Written by Bella | June 13th, 2016

Pagi ini kami dikejutkan dengan satu berita yang cukup gembira pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tahukah anda pelakon serta pelawak Acapan sudah memeluk agama Islam pagi tadi dan berita itu disampaikan oleh pelakon Mustapha Kamal melalui akaun Facebooknya dimana beliau sempat berkongsi beberapa foto Acapan yang kini nama Islamnya, Muhd Ramadhan.

Malah, salah seorang jemaah yang turut berada di majlis pengislaman berkenaan turut bercerita bagaimana pintu hati Acapan terbuka untuk memeluk Islam.

Dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam lewat pagi tadi.

Alhamdulillah..!!! Tuan-tuan doakan kebaikan buat beliau semoga beliau tabah serta istiqamah dalam agama. Amin3..!!!

Berita ini disambut baik oleh netizen dan ramai mendoakan agar Acapan dapat menjadi seorang Muslim yang baik.

Alhamdullilah, berkat bulan Ramadhan Allah SWT telah memberikan hidayah dan membuka pintu hati Acapan untuk memeluk agama Islam. Harapnya, ada yang sudi untuk mengajar Acapan mendalami ilmu Islam dan satu hari nanti beliau dapat menjadi seorang Muslim yang sejati. InshaAllah.

Sumber Berita : Facebook Mustapha Kamal

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Pelakon Acapan Peluk Islam, Kini Gunakan Nama Muhd Ramadhan

  1. Anonymous says:

    ni berita fitnah lee…hehe

    0

    0
  2. Eyo Kitti says:

    Yup, dia Nafi..
    Hmm.. Puasa nie weii..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    sick people!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Gelojoh sangat nak Islamkan. Lebihkan ibadat puasa.

    0

    0
  5. Mat Ronggeng says:

    Tu lah Melayu… orang kafir pakai je baju melayu…sibuk kata dia ni dah masuk islam….hahahaha lawak lawak. Sama lah cerita macam Michael Jackson masuk islam…hehehehe…dah beribu kali gossip tu keluar.
    Off topic sikit…..Kat tempat aku ni ada distribute bubur lambuk free SELEPAS solat Asar. Masjid tak jauh dari tempat bubur lambuk free tu. Ada segolongan Melayu… orang tengah solat ASAR kat masjid, diaorang sibuk beratur kat luar nak dapat bubur free. Bubur free tu jadi lebih utama dari solat Asar dimasjid berjemaah. Aku keluar masjid sebaik solat Asar…line beratur sikit punya panjang… Anda NILAI-lah sendiri ke-IMAN-an golongan ini. Aduii hai Melayu… Apalah salahnya korang bersolat berjemaah dulu…lepas tu beratur lah amik bubur. Ni orang tengah azan kat masjid, dia sibuk dengan bekas plastik, beratur nak amik bubur. Sanggup tunggu macam tunggul walaupun selepas solat baru orang masjid distribute bubur tu…. Aku tak faham lah jenis orang macam ni.

    Belum lagi bab HARI RAYA… orang Cina raya 2 minggu. Orang melayu raya SEBULAN. Malulah woii. Sebulan raya rumah terbuka tak habis habis. Puasa entah cukup ke tidak sebulan tu. Tu belum cerita pasal preparation hari raya.

    Sorry aku off topic sikit …geram pasal bubur lambuk…!!!! Oh ya saya berbuka dengan bubur lambuk hari ni… jemput makan….

    0

    0
  6. Anonaimos says:

    Salak tinggi bukan kat PJ ye bang. Kat Sepang nun haaaa…aduiiyai

    0

    0