Written by serenity | November 24th, 2015

Ramai yang menceburi perniagaan dalam talian di Instagram kerana potensi perkembangan perniagaan yang tinggi. Namun begitu, sebelum itu, individu yang ingin berniaga di Instagram perlulah mengumpul jumlah pengikut yang tinggi. Antara cara yang digunakan untuk mengumpul pengikut selain dari memuat naik gambar dan kandungan yang menarik ialah dengan membayar selebriti bagi rebiu produk. Ada antara peniaga dalam talian yang menghantar hadiah percuma atau produk percuma kepada selebriti untuk diiklankan di Instagram mereka yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Gambar Masya; mStar Online

Namun cara yang paling tidak baik untuk mengumpul pengikut ialah dengan menggodam akaun Instagram peniaga lain yang sudah mempunyai pengikut tersendiri dan pengikutnya pula ramai sekali. Cuma kali ini, ia melibatkan seorang remaja yang menjadi juara program realiti Ceria Popstar 2 iaitu Masya Ceria Popstar atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah.

Seorang peniaga dalam talian telah tampil kepada kami mendakwa akaun Instagramnya yang mempunyai 178,000 pengikut telah digodam oleh Masya pada Jumaat lepas. Pada mulanya, peniaga itu, Ira Mohamed, membaca satu mesej yang dihantar oleh Masya di akaun Instagramnya mendakwa Astro sedang mencari peniaga dalam talian untuk diberi peluang iklan di televisyen secara percuma. Ira kemudiannya mesej terus (direct message) Masya untuk mendaftar. Ira seterusnya diberi satu pautan oleh Masya untuk diberikan peluang iklan percuma di Astro.
 photo 1.png
Esoknya, iaitu pada hari Jumaat, Ira mendapati akaun Instagramnya telah menjadi milik  orang lain. Apabila diteliti, kata pengguna akaun tersebut telah ditukar nama dari @nineoctober_boutique_ira kepada @ fairy.rar. Kesemua gambar dalam Instagram itu telah dipadam dan digantikan dengan gambar-gambar model mengenakan tudung.
 photo 3.jpg
 photo 2.jpg

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015

Pada deskripsi akaun, individu yang menggodam memberitahu sudah memadam kesemua gambar dari akaun asal untuk mencantikkan ‘feed’ atau ‘suapan’ akaun.

Masya sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk jualan tudung Fairy by Masha iaitu @fairyhijab_by_masya tetapi hanya mempunyai 229 orang pengikut dan akaun itu kini sudah dinyahaktifkan.
 photo 4.jpg
 photo 10.jpg

Namun begitu, ciri keselamatan Instagram (dan kebanyakan penyedia media sosial lain) ialah apabila kata laluan akaun ditukar, satu e-mel akan dihantar kepada e-mel asal yang didaftarkan di atas akaun tersebut untuk pemberitahuan.

Sekiranya penukaran itu bukan dibuat oleh pengguna Instagram itu, Instagram memberi pautan yang membolehkan pengguna asal mendapatkan semula akaun mereka. Ira berpendapat Masya telah menggodam akaun Instagramnya kerana akaun itu digodam setelah dia berkomunikasi dengan Masya dan Masya juga mempunyai perniagaan tudung yang diberi nama Fairy Hijab by Masha, berpadanan dengan nama @fairy.rar

 photo 5.jpg
 photo 6.jpg
 photo 11.jpg
Ira kemudiannya telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung cubaan godam akaun Instagramnya.

 photo 8.jpg
Bagaimanapun, Masya mendakwa tidak tahu menahu mengenai cubaan menggodam tersebut kerana Instagram miliknya juga telah digodam sebelum itu. Katanya dia mendapat pautan dari mesej pembantu peribadinya @sz.meen sebelum ia digodam. Masya juga kemudiannya membuat laporan polis berkenaan perkara itu.
 photo 12.jpg
 photo 14.jpg
Memang bahaya kalau kita klik pautan-pautan yang diberi orang tertentu dalam mesej Instagram secara sebarangan. Sebenarnya, cara yang sama juga dilakukan untuk mengodam akaun Facebook.

