Written by serenity | January 22nd, 2015

Berikutan penyebaran video Zamani Slam yang disuruh menyanyikan lagu hits Slam Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari, sebentar tadi pejabat Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu telah mengenal pasti anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

 photo 10675746_807230829334655_248156547033298316_n.jpg
Mereka juga sedang mengenal pasti anggota-anggota lain yang turut terlibat dalam kes tersebut. Sebelum ini juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya memberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat siapakah anggota polis yang terbabit dalam kes tersebut.

Perbuatan tersebut dikatakan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memang pantas pihak PDRM membuat tindakan. Syabas diucapkan atas keprihatinan anda semua.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to PDRM Sudah Kenal Pasti Anggota Polis Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani Slam

  1. zuanzuan says:

    thanks PDRM,

    0

    0
    • Anonymous says:

      Yaa….upload muka pegawai tu…kita pulak nak tengok…benci org yg salah guna kuasa…

      0

      0
      • batu giling ucap syahbas PDRM says:

        Syahbas … PDRM nila setitik rosak susu sebelanga … bertindak pantas memantau pegawai yg menyalah gunakan kuasa utk mendpt glamer murahan spt itu.

        0

        0
        • batu giling ucap syahbas PDRM says:

          I luv you Ketua Polis Selangor dan Abg2 Polis yg menjalankan tugas … Muahhh … Luv uoalllls. Klu di biarkan nanti akan jadi satu penyakit pulak.

          P.s: Agaknya polis yg upldkn video tu ingt nak jd mcm org yg upldkn videio adik al hafiz yg kena tangkap kat ktan tu. Adik tu ngaji tak ada keaiban cuma sian dia tak pakai baju.(agknya dia panas). Subhanallah .. nangis dngr adk tu recite quran. Surah sesuai tepat bg polis yg slah guna kuasa ni. Non muslim dngr pun sayu cuma dorang ingt adik tu menyanyi.

          0

          0
        • Baby AA says:

          Sepatutnya pihak Polis menangkap pesalah dan melindungi bukan membuli, memalukan dan mengaibkan orang awam. Kesian la pada dia. besar sangat ke dosa dia? Padahal banyak lagi kesalahan2 jenayah yg serius. Memang tak patutlah…

          0

          0
        • Mangsa Mat Pit says:

          susah nak simpati.

          sorry la, akak pernah kena ragut dengan mat pit/drug addict kat stesen komuter. badan lebih kurang cam zamani ni la. diikutnya akak, dibelasahnya akak daripada belakang dgn helmet, beg akak direntap kaki ditedang.
          habis satu badan lebam. waktu tu pkl 10 malam. akak ingat lagi akak deman seminggu akibat trauma. sorry, sejak ari tu, tiada simpati bagi penagih2 tegar. takde hasil pd negara.

          loser tau dak..loser?

          0

          0
        • batu giling sian kat akak dihempok says:

          Ye ke .. kak. Kesiannya kena hempok dgn helmet tu mmg dah melampau. Slalunya itu matrempit yg hisap dadah. Masaalh utma dicni bkn PENAGIH DADAH tp PENYALAH GUNAAN KUASA. Hari ini kes mcm ni tp esok2 kes lg teruk klu x benteras. Lgpun bkn smua hisap dadah gitu. Cth abg jamal dulu dan zamani smua ank yg baik cuma mrk tesilap langkah. Takknlah akak nak kata smua pnagih sama jahat mcm tu. Penyalah Gunaan Kuasa lbh TERUK dr dadah. Cnthnya klu rasuah klu dia lpskn ‘Pusher’ lg ramai hisap dadah. Ada kes cabul olh polis di lurngra. Ini smua salah gn kuasa.

          0

          0
        • Suckka says:

          Tangkap polis tu..gari..pastu suh dia nyanyi plak. Lagu Dayang- Di Pintu Syurga pun okay juga…

          0

          0
        • batu giling suka tag line Qu Puteh says:

          Ataupun gari suruh polis tu sebut 1000x tanpa henti kena jerit kuat2 ..
          ‘ QU PUTEH … QU PUTEH … BARULAH PUTEH ‘ ….
          Jadi puteh sbb kena baling dgn tepung dn telur ….
          kat tepi jln raya … Lps tu upldkn kat tenet jd viral …. baru adil.

          Pakai Spanduk Besar2 kat leher ….
          ‘ QU PADAN MUKA… QU PADAN MUKA…
          ‘ AKU SALAH GUNA KUASA … PADAN MUKA AKU … KAN DAH KENA ‘

          0

          0
        • batu giling nak beri makluman skit says:

          BG nak beri nasihat sikit. Minta pngomen2 sila beri komen scra berhemah mengenai PDRM. Jgn mengeluarkn kenyataan2 yg berunsur Menghasut atau Fitnah trhdp PDRM. Nanti tak naklah kluar berita Pengomen BN dikhendaki ke Bkt Aman utk disoal siasat ataupn korang kena panggil dgn SKMM. Bkn stakat korang jer yg kena, sian abg nara kena jd chaperone sbb dia punya blog. Abg polis yg upldkn tu dn abg zmani berdua baliklah ke Pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Tiada siapa yg smpurna.
          P.s: Jari jemari tu sila kontrol sndri, jgn sedap nak tekan. Skian ….

