Peminat Sheila Majid? Ini Peluang Keemasan Yang Tak Boleh Anda Lepaskan

Hiburan

Peminat Sheila Majid? Ini Peluang Keemasan Yang Tak Boleh Anda Lepaskan

Sheila Majid. Nama yang cukup legendary dalam dunia nyanyian tanah air. Tak pernah lagi Abang Nara jumpa manusia yang tak kenal Sheila Majid. Melayu, India dan sampai ke Indonesia, semua kenal Ratu Jazz Malaysia ini. Cuma Abang Nara tertanya-tanya apakah perkara pertama yang menerjah minda anda apabila mendengar nama Sheila Majid?

sheila majid

maintain cun lagi Ratu Jazz kita nie

Kalau Abang Nara, tak lain tak bukan ialah lagu Sinaran yang cukup sinonim dengan Sheila Majid. Lirik lagu Sinaran memang terpahat di dalam minda Abang Nara. “Sinaran. Mentari menyinari. Menusuk ke jiwaku. Ketika Bersamamu”. Abang Nara berani jamin korang baca lirik di atas sambil turut sama menyanyikan? Memang hebat sungguh impak lagu Sinaran ini. Cukup berhantu!!!

Advertisement

Kehebatan lagu Sinaran (dan juga kehebatan Sheila Majid) bukan calang-calang apabila sebuah filem bertajuk “Sinaran” bakal menjenguk ke pawagam pada 26 November ini. Filem Sinaran ini adalah sebuah filem muzikal di mana 9 buah lagu popular nyanyian Sheila Majid bakal ditampilkan. Selain daripada lagu Sinaran (ini confirm kena ada), lagu-lagu lain seperti Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta turut sama dimuatkan di dalam filem ini.

sheila majid

Pengarah filem Sinaran ini iaitu Osman Ali adalah salah seorang pengarah feveret Abang Nara. Barisan pelakonnya pun terdiri daripada Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah dan sudah pasti, kemunculan istimewa Sheila Majid sendiri. Bersempena dengan filem ini juga, baru-baru ini telah diadakan majlis perasmian lagu lagu tema filem Sinaran iaitu Sinaran Cinta yang sudah tentu dinyanyikan oleh Sheila Majid sendiri.

sheila majid

Sheila Majid memegang album OST filem Sinaran

Abang Nara sekali dengar lagu Sinaran Cinta ini terus jatuh cinta. Pergh!!! Memang feeling. Lirik dan melodinya memang perfect!!! Dengan suara Sheila Majid yang cukup lunak, Abang Nara berani jamin lagu Sinaran Cinta dan filem Sinaran ini akan meletup punya. Tak percaya? Sila jatuh cinta dengan melihat sendiri video klip lagu Sinaran Cinta di bawah:-

Best kan? Abang Nara dah letak lagu ini on repeat dah. Sambil update blog, sambil dibuai kelunakan suara Sheila Majid. Memang perfect!!! Dan Abang Nara ada satu lagi berita gembira buat peminat setia Sheila Majid. Khas untuk anda semua, Abang Nara nak bagi peluang kepada 4 pembaca bertuah BeautifulNara untuk makan malam ekslusif bersama Ratu Jazz Malaysia ini yang akan berlangsung pada 24 November 2015.

sheila majid

boleh la request Sheila Majid nyanyi lagu Sinaran Cinta live untuk korang nanti

Peluang ini datang sekali seumur hidup je. Jadi dengar baik-baik cara untuk memenangi makan malam ekslusif bersama Sheila Majid ini. Cara-caranya ialah:-

1. LIKE Facebook Sinaran Cinta OST + Movie terlebih dahulu sebab pemenang akan diumumkan di sini.
2. Dengar lagu-lagu daripada OST filem Sinaran sampai lebam. Selain daripada Sinaran dan Sinaran Cinta, lagu-lagu lain seperti Antara Anyer dan Jakarta, Cinta Jangan Kau Pergi serta Di Dalam Emosi ini turut sama menghiasi album ini.
3. Pilih salah satu lagu daripada album OST filem Sinaran yang anda paling suka dan isikan borang di bawah. Nyatakan sebab anda menyukai lagu tersebut. Kalau ada peristiwa di sebalik lagu lagilah best. Yang paling kreatif akan memenangi hadiah awesome ini!!
4. Sila hantar sebelum 10 November 2015.

sheila majid

Pastikan korang tak lepaskan peluang keemasan ini. Dan pastikan juga korang tidak terlepas untuk menonton filem Sinaran yang akan mula ditayangkan pada 26 November ini. Sekiranya anda nak muat turun album OST Sinaran ini, boleh lakukannya di sini. Paling penting, jangan lupa LIKE Facebook Sinaran OST & Movie sebab pemenang akan diumumkan di situ. Selamat mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...