Bagaimanapun,sama ada benar Masya melakukan perkara ini hanya akan dibuktikan melalui siasatan polis dan SKMM. Semoga mereka yang terlibat mencapai jalan penyelesaian untuk masalah ini.

88 responses to Pemenang Program TV Realiti Curi Akaun Instagram Peniaga Online Untuk Kumpul Pengikut?

  1. adudu says:

    kesian, desperate.
    sanggup kacau periuk nasik orang lain semata2 nak untung dgn senang.
    dlm niaga, haruslah mula dr bawah dik. barulah nampak hasil usaha penat lelah kita bile dah berjaya nanti.

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu tak bersalah..yg pepndai bagi link tu konon nak tolong tu dari astro lah..dah kenape?
      haaa..tgu ye..padan muka.

      0

      0
      • ish3 says:

        Jangan buat kerja haram nanti rezeki tak berkat..sangat keji perangai sape yang hack tu…nk untung cepat xnak usaha…sabar ye ira, semoga dipermudahkan semuanya dan dapat balik insta tu ye….

        0

        0
    • minah jambu says:

      masha ni kiwak mana ? dia artis ke ? pandai2 aje nk kacau orang punye rezeki..budak lagi dh pandai busok hati ngan orang eh ! dh besar nanti macamana pulak prangai ??? memandai aje huh !

      0

      0
    • minah jambu says:

      ni la dia ha kecik2 lagi dh bertudung tapi prangai macm kiwak..nanti laki orang pon dia kacau ! bertudung la kununnn huh !

      0

      0
    • One Direction says:

      tengok link tu macam lain macam je,,,,, next time kalo link pelik jangan sesekali klik.
      link pelik macam tu kalau x phishing,,,, maybe buat masuk malware dalam computer ko. eh pelik betul aku,,, Masya ni berkawan dengan budak IT ker ????? ke ada orang nak kenakan dorang ?????

      0

      0
  2. Pekerja Gomen says:

    Gigih aku membaca dari mula sampai habis…
    Last2 smpi kat bottom aku dok pk..
    Siapa dia ni? Kenapa aku baca posting ni?
    Sampah betul…

    0

    0
  3. mati la nakkk says:

    plz la nara.. kalu belum sohih… jgn tulis dlu.. tajuk gempak gila.. mcm kompom2 je si masya tu bersalah.. etika penulisan mmg tak de ke?

    0

    0
    • joy says:

      dah nama pun BLOG ARTIS memang la banyak tak sahihnya dari yang sahih. sebab tu tajuk gosip tu disertakan tanda tanya (?) untung dia cerita both side daripada satu side je. blergh acah acah bagus jangan bukak blog artis lah pergi baca oxford journals sana.

      0

      0
  4. mati la nakkk says:

    dah kompom ke? tajuk gempak gile.. jgn nara… dosa tau

    0

    0
  5. Mirai Suenaga says:

    dan dan tu laaa ko punya kena hack… tu alasan dah basi okayyy

    0

    0
  6. sy bosan says:

    biasa la hal2 cmni.. aku pon emmmm tah la, xde gossip lain ke??

    0

    0
  7. masyuuukkk says:

    masya mila london aku kenal la.

    kalo btol la, gigih sungguh curi akaun org, still x famous.

    skrg ni org snggup beli likes, beli followers. mcm bodoh je.

    sama standard la buat assignment bayar org buat, periksa nk kertas bocor, mne pegi nilai2 murni?

    0

    0
  8. Ira mohamed says:

    Bukti yg beautifulnara adalah benar dan sahih ..semua bukti dr saya . Kami ade bukti semua . Xkena diri sendiri boleh komen .dah kena baru tahu cmner rasa .twrimakasih

    0

    0
    • Anon says:

      Malu jgk nak ngaku layan ceria popstar ni. Haha.. Aku layan pun sbb nak tgk jozan. Rindu dgn lawak jozan.

