Pelakon Dynas Mokhtar Bakal Bernikah 4 April 2018 Selepas Empat Tahun Bergelar Janda

Hiburan

Pelakon Dynas Mokhtar Bakal Bernikah 4 April 2018 Selepas Empat Tahun Bergelar Janda

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Dynas Mokhtar yang bakal bernikah dengan kekasih hatinya, Shazrik Din pada 4 April 2018. Sudah berkenalan selama tiga tahun, Dynas berharap segala perancangan mereka untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar selain meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata dengan segera.

Advertisement

Rasanya ini waktu yang sesuai untuk saya kembali bergelar seorang isteri selepas hampir empat tahun bergelar seorang ibu tunggal. Kami bertunang Khamis lalu dan memilih April tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.

Sama seperti orang lain saya juga berharap agar perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sampai bila-bila dan yang lebih penting untuk saya segera mengandung memandangkan umur saya yang semakin meningkat.

Dynas sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu  Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto :gib_idris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...