Written by AbangNara | May 27th, 2014

Pelik tapi benar. Pening juga kepala Abang Nara dibuatnya. Mana tidaknya, kalau dulu Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mengakui yang hubungan mereka sudah berakhir, tup-tup kali ini buat kenyataan masih dalam ikatan pertunangan. Mana satu yang betul? Memang misteri sungguh. Pasti peminat mereka tertanya-tanya status sebenar pasangan sama cantik sama padan ini.

pekin dan uqasha

Mungkin ini salah satu cara Pekin dan Uqasha mencari publisiti. Jangan sampai peminat muak dan bosan dengan kelakuan mereka sudah la. Kata Pekin menerusi Mstar Online:-

Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.

Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini. Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti

pekin

Untuk makluman, mengikut perancangan asal, Pekin dan Uqasha sepatutnya akan bernikah pada 25 Oktober ini. Nampak gayanya mungkin perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga kembali wujud persefahaman di antara mereka. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Kalau betul-betul sayang, duduklah berbincang dan selesaikan masalah secepat mungkin. Jangan duduk berharap semuanya baik tanpa melakukan sebarang tindakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Masih Dalam Ikatan Pertunangan

  1. mutiara says:

    tak yah la tunang lame2 kalau dah gini roman e..kawen je lah..tayang ususng ke hulu ke hilir

    0

    0
    • lalola lolita bonita vavavoom says:

      alahai uolssss mmg pasangan serasi………sorang brkaler rmbut msa abp…….(mcm ape tah…….asal camera tnjuk muka dia, mke nk poyoooooo je mtk pyepak…….) yg si pompuan pulak taktau malu………kntoi bcium dgn nabil, then x mgaku……..super impose katenyerrrrrrrrr…….(felixia yeap pon tau pkai pkaian yg tutup aurat……malu laaa weyyyyy)

      **** so uolsssss mmg pasangan yg serasi…….i naik muak, jelak, myampah dgn kes uolsssss btunang clash gduh ni……kalau nk hbungan baik carilah org yg baik2……peaceeeeeeeeee :D

      0

      0
  2. Biskut says:

    Ada bagusnya juga beri ruang utk masing2 berpikir semasak2 nya dulu. bila dh rs mmg langsung tak serasi br la putuskan dgn cr yg baik. jgn skali dua gaduh trus nk putus tunang, pastu nyesal..pastu nk tunang balik…pastu pastu…..smua org menyampah.

    0

    0
  3. pekinnamapelik says:

    abp hari tu diorg tak datang skali dduk skali mcm couple lain ponn

    0

    0
  4. LESONG says:

    aku menyampah dgn pekin nih.
    bajet mcm macho²…hensem²..kiut² je..
    dpt awek cun mcm dah bangga je pesen die nih.

    0

    0
  5. watever says:

    a’ah kan….aku pn nyampah tgk mamat ne…klu ade drama die belakon mmg aku tukar channel lain…nk kate ensem jauh skali….perasan je lebey…xbole bla dol die ne….

    0

    0
  6. sape deme nie ?????
    sory zaza xminat !!..

    0

    0
  7. chacha says:

    whattever la !!!!!!abg nara x payah la nak keluarkan pasal diorng ni..kitaorang x nak amik tawu pon la…

    0

    0
  8. Kimberly says:

    Sorry redza minhat the best haha. tetibe.

    0

    0
  9. Melati says:

    Dua2 mangkok ayun ni boleh Wakil Negara untuk pertandingan Candy Crush…hehehe

    0

    0
  10. Hahaha says:

    Betul tu apa yang abg nara tulis tu “Jangan duduk berharap semuanya baik tanpa melakukan sebarang tindakan.” .. Buat la keputusan yang bijak untuk kebaikan kedua-dua pihak. ;)

    0

    0
  11. kay says:

    sama sepadan? kah kah kah ada ayat lain tak yg lebih kelako kih kih kih dpt yg lawa pun x reti nak jaga duk wat perangai cam ntah ape2, p cari lain Uqasha xyahlah dgn yg x tau nak jaga hati pompuan, perangai cam budak2 biarlah dia dpt yg betul2 sepadan dgn dia sama2 yg semua skali ntah ape2, u deserve better!!!

    0

    0
  12. Cinabeng says:

    Poyo gler couple nih.kjap break,kjap k
    Nk kwin..kwin je lh.mnyusahkn suma phak

    0

    0
  13. APES says:

    Naik 1 flight dengan Uqasha, Nelydia & Qi pergi balik Bali early this month. Ade laki ni duduk dengan dorang. Pastu dah touchdown tengah tunggu flight buka pintu, laki tu peluk cium kepala Uqasha. Taktau ler sape tapi bukan pelakon kot. Style Romie gakla laki tu. Hehe

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      tkan bang romieeeeee or mungkin bang jaliiiiiiiii akkkkkkkkkkk ?????????

      0

      0
  14. minah jambu merah biru says:

    kalau maseh tk serasi putus tunang sudahhhhhh tk payah nk tungu lama2 buang masa ajeee…..cari aje yg lain atau pon teroskn kerjaya sebagai pelakon sampai berjayaaaa untok kedua2 nyeeee…bang nara sampai bila nk mtrmatics niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bang naraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!

    0

    0
  15. adik saiko says:

    Blm sah suami isteri, dah pegang tgn anak dara org..tolonglah
    buat malu org islam je !!!

    0

    0
  16. Konpius says:

    Mak Cik konpius ngan dua org ni…Pekin..Uqasha..tak tau Mak Cik yg mana satu nama lelaki yg mana satu pompuan…! Zaman Mak Cik dulu2 kalau nama Ramli tu lelaki…Rokiah tu tentulah pompuan….tolong Mak Cik ni nak oii..?

    0

    0
  17. Boring says:

    Bosan gile baca pasal diorang ni. Nak publisiti murahan je. Sedeyy

    0

    0
  18. […] Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Masih Dalam Ikatan Pertunangan (22) […]

    0

    0