Pegawai Stesen Astro Nafi Ada Hubungan Rahsia Dengan Zizan Razak

Hiburan

Pegawai Stesen Astro Nafi Ada Hubungan Rahsia Dengan Zizan Razak

Abang Nara sebenarnya ada menerima beberapa keping gambar Zizan Razak dengan seorang wanita (tetapi bukan berdua) yang dikatakan pegawai stesen Astro. Banyak juga gambar-gambar yang diterima. Di dalam email yang dihantar oleh pembaca itu, turut diselitkan gosip yang khabarnya Zizan dan pegawai ini mempunyai hubungan mesra, lebih daripada seorang pengurus dan artis. Malah ada dakwaan Zizan menerima beberapa kelebihan dan tawaran kerja yang lebih kerana mempunyai hubungan baik dengan pegawai tersebut.

zizan

Advertisement

Tidak mahu fitnah dan desas-desus tersebut semakin berleluasa, pegawai stesen Astro yang berusia 30-an itu tampil membuat penjelasan menerusi Harian Metro hari ini. Katanya:-

Saya rapat dan baik dengan semua artis yang bernaung di bawah pengurusan atau yang ada kontrak (kerja) dengan kami. Layanan saya terhadap mereka sama dan adil, tidak kira siapa orangnya. Semuanya atas dasar profesional.

Jadi apabila timbul cerita ini sudah tentu saya terkejut kerana ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya boleh katakan segala-galanya adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Macam saya katakan, saya menjaga hubungan baik dengan semua artis yang bekerjasama dengan kami. Layanan saya dengan semua adalah sama rata dan adil.

Cuma mungkin ada ketika orang akan nampak saya rapat dengan artis tertentu dan ada ketika orang tak nampak. Mungkin dia (Zizan) dapat perhatian lebih, jadi itu yang menyebabkan orang salah sangka.

zizan razak dan pegawai stesen astro

Menariknya, ibu Zizan iaitu Anai Ibrahim turut sama berkongsi gambar pegawai ini menerisu akaun Facebook miliknya. Sehubungan itu, orang ramai membuat andaian yang ibu Zizan menyenangi kehadiran si pegawai. Malah ura-ura ini juga semakin hangat diperkatakan di kalangan pelawak dan kru produksi kerana mereka berdua sering dilihat bersama.

zizan razak dan pegawai stesen astroSetahu Abang Nara pegawai ini memang tugasnya menjaga kebajikan semua artis yang bernaung di bawah Astro. Jadi perkara biasa untuk melihat dirinya bersama artis-artis Astro termasuk Zizan. Yang jadi pelik kalau si pegawai tak ada bersama artis. Hmmm. Takkanlah nak ada hubungan rahsia sedangkan Zizan sudah mempunyai Emma Maembong sebagai kekasih hati. Emma Maembong kot!!! Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...