Pelakon Baru Jangan Terlalu Bangga Dan Menunjuk Populariti – Nabila Huda

Hiburan

Pelakon Baru Jangan Terlalu Bangga Dan Menunjuk Populariti – Nabila Huda

Sebut sahaja nama Nabila Huda ataupun Abil pasti semua mengenali aktres yang berbakat dan versatil ini kan? Meskipun merupakan anak penyanyi rock terkenal Amy Search, Abil memulakan kerjaya lakonannya dari bawah dan sudah mempunyai pengalaman membawakan pelbagai watak.

Advertisement

Sebagai seorang senior, Abil mempunyai sedikit pesanan kepada pelakon baru agar tidak terlalu bangga dengan populariti yang mereka ada sekarang.

Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni. Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah. Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai.

Abil juga memberitahu beliau tidak lokek berkongsi ilmu lakonan dengan pelakon baru. Satu nasihat yang agak positif daripada Abil bukan? Iyalah, populariti itu tidak kekal lama dan sepatutnya pelakon-pelakon baru menggunakan peluang yang ada untuk berusaha dengan lebih keras memberikan hasil yang kerja yang terbaik agar tidak terus menyepi dalam industri lakonan.

Sumber Berita :mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...