Written by AbangNara | January 5th, 2016

Mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, bergaya, pujaan ramai wanita dan bujang kadangkala boleh memenatkan seorang ibu. Iyerlah, kalau dah si anak adalah Shaheizy Sam yang belum berkahwin sehingga ke hari ini, pasti selaku seorang ibu, Khaty Fauziah sering diasak soalan perkahwinan anaknya itu. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini terlalu banyak khabar angin tentang status anaknya itu. Ada yang kata dah kahwin, ada yang kata tengah buat persiapan kahwin dan macam-macam lagilah.

khaty fauziah

Menariknya, Khaty sendiri mengakui yang dirinya tidak tahu menahu tentang khabar angin yang sedang bertiup kencang ini. Sampai penat dirinya nak menjawab segala persoalan. Kata Khaty:-

Penat saya nak jawab soalan-soalan seperti ini. Bukannya apa, saya sendiri tak tahu mengenai perancangan Sam, orang luar sudah bercakap-cakap. Ada yang kata Sam sudah berkahwin. Ada yang cakap Sam dah nak kahwin. Runsing saya dibuatnya.

Usah risau, berita gembira itu sudah semestinya akan dikongsikan kepada umum jika ia benar-benar berlaku. Kalau anda tidak percaya, tanya pihak syarikat Global Station. Sam kini terlibat dengan penggambaran berjudul Bimbo bersama produksi itu. Dan dia akan menjalani penggambaran drama itu di Korea. Jadi, bila masa dia nak kahwin? Hahaha.

shaheizy sam

Sebelum ini, Shaheizy Sam sering dikaitkan dengan hubungan percintaan bersama pelakon Syatilia Melvin. Namun Syatilia telah memaklumkan yang dirinya tidak tahu menahu tentang persiapan perkahwinan yang kononnya sedang rancak dilakukan. Apa pun, Abang Nara yakin Shaheizy Sam akan memaklumkan kepada peminatnya apabila hari istimewa itu tiba. Selaku peminat, sabarlah menanti. Sumber Mstar Online.

17 responses to Penat Saya Nak Jawab Soalan Kahwin Shaheizy Sam – Khaty Fauziah

  1. Anonymous says:

    Begenop 1st

    0

    0
  2. Anymore... says:

    lebih runsing kalau anak akak dah hilang peminat…
    sebab org suka lah org tanya…
    Caring….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    borang pencalonan abpbh dah nk keluar la ni, tetiba opah ni muncul balik..

    0

    0
  4. blossom says:

    maybe dlm hati Sam, dia masih cintakan fazura. tetapi fazura menolak sebab Sam still a mommy’s boy! tak nak terjadi pada dirinya spt tragedi fasha sandha.

    0

    0
  5. melati says:

    Ader ker Peminat Mamat ni….???..tukang masak2 Tom Yam jer minat diani ..makcik jgn lah perasan Mak Cik..oiii..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    klu penat xyah laa jwb nenek…tu pun nk kecoh satu dunia ke???adoiii….

    0

    0
  7. nil says:

    hihihihi…
    sya x pernh pun tnya artis2 bila nk kahwin..(yg masih bujang lerr,kan..)
    lbih2 lagi bab dia ni…sebb langsung x minat dgn dia.

    sya tertanya2 bilalah GAYA ZAKRI mahu tamatkan zaman bujangnya…(artis tahun 80an tu)…lepas putus tunang dlu,..sampai skrg xde pengganti…
    jika tiada jodoh di dunia,..di sana pasti menanti…berdoa dan bersabarlah wahai kakkku gaya zakri

    0

    0
  8. Lols says:

    Str8 ke idokk? Hahaha

    0

    0
  9. Anonymous says:

    dia tunggu calon macam kakak nya dapat, macam Bung Moktar rampas saja asal berduit, yang penting enjoy, nanti cari perempuan kaya, biar anak banyak yang penting kaya,

    0

    0
  10. Aku tetap aku says:

    Tak suruh jawap pun… gossip murahan jer ni

    0

    0
  11. anon says:

    nenek ni perasan anak dia popular sngt……bkn menteri pun.. Betol ke ade yg tanya…
    Aku kalau species hero tak hensem mcm mamat ni & rosyam nor tu mmg tak minat langsung lah..

    0

    0
  12. . says:

    Opah nak mula pancing….harap menjadi

    0

    0