Pelakon Baru Pentingkan Bayaran Sahaja Tetapi Kualiti Kerja Mengecewakan – Rusdi Ramli

Hiburan

Pelakon Baru Pentingkan Bayaran Sahaja Tetapi Kualiti Kerja Mengecewakan – Rusdi Ramli

Nama pelakon dan pengarah Rusdi Ramli tidak perlu lagi diperkenalkan, beliau sudah membintangi banyak drama, filem dan telemovie. Rusdi sudah cukup berpengalaman dalam bidang lakonan.

Advertisement

Melihat kepada lambakkan pelakon baru kini, Rusdi menerusi portal Harian Metro meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang hanya mementingkan soal bayaran tetapi kualiti kerja mereka agak mengecewakan. Rusdi memberitahu, ada pelakon baru yang menetapkan bayaran sehingga RM 15,000 bagi satu telefilem sahaja.

Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan.

Pada masa yang sama, Rusdi juga merasa pelik dengan sikap pihak produksi yang lebih memetingkan jumlah pengikut artis dilaman sosial untuk ditawarkan berlakon. Buat Rusdi, jumlah pengikut itu tidak membantu seseorang artis itu mempunyai kualiti kerja yang bagus.

Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata. Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan.

Sekarang seseorang artis itu dikatakan popular berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial. Buat sesetengah pihak lebih banyak pengikut artis itu maka lebih banyak yang akan menonton drama lakonan artis berkenaan. Tak gitu?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...