      Tapi kan, budak ni scary maksud aku cara renungan die tuh..err.. Ntah la

      0

      0
    • entah says:

      berani nya budak kecik tuuu

      0

      0
    • Budak Baru says:

      Saya simpati dgn awak..Saya pun peniaga online jugak, tapi masih baru..mmg ada jadi hack2 acc ig untuk curi acc yg da byk followers..adek saya pnah kne dpt emel mntak verify emel sbb tetibe salah masok password…takot sgt..tapi alhamdulilah org tu xdpt nak hack acc adek sye…saya doa kn awk tabah ye..178k followers byk tu, msti awk da de income tetap..sye yg bru 10k followers pn income alhamdulilah…insyallah rezeki Allah tu pasti ada..

      0

      0
  9. Fakpenipu says:

    Haha. Ape bangang. Aku x kenal pun sape masya ni. Tp aku rase mmg keje die/si polan. Bodoh piang x mengaku. Dah sah2 produk ko kit situ. Dh sah2 produk nama ko. Ko igt seller tu nk diam ke. Kan dh kene.

    0

    0
  10. Joyah Pok Pek says:

    dua2 akaun IG ni saya tak kenal..tp tertarik nak baca sebab nak tahu tactic pengodaman account nie..sungguh bijak manusia skng menghack!!!

    0

    0
    • cikkilata says:

      tu la… confuse aku… si masya ni terror It ke sampai pandai phishing…?? tp.. kalau org lain yg hack utk bg link phishing tu, apsal tukar acc jadi fairy.rar pulak… sbb dah sah2 berkait dgn masya… so, aku suspect si masya ni upah hacker utk buat phishing… (kalau betul dia buat la…).. kalau bukan dia yg buat sebenarnya, so ade la tu hacker yg nak kenakan masya gamaknya… wallahualam…

      0

      0
  11. lekatlekit says:

    Nasib baik IG @lalalekatlekit ada 800 je follower.. tak sapa nak teringin nak godam. 178 tu jenuh jugak nak kumpul balik. Bukan senang.. Try minta balik la.. kalau tak bagi jugak ugut nak viralkan. erkk.. ni kategori viral dah ni keluar kat blog Beautifulnara.

    0

    0
    • profesor serba tatu says:

      zaman skrg boleh beli followers dan likes. tak bermakna aku kata ig yg ada beribu followers mesti x genuine. tapi jika tgk sesetgh ig tu follower dekat setengah juta tapi likes hanya sepuluh…. mmg x logik kan. tapi byk juga followers yg malas active i.e ghostfollowers.

      0

      0
  12. nenek says:

    Kalau tgk kan kepada e-mail address, rasanya si masya ni bekerjasama dgn org yang lebih tua.. hmmm dah kantoi gelabahlah jadinya. If tak terlibat, mana datang pulak Astro nak bg iklan percuma..ye tak?

    0

    0
  13. Pembeli teraniaya says:

    Alhamdulillah..Allah maha adil..PADAN MUKA si ira pemilik 9october butik tu.pernah sekali beli dgn die terus trauma sampai sekarang.mulut puaka ya amat.da la bajunye kualiti teruk gile pastu suke2 hati die je maki hamun kastemer.mmg baju die tu xdipakai sampai sekarang.layak dibuat lain buruk je..

    0

    0
    • sepit_rambut says:

      ape kisahnye??

      0

      0
    • Janggut says:

      Woi bahalol. Ko memekak kt sini n doakan padan muka kat org lain kira ko baik sgt la. Kedai ig dia jual murah baju2 tu, then apa ko expect? Kalo nak berkualiti tinggi, g la kedai2 mahal yg ada kt kl ni. Xyah nak buka ig n beli kt ig shop. Igshop ni tmpt org nak niaga kecil2lan n modal yg rendah n harga jual pun murah. Lainla kalo ko ni mmg jenis betina xsedar diri, harga barang nak murah tp nak kualiti BRANDed. Apa kata ko xpayahla nak buka ig lg. Sbb cust mcm ko ni mmg annoying kot. Maybe ko kot yg maki seller. Pasty kt sini ko wat citer yg seller ni maki ko. Pukitiawmalansi punya perempuan( pembeli teranianya konon)

      0

      0
      • pip says:

        ko ni ira ke?

