Pelé & Oscar Turun Malaysia Hari Ini

Hiburan

Pelé & Oscar Turun Malaysia Hari Ini

Bola sepak dan negara Brazil sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ramai pemain-pemain legend dari Brazil telah dilahirkan dan menyinari dunia bola sepak dengan skill-skill mereka yang awesome. Sekitar tahun 90-an kalau main bola waktu petang masing-masing berebut nak jadi Romario, Rivaldo, Ronaldinho atau pun Ronaldo. Memang power-power semuanya.

Namun bagi Abang Nara pemain Brazil yang paling legend ialah tak lain tak bukan Pelé. Kalau korang pergi YouTube dan cari kompilasi aksi Pelé, Abang Nara berani jamin korang akan tercengang. Pelé punya dribble macam bola tue telah diletak gam pada kakinya. Power tak ingat.

Advertisement

Pelé juga telah diiktiraf secara meluas sebagai pemain bola sepak terhebat dunia yang pernah wujud. Walaupun pemain sehebat Pelé tidak mungkin akan wujud lagi, Abang Nara turut sama menggemari corak permainan yang ditunjukkan oleh seorang lagi pemain Brazil iaitu Oscar.

pele dan oscar

dah la power, muka pun hensem si Oscar nie

Pelé dan Oscar ini kalau dilahirkan pada zaman sama pasti akan menjadi kombinasi yang awesome apabila bermain bersama untuk Brazil. Seorang legend dan seorang lagi prodigy. Namun peluang untuk menyaksikan mereka di atas padang yang sama agak tipis. Walaupun begitu, Pelé dan Oscar akan hadir ke Malaysia pada 29 Mei (hari ini) untuk berkongsi pengalaman mereka di atas pentas yang sama.

pele oscar

Legend dan prodigy

Kehadiran Pelé dan Oscar ke Malaysia adalah bersempena kempen “Stay Thirsty’ oleh 100PLUS yang telah pun melantik kedua-dua bintang ini sebagai ambasador antarabangsa mereka. Fuh!!! Excitednya Abang Nara. 100 pemenang bertuah yang membeli minuman 100PLUS akan berpeluang bertemu dengan legend dan prodigy ini.
pele oscarPelé dan Oscar akan melakukan pelbagai aktiviti di sekitar KLCC. Antaranya, Oscar akan mengadakan klinik bola sepak “Stay Thirsty” untuk pemenang liga Kementerian Pendidikan yang merupakan anjuran 100PLUS, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia & Sukan. Menteri “tall, dark and handsome”iaitu Khairy Jamaluddin pun akan turut sama turun padang.

Sementara itu Pelé pula akan meluangkan masanya berkongsi pengalaman bersama dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Sesi ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman web http://100plus.com.my/meetoscarandpele . Inilah peluang untuk kita dengar sendiri tips-tips dan cerita-cerita menarik daripada Pelé. Mesti terbaik punya.
pele oscarAbang Nara jap lagi nak pergi Tesco beli 100PLUS banyak-banyak. Manalah tahu berpeluang dapat berjumpa Pelé dan Oscar secara live. Kepada peminat bola sepak, sila tandakan tarikh 29 Mei ini. Peminat-peminat sekalian juga boleh tanya soalan kepada Pelé melalui cara tweet dengan hashtag #100plusstaythirsty. Kehadiran Pelé dan Oscar yang dibawakan oleh 100PLUS ini pasti akan menjadi detik bersejarah buat anda. Maklumat lanjut layari http://100plus.com.my/meetoscarandpele dan Facebook 100PLUS.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...