Written by Bella | October 12th, 2015

Bulan September lepas kecoh industri hiburan tempatan apabila pelakon baharu Mimi Lana dan dua orang lagi teman beliau ditahan oleh pihak polis selepas didakwa memiliki ganja seberat 2.19 gram hasil geledah di ruang tamu kediaman mereka dalam satu serbuan pada jam 11 malam.

Walaubagaimanapun, hasil siasatan mendapati bahan terlarang itu bukan milik  Mimi  dan beliau dibebaskan selepas direman 11 hari.

Sebenarnya Mimi berada di tempat dan waktu yang salah pada hari kejadian, menurut Mimi pada malam itu beliau yang menyewa di rumah berkenaan sedang berehat  selepas pulang daripada penggambaran drama Cinta Samar di Pulau Pinang.

Saya tidak tahu apa-apa kerana baru pulang dari menjalani penggambaran di Pulau Pinang, disebabkan terlalu penat, saya sedang tidur ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11 malam. Saya terpinga-pinga, namun membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka.

Saya tidak terfikir sesuatu yang buruk, malah menyangka mungkin ada yang membuat laporan kami bising, biasalah tinggal rumah bujang. Tetapi apabila polis menggeledah setiap inci rumah saya mula rasa tidak sedap hati.

Apabila polis menemui bahan yang disyaki dadah didalam bilik dan ruang tamu, kami terperangkap. Kami seterusnya dibawa ke balai polis dan ditahan reman bagi membantu siasatan kerana ini kes berat.

Menurut  Mimi , dirinya terkesan dengan apa yang terjadi dan sebenarnya beliau  menjadi mangsa kepada suspek yang juga penyewa rumah berkenaan  yang kini masih ditahan pihak polis.

Saya direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi impak besar kepada kerjaya. Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. Saya kecewa apabila dianggap seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan.

Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung yang terpaksa menanggung malu besar.

Kerana orang lain tak pasal-pasal Mimi Lana pula dituduh sebagai penagih dadah. Erm, zaman sekarang ini memang tidak boleh percaya orang 100% dan tidak boleh menilai mereka daripada luaran sahaja, kadang-kadang mereka sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan.

Sumber Berita: Berita Harian

 

14 responses to Pelakon Mimi Lana Nafi Hisap Dadah : Jadi Mangsa Orang Lain

  1. Anonymous says:

    yeker nie di aniaya?hikhik hakhak hukhuk… propa lebey…nasib baik ko tak femes dik oiii.. so org xdela nk amik pot sgt psl kes ko…

    0

    0
    • melati says:

      Kalau menagis masa kena tahan naper gambar tu senyum jek? Apapun i tetap admire rupa u and your body mimi..fap fap fap

      0

      0
  2. lola says:

    acah2 je ni. mesti kuat buat private party (PP)
    pastu kantoi la brg2.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Saya penat…hisap dam sambil kena hisap..kahkahkah..kantoi.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ooo parents di kampung rupenye..
    tgk gaya mcm org kay el.hahaha.
    jd mangse ke pemangse ni mi..
    takkan la selama menyewa tu x amik kisah housemate buat ape..hahaha..

    0

    0
  5. hihihihihiii says:

    ok..caya.. hahaahaaa

    *btw.. x kenai*

    0

    0
  6. Apalah nak jadi says:

    aku rasa dia ni bg alasan jer utk cover malu. tak pasal2 femes psl pkara buruk. Ish!

    0

    0
  7. mawar says:

    satu lagi spesis tasha sila, fara mendoza dilahirkan

    0

    0
  8. Anonymous says:

    muka sorang sorang stoned sungguh.. tak perasan ke kena tangkap tu

    0

    0
  9. Beautiful Norra says:

    who the hell are you…??? NEXT~

    0

    0