Pelakon Faye Kusairi Nafi Jadi Punca Elly Mazlein Bercerai

Hiburan

Pelakon Faye Kusairi Nafi Jadi Punca Elly Mazlein Bercerai

Apabila Elly Mazlein mengumumkan beliau sudah sah bercerai bersama suaminya Azmi Hatta sekitar tahun lalu, ramai yang agak terkejut, apatah lagi pada waktu itu Elly baru sahaja melahirkan anak pertamanya.

Advertisement

Pelbagai spekulasi yang timbul, tiba-tiba pula nama pelakon Faye Kusairi pula timbul sebagai orang ketiga yang menjadi punca Elly dan Azmi berpisah.

Dikatakan, Faye dan Azmi menjalinkan hubungan dan percintaan mereka itu dapat dihidu oleh Elly.

Kerana kecewa serta tidak dapat memaafkan kecurangan suaminya, Elly membuat keputusan untuk bercerai bersama Azmi.

Namun, Faye menafikan gosip tersebut dan menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah rapat dengan Azmi mahupun Elly.

Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga. Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu.

Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka.

Tidak perlu lah lagi kita mencari punca Elly dan Azmi berpisah. Anggap  jodoh mereka berdua  tidak begitu panjang. Jika ada wujud orang ketiga pun, biarlah mereka sahaja yang tahu. Doakan yang terbaik buat Elly dan anaknya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...