Pelakon Zulin Aziz Sudah Mula Besar Kepala?

Hiburan

Pelakon Zulin Aziz Sudah Mula Besar Kepala?

Rezeki pelakon Zulin Aziz dalam bidang hiburan nampaknya semakin murah. Zulin bukan sahaja boleh berlakon tetapi melawak dan mengacara juga. Boleh dikatakan beliau kini sudah mendapat tempat dalam hati peminat.

Advertisement

Walaubagaimanapun, menerusi ruangan Mary Jane di Pancaindera Utusan Mingguan, ada khabar mengatakan Zulin kini sudah mula besar kepala dan enggan mendengar pendapat mahupun berbincang dengan orang sekelilingnya sebelum melakukan sesuatu berkaitan hal kerja. Bukan itu sahaja, beliau juga tidak boleh ditegur.

Mary Jane tak gemar mendegar cerita tentang Zulin ini apabila membabitkan sikapnya yang dikatakan enggan lagi mendengar cakap orang sekeliling. Dah pandai ikut kepala sendiri, terutama sekali dalam bab kerja, memang kerap ikut kepala dia. Langsung tak nak duduk berbincang dulu. Kalau ditegur, terus tunjuk muka masam.  Hah, nak memberontaklah tu.

Sumber yang memaklumkan cerita tentang sikap Zulin itu meminta agar pelakon itu tidak terlalu selesa dengan apa yang beliau ada sekarang. Zulin mempunyai potensi untuk bergelar bintang yang hebat tetapi jangan biarkan perkara itu musnah kerana sikap besar kepalanya itu.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...