Written by AbangNara | January 7th, 2016

Lama sudah rasanya Abang Nara tidak menganjurkan “Movie Day Out” bersama anda semua. Sempena tahun baru ini, dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, Abang Nara ingin mengajak anda semua menonton sebuah filem aksi, The 5th Wave. Excited tak?

the 5th wave

Abang Nara memang suka filem-filem aksi lebih-lebih lagi kalau yang melibatkan makhluk asing (alien). The 5th Wave mengisahkan bumi yang hampir hancur musnah setelah diserang 4 kali oleh makhluk asing. Cassie yang dilakonkan oleh Chloë Grace Moretz berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan dirinya dan juga adik kesayangannya. Untuk menghadapi serangan kali kelima para makhluk asing ini, Cassy telah pun bekerjasama dengan seorang jejaka muda, Ben Parish yang dilakonkan oleh Nick Robinson.

the 5th wave

Mampukah Cassie menyelamatkan dirinya, adiknya dan manusia sejagat dengan kerjasama ini?Adakah makhluk-makhluk asing ini akan menamatkan riwayat hidup manusia di muka bumi menerusi serangan kelima ini? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem The 5th Wave yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Januari 2016 ini. Namun khas untuk pembaca BeautifulNara, anda akan dapat melihat filem ini lebih awal pada tarikh dan waktu di bawah:-

TARIKH: 13 Januari 2016 (Rabu)
MASA: 8.30 malam
TEMPAT: GSC 1 Utama

the 5th wave

Abang Nara ada 50 pasang tiket untuk diberikan kepada anda semua. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Kalau saya kena lawan makhluk asing saya akan….”. Silalah lengkapkan slogan tersebut sekreatif dan sekelakar yang boleh. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Selasa 12 Januari 2016.


Selain tiket, Abang Nara turut mempunyai beberapa cenderahati ekslusif seperti 5 baju limited edition dan juga 5 bagpack The 5th Wave. Siapa slogan yang paling kreatif akan menang hadiah-hadiah awesome ini.


Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Sekali lagi terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tiket-tiket ini. Good luck!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Peluang Menangi 50 Pasang Tiket Wayang Filem The 5th Wave Pada 13 Januari Ini

  1. x says:

    Tetiba minat.acacah.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cerita orang putih ni kekadang kan dia cedok cerita apa yang Allah dah bagitahu kita awal awal dalam islam. Bila tengok cerita mereka, seolah apa yang digambarkan apa akan jadi pada dunia. The 5th wave? Gelombang kelima? Sekarang kan kita nak hampir ke fasa 5. Cuma orang melayu kita je taknak buat filem besar besar macam ni yang bersifat international..balik balik tu jelah jalan cerita dia..modal guna banyak, tapi moral yang nak disampaikan pun tak sampai kepada penonton….

    0

    0
    • . says:

      Tapi dram filem kita sarat mesej………..cinta,makan,jerit2.mantap lakonan diaorg.sapa nak sokong..mmg takde sapa nak sokong.wakakaka

      0

      0