Pelakon Sekarang Bekerja Untuk Duit – Fauziah Nawi

Hiburan

Pelakon Sekarang Bekerja Untuk Duit – Fauziah Nawi

Sudah lama menapak dalam industri lakonan Malaysia dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang seni persembahan, aktres Fauziah Nawi mempunyai pandangan beliau sendiri mengenai pelakon dan drama masa kini.

Advertisement

Fauziah yang dilantik sebagai guru seni persembahan AF2015 agak kecewa dengan perkembangan dunia lakonan Malaysia kerana hero dan heroin drama Melayu tidak mempunyai asas yang kuat dalam bidang lakonan dan kelihatan “kayu” menerusi drama atau filem yang dilakonkan meskipun mereka mempunyai jumlah peminat yang tinggi.

Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan. Sebagai seorang anak seni yang bergelar pelakon, ilmu itu sangat penting. Saya masih boleh bernafas dalam industri kerana ilmu yang saya kutip daripada cikgu-cikgu saya dulu. Tapi, pelakon sekarang bekerja disebabkan duit. Bila sudah penat berlakon, masa untuk pergi ke kelas pun tidak dapat diluangkan. Jadi, mereka akan menganggap pelajaran dalam lakonan itu tidak penting.

Namun, ada beberapa orang pelakon yang mendapat pujian daripada Fauziah antaranya ialah Beto Kusyairy dan Siti Saleha dimana lakonan mereka tampak lebih hidup dan berkeyakinan.

Masih ada pelakon baharu yang bagus. Sebagai contoh, saya suka bekerja dengan pelakon Beto Kusyairy dan Siti Saleha. Apabila dapat berlakon dengan mereka, saya berasa sangat teruja. Tapi, kalau diikutkan mereka tidaklah baharu dan sudah lama menapak dalam industri sebagai pelakon.

Sebagai otai dalam industri hiburan di Malaysia, pendapat Fauziah Nawi itu ada betulnya. Kalau asyik on televisyen dan lihat hero dan heroin yang sama berlakon dalam sesebuah drama boleh naik bosan. Jalan cerita pula tidak habis-habis dengan kisah percintaan, ibu bapa tidak restu perkahwinan kemudian tunjuk aksi isteri dingin dengan suami.

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...