        0

        0
      • budak muda says:

        buruknya bahasa mkcik ni. pi bljr sivik

        0

        0
      • Anonymous says:

        Ira mohamedsays:
        November 24, 2015 at 1:06 pm
        Bukti yg beautifulnara adalah benar dan sahih ..semua bukti dr saya . Kami ade bukti semua . Xkena diri sendiri boleh komen .dah kena baru tahu cmner rasa .twrimakasih

        DAN

        Janggutsays:
        November 24, 2015 at 8:13 pm
        Hidden due to low comment rating. Click here to see.

        Woi bahalol. Ko memekak kt sini n doakan padan muka kat org lain kira ko baik sgt la. Kedai ig dia jual murah baju2 tu, then apa ko expect? Kalo nak berkualiti tinggi, g la kedai2 mahal yg ada kt kl ni. Xyah nak buka ig n beli kt ig shop. Igshop ni tmpt org nak niaga kecil2lan n modal yg rendah n harga jual pun murah. Lainla kalo ko ni mmg jenis betina xsedar diri, harga barang nak murah tp nak kualiti BRANDed. Apa kata ko xpayahla nak buka ig lg. Sbb cust mcm ko ni mmg annoying kot. Maybe ko kot yg maki seller. Pasty kt sini ko wat citer yg seller ni maki ko. Pukitiawmalansi punya perempuan( pembeli teranianya konon)

        ADALAH ORG YG SAMA. Duh aduh, susunan ayat dan cara taip pun copy 1:1. Nampak menggelepar lebih and like termakan cili. Kalau betul ‘Pembeli teraniaya’ tu cakap, tengok lah ayat last si ‘Janggut’ tu. Berapi betul mulut. Seram aku baca.

        0

        0
      • semek says:

        kalau mcm ni punya mulut seller well u deserve it

        0

        0
      • botol ayaq says:

        ambooiii… elok sungguh bahasa hang ni.. maki2 org macam apa lagi.

        0

        0
      • senget says:

        aku doakan bussiness ko cpt bungkus

        0

        0
      • sue says:

        jahatnya mulut kau ni Janggut. sentap sangat tu dah kenapa? ker kau tu Ira?

        0

        0
    • Anonymous says:

      Really?sy pernah beli kt ig ni..kualiti dan layanan ok je..bj pon cntik and harga brpatutan..cuma kena tunggu reply dlm 24jam..bila dia lmbt reply dia say sorry lg..hurm

      0

      0
  14. sepit_rambut says:

    bila dah viral camni ig yg 2 follower pun buleh jadi 300k follower.

    haha taktik3…

    0

    0
    • sukati aku jer says:

      betul. taktik ig seller je tu nk suh org follow dia. buat cite macam ni boleh viral then orang folo. tgk ig dia okay je tu xde masalah pon gambar banyak je n follower dh jadi 200k kot….

      0

      0
      • Ira mohamed says:

        Xkena batang boleh la .mmg la ok sebab dah dpt blk .tp yg salah tetap salah .bukti semua ade .kami pun xde masa nk menipu org salah tetap dihukum

        0

        0
  15. Anonymous says:

    sy tgk ramai penjenayah online di kalangan remaja …

    0

    0
  16. kiah pekasam says:

    ig ira dh mcm biasa dh…sbb aku follow ig ira ni

    0

    0
  17. Cincinsakti says:

    Aku speku ade org hack account si masya ni and then gunakan acc die utk hack si nineoctober. jenayah cyber.
    kalau si masya ni nak hack org, tak de nye nak letak nama die or report polis.
    aku tgk account insta memasing kembali seperti sediakala je ni.

