Written by AbangNara | January 7th, 2012

Abang Nara tahu ramai yang dah jatuh cinta dengan si manis Diana Amir semenjak dia memakai tudung. Ramai jugak yang mahu bertemu muka dengan Diana Amir. Jangan risau kerana Abang Nara ingin memberikan anda semua bukan sahaja peluang bertemu Diana Amir tetapi peluang untuk memenangi sebuah Blackberry Playbook.

filem keramat

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu bermain Facebook Apps filem Keramat di Fanpage David Teo. Caranya sangat mudah. Bersesuaian dengan tema filem Keramat, anda hanya perlu hantarkan seberapa banyak barang keramat kepada rakan-rakan anda. Makin banyak yang dihantar, makin tinggi peluang untuk anda bertemu muka dengan Diana Amir sekaligus memenangi Blackberry Playbook.

facebook keramat

Sedikit sinopsis ilem Keramat yang bakal memulakan tayangan pada 12 Januari ini:-

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dasyat di mana semua penduduk kampong mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula denga kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

facebook keramat

Nampak macam seram kan? Kalau tengok trailer filem Keramat nie, memang seram rupanya.

So tunggu apa lagi? Tingkatkan peluang anda untuk memenangi sebuah Blackberry Playbook dengan menghantar barang keramat sebanyak mungkin hari ini jugak. Abang Nara dah hantar 10 barang dah. Hehehe.  Sila cepat sebelum terlambat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Peluang Menangi Temujanji Bersama Diana Amir Dan Sebuah Blackberry Playbook

  1. hazamon says:

    aku x nak jadi org 1st…hmmmmm

    0

    0
  2. yangbaik says:

    hm… tak naklah tak suka citer2 cam nie… tapi nak juga jumpa Diana Amir..

    0

    0
  3. Hackers_1978 says:

    Asyik citer hantu je…….jalan citer mesti sama ngan yg lepas….ada hantu…ada ustaz….

    0

    0
  4. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Amir, Bersama, BlackBerry, Diana, Menangi, peluang, […]

    0

    0
  5. marion kaunter radiant n glowing giteeeeww says:

    filem ni menunjukkan di tahun 1900 melayu dh amalkan khurafats. wow wow woww balik2 khurafat nyampah hakuuuu nokkkkkkk

    0

    0
  6. mak bedah says:

    kat Msia ni takde la cerita yg bagus nak ditonjolkan..ni balik2 cerita hantu..apa positivenya tunjuk cerita hantu? benda tahyul merapu semuanya..Nara, lain kali tak payah la bagi muka pada benda2 yg memberi impact negative pada masyarakt mcm cerita2 hantu ni..org Msia kena boikot, supaya pengeluar filem/drama faham yg cerita mcm ni tak memberikan menafaat langsung!

    0

    0
  7. mat pangkah says:

    Cun gak diana amir nie

    0

    0
  8. keromoyi says:

    rabeca..nyampah..citer hampas

    0

    0
  9. mia says:

    sekali imbas hantu tu cam pakai pendakap gigi la plak…

    0

    0
  10. Gajah Hebat says:

    hantu ade mate ke???? cm penah je tgok dorg nie???

    0

    0
  11. Ap2 Jela ~ says:

    Mcm tak best jerrr ~ nak g tgk wyg mmg tak le ..

    0

    0
  12. Hantu says:

    Hantu pun dh pandai nak bergambar…. perrgghh..
    rambut tu mcm banyak uban nokkkkks..

    0

    0
  13. Hackers_1978 says:

    Masih tertunggu2 lagi cerita Superhero Hang Tuah di era 2000 ni…dengan CGI menarik dan skill persilatan yang yang digarap cantik bersesuaian dgn zaman ini…perghhhh pasti meletopppp!!!

    0

    0
  14. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    DIANA AMIR !!!!! huh !! tk payahhhhhhhhhhhhhh lahhhhhhhhhh buang masa je !!! kalau shamsul ke Aaron ke osbon ke boleh jugak minah jambu ketawa ……ni si minah tudong ni emmmmmm sori ye minah jambu tk minat huh !! thank u………

    0

    0
  15. Hahn says:

    Citer paling mengarut n xbest yg pernah aku tengok..

    0

    0
  16. arifzan says:

    cerita ini tak ada motif langsung.jalan cerita yg sgt huru hara. tak tahu kenapa filem mcm ini boleh di wayangkan .. nasib baik saya tidak menonton di pawagam . kalau tak, akan terasa ruginya duit saya ! please la … buat la filem yang ada mutu! bukan yg tak bermutu seperti ini. untuk di jadikan drama pun tak layak . sorry :) n tq.

    0

    0