef!
    just like to add….sarimah is best host!

    10

    0
  10. Anonymous says:

    AJL31 kali ni nmpk berprestig la jgk compare masa tokvida jadi penaja dulu…sekurang2nya Samsung, Honda etc tak la batak publisiti..kalau ko jual brg baik tak yah over pun orang tetap akan beli…gitewwwww

    41

    0
  11. Anonymous says:

    aku rindu lagu lama lama zaman 90an dulu,mana pergi pencipta seperti M.Nasir,Saari Amri dan ramai lagi ye,tak buat lagu lagu cam dulu lagi ke.Lagu skrg ni karut marut,cam sampah je,merapu je lebih.

    25

    0
  12. Hello says:

    Saya hanya berminat dengan keputusan AJL31 shj ????

    5

    0
  13. mimi says:

    chef wan adalah salah sorang yang suke merojakkan bahasa dari dulu sampai sekarang..nk english english jela.. rosak rosak

    5

    10
  14. Anonymous says:

    nak buat mcm mane chef wan..kite ade je penyanyi yg better tp bnyk yg x dpt lepas ke final..mcm ezad lazim, jack,syamel,ippo hafiz yg aku rase lagi molek nk bnding aiman tino n sufian tu..pelik kan?nk kate lirik n lagu x puitis, hbes lagu aiman tino tu puitis sgt ke?huhu..kot ye pon nk bg peluang kt pelapis, tlg la cr yg elok skit..yg boleh fight..ni sendu je..mcm persembahan akhir taun sekolah..pemenang dh boleh agak..x nervous mcm dlu-dlu..kpd penyanyi otai2 mcm dato siti, faizal tahir,( bnyk lg sbnanye) please come back to AJL taun ni..bia nmpk skit gahnye muzik kite..xdela org asik perlekehkan AJL je.

    24

    1
  15. KiahPropa says:

    Kak Kiah suka tengok Ajl semalam sebab sarimah ibrahim ada. Cara host2 menyampaikan pn nmpk berprestij.tersusun sdkit. Walau apa pn Welcome Back Sarimahhh..akak suka ko.muah muah muah

    12

    0
  16. Maria Edora says:

    Bagi saya..biarlah muzik-muzik ini. setiap zaman ada kekuatannya.
    memang setiap orang akan mengatakan zaman masing-masing adalah yang terbaik.
    Saya lahir tahun 80an. Bagi saya , seusia saya dan lebih veteren…AJL bukan satu program utama untuk umur saya. Sepatutnya, program yang selayak untuk saya menonton adalah berbentuk dakwah dan juga bentuk hiburan yang sezaman dengan saya.

    Hanya pendapat. Biarlah orang muda yang menentukan halwa telinga mereka.

    23

    0
    • Kaklong says:

      Betul juga tu..

      Saya pun lahir 80-an. Tengok AJL sekadar tengok TV, byk lagu saya tak tau. Macam ok je semua..

      Adik2 saya pula sorang 15 tahun, sorang 18. Dorang mengadap AJL dan bincang sesama sendiri ni bagus, ni kurang bagus, ni sama mcm rekod, ni lain dari rekod, faisal tahir nyanyi lagi sedap, meremang tgk persembahan mawi dan shamsol.

      Ni zaman mereka.. Kita punya zaman dah abes; kita move on la ke fasa berikutnya…

      11

      0
    • joey says:

      setuju.
      kalau dah budak2 remaja memang dok bersiul lagu aiman n sufian tu, kira hebat la utk zaman ni.
      dulu pun orang kutuk2 tomok juga. suara sengau bagai.
      sekarang dah ‘matured’ kan dah ok.

      1

      0
  17. mas says:

    sarimah good

    2

    0
  18. jalan daa says:

    Muzik muzik sampah..

    1

    0
  19. ben says:

    Muzik muzik x sampah sebenarnya. Ada jgk lagu2 dlm AJL tu yg blh layan.. Cuma apa yg aku suka result kali ni xde kontroversi mcm thn2 sudah. It means majority blh accept. Bknnya baru 6 bulan ke setahun baru nyanyi, cipta lagu n masuk youtube.. pap! terus jadi juara. Tu yg org blh pertikai tu..