    #kagumjenayahcyber
    #itcouldhappenedtoyou

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye la..td cek IG dua2 ni..xde apa pun berubah. IG ira still 180k follower. IG masya 3k je. xde pula IG masya 180k. betul ke gossip ni

      0

      0
      • Ira mohamed says:

        Sila follow ig saya semua bukti ade kt dlm ig saya or follow fb saya .xde masa kami nk menipu . Salah wei klu saya buat keterangan palsu bg kt polis

        0

        0
      • Janggut says:

        Ko ni bodoh ke apa? Kalo dah ada bukti xkan la sesaje nak letak tajuk mcm ni.. Yg lg bodoh boleh plak ckp xde pape perubahan pun kat follower ig shop tu ngan ig machat, mmg la xde perubahan sbb ig tu dah dapat balik kt tuan dia. Leh kali kalo jenis xsuka membaca jgn bukak mana2 blog, or jgn buka hp langsung la.
        Xtaula dah abes ekolah ke x yg ada dlm ni. Bodoh merata2.

        0

        0
        • Anonymous says:

          diam lah ira. takyah pakai nama janggut. orang still tahu tu awak :)

          0

          0
        • Cincinsakti says:

          Alah. Garangnya awak.

          Aku kate xd perubahan pada pengikut. Tau la aku insta da pulangkan acc kau. Ade ke plak aku kate kau penipu. Orang ckp baik2 pon nak sentap.

          #janganlamarah

          0

          0
        • Nanako says:

          Dah pulangkan blk acc tu dah la..abg nara dah bole buang cite ni..memekak2 plak si ira ni..aku rase ade org yg aniaya masya..

          0

          0
        • Ira mohamed says:

          Hahaha .byk keyboard warriors cni ye.saya berani kerana benar .ye … saya nk komen still title ira mohamed …

          0

          0
  18. mrs pip says:

    hurmmmmmmmmm …. wow! amazing sungguh kalau si masya ni bijak hack2 akaun ig orang … mesti masya ni cyber-smart kan, boleh hack bagai, tapi apasal kau hack akaun yang setakat 178k ja, alang kalau kau pandai hack, kau hack la yang ada 1M followers kan … so, i dont think so la kan si masya ni hackers ….
    sekian terima kasih … opppsie, nextime jangan sesuka hati klik atau join link segala semata2 mau iklan free di TV … nowadays, tiada yang free hal2 mcm ni … mesti ada udang di sebalik mi …

    0

    0
  19. anon chick says:

    tak tau al kisah but
    if saya la kan, if saya la kan

    saya tunggu dulu report kat IG
    since IG pun ada hantar email notifying kan?
    i settle ngan IG dulu, if im the real owner, insyaAllah i will get back the account
    kalau IG pun x leh nak retrieve balik
    only then i investigate betul2 dalam2

    takut lah nak war war tak tau sapa yg betul2 kenakan kita
    dan dan bila tup2 dapat balik account tu

    nama dah diviralkan
    dah diburukkan, nauzubillah dah difitnah
    siasat betul2 lenkali..

    0

    0
  20. Janggut says:

    Ko ni bodoh ke apa? Kalo dah ada bukti xkan la sesaje nak letak tajuk mcm ni.. Yg lg bodoh boleh plak ckp xde pape perubahan pun kat follower ig shop tu ngan ig machat, mmg la xde perubahan sbb ig tu dah dapat balik kt tuan dia. Leh kali kalo jenis xsuka membaca jgn bukak mana2 blog, or jgn buka hp langsung la.
    Xtaula dah abes ekolah ke x yg ada dlm ni. Bodoh merata2.

    0

    0
    • Nanako says:

      kau ni lg bodoh la ira..sbb kau gi kt link dia bg tu..xtau ke tu scammers…banggang nk mampos..klau astro ade bg iklan free mstila ade kt website astro..bodo siot ko ni..

      0

      0
    • senget says:

      cara ko reply lagi mnunjukkan ko tu tak sekolah. boooo for yourself

      0

      0
  21. lily says:

    kalau aku la..aku tgk link yg masya tu bg pun aku dh ragu2.. biasanya link mcm tu spam .. anyway, jgn la tuduh2 org tnpa soal selidik.. aku puji cara masya try to slow talk dgn ira..

    0

    0
    • Ira mohamed says:

      Itu die dm saya after 3hari dr saya report .sebab saya dah kumpul bukti so skg dah putar belit die n pa die .. biar la kita tgk sape pubya angkara je .

