Written by AbangNara | January 22nd, 2014

Tahun 2014 adalah tahun yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan bola sepak seluruh dunia. Selepas 4 tahun menanti, akhirnya Piala Dunia muncul kembali. Kali ini pertandingan bola sepak paling berprestij ini akan berlangsung di negara kelahirannya, Brazil.  Walaupun masih ada kira-kira 5 bulan lagi sebelum  Piala Dunia 2014 bermula secara rasminya, kehangatan dan bahangnya sudah mula terasa.

fifa 2014 world cup

Abang Nara bertuah kerana sempat merasai kemeriahan Piala Dunia dengan mata kepala ini sendiri ketika ia dianjurkan oleh Korea Selatan & Jepun pada tahun 2002. Memang seronok sangat-sangat. Ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dijual beli. Secara jujur, sekiranya anda seorang peminat bola sepak tegar, memang wajib untuk menyaksikan Piala Dunia secara “live”. Merasai sendiri kemeriahan Piala Dunia dengan berada di stadium adalah sangat jauh berbeza dengan sekadar menontonnya di kaca televisyen.

fifa 2014 world cup

Namun Abang Nara faham kalau impian menonton Piala Dunia di stadium hanya sekadar tinggal impian. Iyerlah, banyak duit yang perlu dikeluarkan. Tiket kapal terbang, tiket perlawanan, bayar hotel dan macam-macam lagilah. Puluh ribu ringgit juga yang akan terpaksa digunakan. Lebih baik simpan untuk beli benda lain kan? Namun kalau Abang Nara beritahu anda satu cara untuk merealisasikan impian ini secara PERCUMA, mesti korang semua sangat excited kan? PERCUMA tue bro!!
fifa 2014 world cupYeah ~~ Khas untuk pemegang kad kredit VISA Maybank, anda berpeluang untuk memenangi perjalanan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Rio De Janeiro, Brazil. Kalau anda memang dah ada kad kredit Visa Maybank, apa yang anda perlu lakukan ialah berbelanja RM100 untuk peluang memenangi hadiah SUPER AWESOME ini. Lebih banyak yang anda belanja, lebih tinggi peluang untuk anda terbang ke Brazil. Mudah macam ABC kan peraduan ini?
fifa 2014 world cup

Namun begitu, kalau anda masih tiada kad kredit VISA Maybank,  jangan risau. Dengan kerjasama daripada pihak Sony dan VISA, anda kini boleh memohon kad kredit VISA Maybank Sony untuk turut serta dalam pertandingan ini. Lagi best kad Maybank Sony ini membolehkan anda menggandakan peluang memenangi peraduan ini sebanyak 5 kali. Awesome kan?  Selain itu, ada beberapa cara untuk menggandakan peluang kemenangan anda sebanyak 5 kali.. Cara-caranya ialah:-

  1. Selain kad kredit Sony Maybank, anda juga boleh gunakan kad Maybank Manchester United dan Maybank PETRONAS.
  2. Gunakan kad kredit VISA Maybank anda di mana-mana kedai Sony termasuklah Sony Store, Sony Online dan Sony Centre.
  3. Gunakan kad kredit VISA Maybank anda di stesen PETRONAS atau kedai Mesra.

fifa 2014 world cup

Maybank, pastikan anda menghantar SMS terlebih dahulu untuk mengaktifkan kad anda. Cuma taip SMS WORLDCUP <jarak> 12 Digit Kad Pengenalan dan hantarkan ke 66628. Abang Nara dah aktifkan dah. Lagi cepat lagi bagus. Sambil-sambil tue jangan lupa doa lebih sikit. Kalau ada rezeki bolehlah bawak wife Abang Nara ke Brazil untuk tengok Piala Dunia 2014.

fifa 2014 world cup

Untuk menambahkan lagi kemeriahan Piala Dunia 2014 ini, Maybank juga akan turut mengadakan satu pertandingan mudah di Facebook Maybank Malaysia. Kempen ini diberi nama #Sambabola. Gambar 3 pemain bola sepak tempatan iaitu Khairul Fahmi Apeks, Junior Edstal, dan Nam The Man akan dikongsikan di Facebook Maybank Malaysia. Korang Cuma perlu buat caption yang paling kreatif dan kelakar untuk memenangi hadiah-hadiah seperti voucher Starbucks dan macam-macam lagi. Senang je kan?

fifa 2014 world cup

Abang Nara berdoa agar diri ini terpilih untuk memenangi “grand prize” pertandingan Get into the Rhythm. Watch the FIFA World Cup™ Final LIVE, Courtesy of VISA ini. Nak saksikan kelibat dan kehebatan Cristiano Ronaldo dengan mata ini sendiri. Kalau korang pun ada keinginan yang serupa, layari www.maybank2u.com.my dan www.visa.com.my untuk informasi lanjut.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.