    For next AJL, juri tolongla tgk sama kualiti vokal penyanyi masa bertanding utk separuh akhir. Klu lagu ok tpi vokal out, nk tgk masa final pon x lalu. Sesebuah lagu yg biasa2 didengar tpi dgn kualiti vokal yg bagus, lagu akan kedengaran power n sedap n penonton pon jadi syok nak tgk n dengar.

    6

    1
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      X semestinya tgk vokal & kualiti lagu je juri nak. Juri de byk kriteria dye dlm pmilihan pmenang. Bkn bgantung pd LIRIK, melodi, tone suara, suara nk kena tinggi melangit je…byk lg kriteria. Sy pnh tgk kertas juri dlm sesebuah rncangan ptndingan lagu. De lebih 20 LIST KRITERIA juri kena check. & lagu yg menang mst de kurang kt ctu cni gk. Syamsul mukin markah tinggi kt lirik & arragement tp dayang mukin menang utk vokal, intonasi, refrain & melodi. Klu tmbah2 semua markah setiap kriteria..Spe plg tinggi tula pemenang. YA MEMANG JURI LAGU TAHU.

      3

      0
  20. Anonymous says:

    Rasa cam sarimah je pengacara yg buat happening skit. Gd job sarimah

    9

    0
  21. Ghost says:

    Dayang layak menang vokal
    Kalah dlm menang takdirnya kalah tp menang dihati kita..

    Yg lain xde biasa2…

    9

    2
  22. kak anom says:

    adik Nara baru 34 tahun…juara lagu dah 31 tahun….akak ni dah 46 tahun….lagi la tak “pot” pasai ni semua….akk dulu zaman Ramlah Ram,Fran,Kathy….sbb tu tak follow langsung…..dah habis ni baru baca komen macam2…tak mau kutuk..sebab tu tak mau tengok

    4

    0
  23. kak anom says:

    adik Nara baru 34tahun…AJL dah 31 tahun….akak ni ha..dah 46 tahun….beremaja dgn AJL dulu….zaman Ramlah Ram..Fran..Kathy…arwah Sudir….memang tak ambik “pot ” la skarang…..cuma follow post mortem je…tak mau kutuk..sebab tu tak tengok….

    3

    0
  24. HarleyQuinn says:

    Jangka kalah dalam menang juara @ top 3 but hmm. Rasanya projector band pun out mcm tak layak no 3 . Dayang mmg layak. Tpi hafiz n misha pun hmmmmm.

    3

    0
  25. kk says:

    aku ni yg in early 30s pun rase bosan tgk AJL tu ari, x mcm dlu kalau AJL sume sanggup berkumpul ramai2 n x de chance laa org lain nak tukar channel. tapi tu ari aku tgk few songs je especially dayang n misha hafiz, yg lain tgk seminit pastu tune channel lain. even mase bg award pun ntah2ape2 da x exclusive cm dulu. Nampak beno tv3 dah takde fund ke sbb takde penaja yg besar2. zaman skrg lagu sempoi pun bley masuk ajl, x salah nak wat lagu sempoi tapi biarlah lirik or the music sound berkualiti. and if xde dayang Nye performance malam tu aku rase mmg hauk pun overall. aduii next time xyah laa panggil pengacara cm fafau ke sarimah ke, dah tua beno laa asek nak mengacara je.

    2

    0
  26. projector patut menang no 1. suara hafiz n misha x sdap lgsung x best.. projector black khalifah n hazama pling best.. ptut dyeorg juara..

    0

    6
    • Anonymous says:

      Trknya taste kau…black n hazama nak ckp plng best tak lah. Ckp sekadar bgs ja utk persembahan. Utk pertandingan yg diadili juri, aku rs tak ckp syarat utk menang. Hafiz dan misha ko ckp tak sdp?jd yg aiman tino ko nak ckp apa?