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau dia yg buat, mesti dia takut. awak cakap pihak Masya putar belit kan? kalau putar belit baik budak mentah tu DM esok nya je. mesti dia nak cover immediately sebab dia artis. nasihat saya, ada baiknya siasat dulu dalam diam dah dapat tahu baru viralkan dengan cara berhemah.

        jangan kecam saya dgn nick ‘JANGGUT’ ye. nasihat baik baik je ni

        0

        0
    • Ira mohamed says:

      kita tgk sape punya angkara hack

      0

      0
  22. Ira mohamed says:

    Xpe kita saya anntikan sape punya keje .dan kami dah dpt org berputar belit skg

    0

    0
  23. myra says:

    Cara si ira ni jawab pun mcm kurang ajar minta penyepak je? Aku paling menyampah peniaga online perangai mcm bangkai. Padan muka kena hack.

    0

    0
    • Janggut says:

      Cara ko komen pon macam nak mintak penyepak. Konon nak sepak org, ntah dah abes sekolah ke belum xtaula aku. Budak baru nak UP kot kau ni myra. Komen pon mcm kamjat Musibat. Ko tu perempuan, jagala sikit bahasa tu. Bangang nye org

      0

      0
      • Anonymous says:

        JANGGUT = IRA MOHAMED

        0

        0
        • Anonymous says:

          Saya still pakai nama saya komen iramohamed .. biasa la orang dengki bisnes maju .

          0

          0
        • Anonymous says:

          Anonymoussays:
          November 25, 2015 at 7:09 pm
          Saya still pakai nama saya komen iramohamed .. biasa la orang dengki bisnes maju .

          Like or Dislike: 0  0

          – tu la suke sgt tukar2 kejap janggut, kejap ira mohamad, tgk kan dah lupe nk log in. Sampah

          0

          0
      • pompom says:

        lahai nak suh orang jaga bahasa pd hal bahasa dia pun lagi dasyat..nak tiaw orang..

        0

        0
    • semek says:

      kannnnn… IRA AKA JANGGUT. PADAN MUKA!

      0

      0
  24. Janggut butthurt much? says:

    Dari td dok perati..apesal janggut ni meroyan semacam je..abes seme org kene bash..janggut ngn owner ig ni org yg sama ke?gigih no buat fake ig semata2 nak maki org?jaga sket bahasa tu..bahasa melambangkan peribadi..jgn sedap sgt nak membodohkan org sana sini.mcm kan diri tu perfect sgt..

    0

    0
    • Betul Tu says:

      Kann? Haha.

      0

      0
    • pengkaji manusia says:

      aku pun baru nk cakap. adakah janggut ialah jelmaan sesiapa… sesuatu sgt.

      kesian dgn owner ig ni tapi janggut ni mcm sentap je.

      kita bkn nk sokong sesapa tapi ada byk kmungkinab dan kita x boleh mnyebelahi mne2 pihak selagi polis blum siasat.

      0

      0
  25. WhaT says:

    Macam ada orang hack Masya. Cuba bandingkan dua conservation dm dia dengan Ira.

    0

    0
    • minami says:

      Agak setuju dgn kamu..cara dm dalam 2 conversation tu lain..dari segi bahasa n gaya text tu ditaip..wallahualam..

      0

      0
  26. lilo says:

    Ala, x dpt lg tgk update nineoktober ira tu. dah la barang2 dia murah dan berbaloi2 :(

    0

    0
  27. mawar xde duri says:

    ala janggut tu x yah nak menyamar sgt la..sesuatu sgt cara meroyan ko!!nak bela diri sendiri konon hahahaha sian ko.anak sape la!!

