Peminat Pun Diharap Lebih Terbuka – Neelofa

Hiburan

Peminat Pun Diharap Lebih Terbuka – Neelofa

Sebelum ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa ada berkongsi beberapa keping gambar saat indah dirinya berada di Maldives. Salah satu daripada gambar tersebut adalah ketika Neelofa berseluar pendek. Ternyata keseksian Neelofa di dalam gambar itu mendapat kritikan daripada banyak pihak.neelofa seluar pendekBerkata kepada Metro Ahad, Neelofa mengecam tindakan penulis blog (Abang Nara salah seorang) yang mengambil gambar miliknya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Malah Neelofa juga memohon peminat lebih bersikap terbuka dan tidak mengutuk atau mengkritik gambar yang tidak disukai. Kata Neelofa:-

Bagaimanapun ada penulis blog menangguk di air keruh tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada orang lain. Bukankah sepatutnya minta izin dulu sebelum sesuka hati ambil gambar daripada laman sosial artis?

Dalam kes saya misalnya, kalau mereka minta kebenaran, takkan saya tak bagi? Ini tidak, mereka langsung tak minta izin… tiba-tiba gambar tersebar.

Peminat pun diharap lebih terbuka. Kenapa pula mahu kritik atau kutuk artis? Kalau tak suka gambar yang dikongsi artis, senyap sudahlah.

Lebih bagus cakap benda baik saja kerana komen aura negatif mewujudkan aura tidak baik kepada orang lain mengikuti perkembangan artis.

neelofa

Menurut Neelofa lagi, sebelum mana-mana gambar dikongsikan olehnya, dia sudah memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Tambah Neelofa lagi:-

Sebagai selebriti, saya tahu batas perlu dijaga. Tidak dinafikan ada satu gambar saya berseluar pendek, tapi itu tidak melampau.

Saya pun tahu had, malah sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial Instagram, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Bagaimanapun kerana suka dengan pemandangan indah dalam gambar itu, saya tetap memuat naik foto berkenaan.

Advertisement

neelofa

Inilah asam garam kehidupan selaku seorang selebriti. Harap Neelofa dapat bertahan lagi 5 tahun sahaja lagi. Neelofa kan dah nak bersara apabila usia mencecah 30 tahun. Mungkin dalam tempoh masa 5 tahun peminat akan lebih terbuka dan menerima seadanya segala gambar yang dikongsikan oleh Neelofa tanpa sebarang kutukan dan kritikan. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Bajet 2014 dan impaknya kepada industri permotoran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...