Pekin Ibrahim Rahsiakan Tarikh Nikah Bersama Seorang Model

Hiburan

Pekin Ibrahim Rahsiakan Tarikh Nikah Bersama Seorang Model

Sedang bercinta dengan seorang model yang berasal daripada London,United Kingdom, pelakon Pekin Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahannya dengan model berkenaan pada tahun ini.

Advertisement

Malah, Pekin juga enggan bersanding kerana merasa tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Tiada majlis besar-besaran juga yang akan diadakan.

Sebab itulah rasanya lebih baik saya merahsiakan tarikh pernikahan supaya tidak rasa terbeban apabila perlu mengajak tetamu lain selain ahli keluarga terdekat.

Jika dengan keluarga saja, saya rancang nak buat makan-makan secara santai. Cukup setakat itu saja tanpa sebarang majlis formal. Itulah cara hidup saya yang kurang gemarkan suasana ramai orang.

Pekin sebelum ini mengakui sedang menjalin hubungan jarak jauh dengan seorang model yang dikenali sebagai Iman sejak dua tahun lalu dan sudah tekad untuk menamatkan zaman bujangnya.

Alhamdullillah, kita hormati sahaja keputusan Pekin Ibrahim yang menjaga privasinya. Kami doakan agar hubungan mereka diberkati dan jodoh mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...