      2

      0
      • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

        Kpd bro2 sis2 sekalian. Setiap org de taste msing2 fevret artis utk menang. Dan utk pngatahuan korg lgu nk menang x smestinya kena lirik power, suara kena tarik smpi tinggi melangit, arrangement……byk lg kriteria. Contohnya tone suara,komposisi suara, structure lagu,…dan lain2. Sy pnh tgk kertas pmarkahan juri se2buah ptandingan lagu. Lebih 20 kriteria dyeorg kena check. KEMENANGAN LAGU BKN DIKIRA OLEH TASTE PEMINAT TP ditentukn oleh juri profesional dan ape yg penyanyi smpikn. X semua pnyanyi dpt smpikn sepenuhnya kriteria/markah penuh yg dmahukn. Tak dnamakn anugerah berprestij klu djurikn oleh peminat buta muzik.

        2

        0
  27. Anonymous says:

    projektor band yg patut menang…

    0

    2
  28. Anonymous says:

    Trs trng ajl kali ni obvious sgt juaranya siapa klu bkn dayang.tak menyemak jg dgn iklan merapu spt iklan dato vida. Bla dngr ameng,man bai,ella nyanyi rs best berbndng dngr mrk yg bertndng (kecuali dayang,misha n hafiz)..aku bdk 90an dan still rs lagu lama2 dlu lg sdp didngr dan blh didngr berpanjangan.lg skrng dngr 2 3 kli jemu dah.

    2

    0
  29. Anonymous says:

    dah skang zaman fokus pd glamer semata2, dah la sebelum ni siti monopoli segala..nara jgk yg promote glamer cam nekta and lopatah ..tunggu tenggelam jer industri ni..

    1

    0
  30. Cik pedas says:

    Bg ak..so far OK jer ajl aritu..pngacara mghiburkan..walau awal tu mcm kureeng cket..artis bertanding pn OK ..sesuai dgn peminat skrg. So far smua OK laMgkin yg da senja tu x seswai kot tgok anugrrah cmni . huhu

    1

    0
  31. Mak Becok says:

    MENYAMPAH aku Chef berlagak ni! OI, aku ni dah tua tapi minat juga lagu2 baru anak muda industri lagu2 Melayu kita yg. hebat ni! Kononnya lagi, org baya dia hanya minat jazz; pala hotak hang; nak berlagak mcm. itu olang putih kaya! Pi berambos!

    1

    1
  32. Mak Becok says:

    Dahlu tu si mamat chef berlagak olang putih ni; nak puji melangit American Idol tu; pala hotak betul! Aku pernah tengok program tu; nak termuntah; berlebih2 seolah artis olang puti paling top dlm. dunia!

    Inilah jenis olang putih celup bongkak yg. tak sedaq diri usul asal – asyik menghina kononnya ramai artis jenerasi muda kita dlm. industri lagu Melayu kita ni tak berkualiti mcm. itu olang putih!

    1

    1
  33. Ohyeah.. says:

    Aku cadangkan Chef Wan gajikan guru Bahasa Inggeris utk memperbaiki kemahiran BI nya. Ko jgn marah aku lak CW . Haha…..

    AJL pada aku ok ja. Cuma kalau boleh, tk perlu host ramai sgt. Kelam kabut. Aku Sarimah. Sangat selamba dan menghiburkan.

    Bab lagu aku tk nk komen. Aku tk ariff.

    Mutu suara memang lah berbeza. Patut Dayang menang. Sebutannya amat jelas.
    Yang tak capai piawaian ( sendiri tau lah) pergi lah kelas vocal.

    0

    0
  34. 33Ignacio says:

    I must say it was hard to find your website in google.
    You write interesting content but you should rank your blog higher in search
    engines. If you don’t know 2017 seo techniues search on youtube: how to rank a website Marcel’s way

    0

    0
  35. 95Gabriel says:

    Hello blogger, i must say you have high quality articles
    here. Your page should go viral. You need initial traffic only.
    How to get it? Search for: Mertiso’s tips go viral

    0

    0

Leave a Comment

Optional