    0

    0
  28. Afi says:

    Lain sgt style misya msg compare dgn dm kat ig tu. Hmmmm… anyway, obvious kot sapa janggut ni haha

    0

    0
  29. Bukan Masya says:

    Apa motip masya tu nak hack ig ira ni? Masya tu artis kot, buat je ig baru, promote2 kat ig dia kang banyak la followers mcm ig personal dia tu ada 158k. Maybe ada slh fhm je. Yg si ira ni bajet plak kau. Takyah nak mrh2, mungkin ada slh fhm je. Kau tu followers 178k pun sbb dok swap review ig semak tu. Bkn sbb femes pun. Puihh

    0

    0
  30. . says:

    Ntah knp aku rasa PA dia yg buat onar.. Si @sz.meen tu kan. Kalau lah betul, secara tidak sengaja masya ni pun di anggap bersubahat

    0

    0
  31. Hantu says:

    Alaaaa biasalah artis ada fake acc , yang nak kecoh sampai satu malaysia tahu buat ape , nak famous cepat ea ? Lain kali jangan laju jek nampak benda free . Tu padahnya . Opss jangan kecam saya .

    0

    0
  32. jambang says:

    okay encik nara boleh tutup dh story ni.bagi polis siasat. letih gue tengok sijanggut dan owner reply sume komen kat sini. kesian kat dia org.

    0

    0
  33. LU PIKIR SENDIRI says:

    masya punya ayat utk prob. solving tu lagi matang drp ira mohamad..remaja vs org tua..hihihi

    0

    0
  34. nim says:

    patutnye sbagai peniage ira atau name sebenarnye janggut patut tau takde ape yg percume kt dunia nih..tkkan takde sekelumit pon rase sangsi tgk iklan tuh…lenkali bile tgk perkataan percume tuh cube byangkan kepala jerung dok menyeringai taring die…haishh

    0

    0
  35. Anon says:

    Mana da hilang Ira mohamed = janggut = seller mulut puaka ni?da kene bash reramai tau lak nyorok..before this kemain sedap lagi die maki2 org..tula drpd org nak kesian kat kau terus xjadik, psl mulut ko puaka sangat!

    0

    0
    • Ira mohamed says:

      Hahaha .i still nk komen still pakai nama ira mohamed .kenapa nk takut nk nk pemyamaran ye .. sape yg takut spe .beli brg harga below rm30 .still cakap low kualiti .. klu dah rasa seller tipu g la report tribuanal pwtc .. buka fail .detail semua ade kt ista .tq

      0

      0
      • Smooth says:

        Anonymoussays:
        November 25, 2015 at 7:09 pm
        Saya still pakai nama saya komen iramohamed .. biasa la orang dengki bisnes maju .

        Like or Dislike: 0  0

        Kantoi ke lupe nak login? Ni pasai kerap tukar2 name la ni kejap jangguy kejap ira.. Ntah2 ko hack ig sendiri kot wat drama? Haha

        0

        0
        • hahaha says:

          HAAHAHAHAHAHAHAH.. aku rasa komen ni paling betul. dia hack ig dia sendiri utk dpt lebih ramai followers.. pastu dia jaja cerita ni di blog blog.. pastu dia kat sana tgu tekan butang approve new followers.

          BIJAK BETUL LAH CARA DIA CARI REZEKI. ala.. x semestinya wat report palsu tu salah kalo dah ko tipu semua.. polis tu tah tah pon tak tau apa. Moga terbalas la perbuatan. Lagi satu..xyah la tukar2 nickname.. butthurt tu ngaku jela butthurt. da memang clear tu ngko Ira.. hahaha.. memalukan,kurang ajarnya seller cmni. publisiti murahan like her too

          0

          0
  36. Hero says:

    Nak buat cam mane.penjual baju murah sangap barang free.ig da kena hack baru nak meroyan.

    0

    0
  37. Anon says:

    HIdop lagi si Ira janggut ni.ingat da mereput kene bash.kah kah xle move on lagikah ngn kisah customer .sudah2 la ira oii!cust ko pon da senyap!ko plk xabes2 nak meroyan lagi!

    0

    0
  38. Kak Zue says:

    Dlm minggu ni saje, kwn kak pun dah jd mangsa. Seolah2 di tlh menggodam akaun org lain. Kesian laa jika mrk ni hanya mangsa.
    Kalau tak benar buat laporan polis juga oleh sbb sebelah pihak lagi sudah membuat laporan.

    0

    0