Written by Bella | June 9th, 2015

Pelawak di Malaysia kini boleh dikatakan sudah berada dalam liga mereka yang tersendiri. Mereka tidak lagi diketepikan dan menjadi bintang utama dalam sesebuah produksi. Namun, ada cerita kurang enak kami dengar dimana pelawak di Malaysia kini ada puak-puaknya.

Menerusi ruangan Miss J di portal Utusan Online,  Johan Raja Lawak kini diangkat sebagai pelawak yang  “bersih” kerana tidak mempunyai sebarang rekod buruk. Malah, Johan juga dikagumi oleh kebanyakan pelawak baharu.

Mereka lebih menghormati Johan berbanding pelawak popular atau yang terasa dirinya popular. Lagipun, pencapaian kerjaya Johan juga memberangsangkan.

Pelawak-pelawak baharu  telah diberi pilihan sama ada mahu berada didalam kelompok geng Johan ataupun pelawak lain. Tentu sekali mereka akan sertai geng Johan yang dianggap satu kumpulan yang baik.

Ianya agak berisiko jika pelawak yang baharu sahaja ingin menempa nama dalam arena lawak negara bergaul dengan pelawak lain yang mempunyai perangai negatif dan rekod buruk. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dalam hal ini, pelawak baharu harus bijak dalam percaturan mereka.

Isu mengenai pelawak Malaysia yang hidup berpuak-puak adalah satu perkara yang mungkin agak mengejutkan buat semua. Memang benar industri lawak kini sudah lebih diiktiraf tetapi mereka semua harus bersatu hati  untuk mengekalkan apa yang mereka ada sekarang.

Sumber Berita: Utusan Online

11 responses to Pelawak Di Malaysia Ada Puak Tersendiri?

  1. Anonymous says:

    LO lo lo comel peluk kitten tu..
    ala biasalah tu..bukan puak2 just ade geng sendiri je, janji tak sombong dan boleh bkerjasama

    0

    0
  2. nana says:

    pelakon pun ada puak kan..sama jek..

    0

    0
  3. classywoman says:

    Johan, you tetap johan pelawak didalam hatiku seperti namamu, Johan. HeHe

    0

    0
  4. TakPelikPun says:

    Johan lagi kelakar daripada Zizan..

    0

    0
  5. Yo says:

    Sapa kata johan xde rekod buruk..dulu bkn ke org ckp lawak dia merapu..pastu kes dia kwin dgn ozlyn..mcm2 la..tp dia bangkit blk blajar dr ksilapan..dan kini org mula pandang dia blk..sme kes gn zizan..dulu dia popular..skrg dia jatuh..tp x pe la..adat la tu..ada zmn naik ada zmn turun..baru la pglmn hdup..itu smua asam garam utk buat diri kita kuat..

    0

    0
    • zabedah zabit says:

      blah la ko

      0

      0
    • mak c kina says:

      betul la tu..awl nye dia ckp dia blum khwn..pastu kes khwn dgn ozlyn yg konon nye janda ank sorg,padahal ank tu ank dorg..tp oleh sbb kontroversi tu xmelibatkan moral (cme tipu xkhwn je) jd org xkisah sgt..n dia pandai utk ambil balik hati peminat dgn produk dia yg bagus

      0

      0
  6. munah says:

    Pelawak akiu tengok ada bebapa jenis…jenis uptown mcm harith iskandar, aflin shauki, adibah noor,ac mizal ..pelawak2 ni yang selalu cakap omputih dan audien bukan yang jenis langgan astro mustika hd or without hd.pendapatan banyak daripada show private dan advertising tv.

    pelawak 2..universal boleh dikategorikan sebagaimpelawak yang diterima umum di malaysia….kira yang popular mcm johan, jihan, zizan, nabil, sepah2..geng ni boleh ketengah ke tepi..pendapatan golongan ni agak lebat berbanding uptown
    dengan downtown.

    pelawak 3…downtown..kelompok pelanggan astro je yang kenal diorang..bocey, yang lain…entah aku pun tak berapa nak kenal group ni.

    ape2 pun kat mana pun ada puak2…hatta ustaz pun ada berpuak2 inikan pulak pelawak…
    sekian
    pengkritik berlesen.

    0

    0