Peminat Terkejut Lirik Ditukar Ketika AJL31, Ini Penjelasan Dari Aiman Tino

Hiburan

Peminat Terkejut Lirik Ditukar Ketika AJL31, Ini Penjelasan Dari Aiman Tino

Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila lirik lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino telah ditukar ketika AJL31. Malah ramai yang meluahkan rasa “kurang best” kerana lirik asal lagu tersebut ternyata lebih padu dan bersesuaian. Namun sudah pasti Aiman Tino ada penjelasan yang tersendiri terhadap pertukaran lirik tersebut. Takkanlah sesuka hati nak tukar tanpa sebab kan?
aiman tino

Sebenarnya penukaran lirik lagu Ku Rela Dibenci ini terpaksa dilakukan selepas satu teguran daripada pengguna Facebook menjadi viral.

Advertisement

aiman tino

Berikut adalah lirik asal dan lirik yang telah ditukar oleh Aiman Tino sendiri:-

LIRIK ASAL

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

LIRIK AJL31

Menghitung menunggu hari
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela mengundur diri
Kerna dia ku kau mungkiri
Hanya tuhan saja yang mengerti

Bila ditatap balik lirik asal lagu Ku Rela Dibenci ini, memang ada betulnya teguran daripada pengguna Facebook tersebut. Memang macam kecewa bercinta sampai nak bunuh diri. Bagus juga penukaran lirik ini dilakukan. Tak adalah anak-anak muda terpengaruh. Malah Aiman Tino sendiri mengetahui dan memahami mengapa lirik lagunya itu harus ditukar. Kata Aiman Tino:-

Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Di Benci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ia ditukar dan saya telah menggantikan bahagian lirik dikatakan tersebut.

Apapun itu bukan alasan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti sebaliknya ia bakal menjadi kejutan buat peminat yang masih berteka-teki lirik yang akan diganti.

Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik membawa mesej kematian dalam lagu penyanyi lain sebelum ini tetapi kenapa tiba giliran saya ia menjadi isu?

Bagaimanapun saya cuba melihat dari sudut positif kerana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Di Benci mendapat perhatian ramai.

aiman tino

Agak pelik juga mengapa pihak juri AJL31 memilih lagu Aiman Tino ini untuk ke AJL31 dan kemudiannya mengarahkan agar ia ditukar. Namun biasalah dunia sekarang ini. Kalau dah viral tue, memang perlu diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika ia mampu memberikan impak negatif kepada orang ramai. Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...