          0

          0
      • Eliza Mad Noor says:

        SAPO SURUH ISAP DADAH BANGANG!!!

        0

        0
        • Datin Olga Vida says:

          Xyah la kutuk..kita Islam diajak berdoa. Kalau kutuk nanti ko pun sama macam Polis tu jugak. Kita minta diampunkan dosa kpd Allah, namun terdapat dosa yang x akan diampun oleh Allah. 6 dosa yang x diampun ini.

          1- Makan harta anak yatim secara haram.
          2- Menuduh wanita solehah berzina.
          3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
          4- Melakukan sihir.<—- ni melayu2 banyak !!!
          5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Nya dgn makhluk.
          6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. (zaman Nabi dulu)

          0

          0
        • a says:

          tk perlu ngata org bangang.takut terkena kt diri sendiri je,

          0

          0
        • Doolitle says:

          SAPO SURUH ISAP DADAH BANGANG!!!

          Berikut cemuhan Cik Eliza dipertimbangkan sama ada kepandaian setampil kelancanang…

          1. Zamani ditangkap ada kesan Morphine. Morphine pakai suntik.
          Kenapa Cik Eliza ingat isap pulak?

          2. Isap apa tak bangang?

          0

          0
        • Anonymous says:

          kebayakkkan penagih2 ni hisap ganja dulu, main xtacy dulu. bila dah xde effect, ambil pulak yg keras2. last2 terjebak…..tak boleh keluar.

          0

          0
    • FASHA SANDA MASIH GEMOK says:

      BENCI NGN ORANG YG SUKA GUNA KUASA , UNTUK MENINDAS ORANG LAIN !!!
      INGAT DAH JD POLIS TU , BAGUS SANGAT KE ???

      0

      0
    • biyana says:

      bole caya ke???? perompak nak tangkap pencuri ni???

      0

      0
    • jiah aweerahma says:

      sudah2 la tu,

      zamani tak apa2 korang je yg emo lebih.. banyak lagi banduan yg kena tangkap kena blasah suma, tapi takde sapa nak tuntut keadilan, ni zamani takat kena nanyi je pun semua dah meroyan.. aku sndri pun tgk video tu kagum dgn zamani, walaupun nyanyi dlm senyum simpul tetap syahdu dan sedap suara dia..

      taktau korang, dengan sedikit kesalahan polis tu, dan korang meroyan bagai nak gila, polis tu akan dikenakan tindakan tatatertib gantung kerja, bla, bla, bla.. kesian la anak bini mereka.. lain la kalau polis tu, rogol pesalah ke, blasah pesalah sampai darah ke, mmg la aku kata padan muka, ni suruh nyanyi je kot…, yg korang nak emo sangat apsal..

      0

      0
  2. cili says:

    yg salah tetap salah….ari tu ko tgkap org yg salah skrg ko pulak buat salah org tgkap ko pulak….karma

    0

    0
  3. peda says:

    what u give u get back

    0

    0
  4. peace says:

    pgajaran kpd semua x kira sapa pun anda

    0

    0
  5. minah jambu tk suka hipokrit says:

    thank u PDRM n ketua polis malaysia yg memandang serius tentang perkara ini thank u very much…

    0

    0
  6. egobeb says:

    X faham motif polis tu upload video zamani?mamat tu tgh lalok,bolelh ko suruh dia nyanyi!nak memalukn org yg pernah popular tu beradablah..member lama artis pun patutnya selalulh ambil tahu psl zamani..mana tahu,dia ambil dadah sbb tensen,dan x dpedulikan sesiapa..
    Bukn menyokong penagih,tetapi bertindak sblm dia lagi teruk

    0

    0
  7. Zain Sardin says:

    mari kita ramai2 protes dan mintak pdrm sebarkan pic pegawai yg salahguna kuasa itew baru dia rasa mcm mana aibnyer, takpon kita serang sajer pejabat polis nih. Zamani pon insan biasa lagi pulak masih dlm siasatan jgn kita menghukum dia awal2.

    0

    0
    • udah2 la tu says:

      sudah2 la…anggap da settle…xyah nak panjang2 kan…mgkin sebenarnya…polis tu pon peminat zamani…tp silapnya dia g upload video tu…

      0

      0
      • ntah apa2 ntah says:

        Peminat mcm tu … ???. Biarlh logik sikit klu nak cakap pun udah2 la tu …
        Polis IQ budak 5 tahun ke ??? ….
        zamani tu bergari …
        zain tak yah lebih2 pulak … nnti ko yg masuk balai pulak ….

        0

        0
    • kekek says:

      hak alah.. ko nie over semacam jer apa kes?

      0

      0
  8. Nur Kasihan says:

    bab ambil dadah tu,mmg salah dia la.. tp dia xde la sshkan org lain pun,xde lak dia meragut ke,hempuk org ke,merompak ke.. Ada baik juga dia ditahan,moga2 dihantar ke pusat pemulihan & berubah menjadi lebih baik… Yg xpatutnya disini,penyebaran video tu.. ape la perasaan kakak zamani tu,ahli keluarga dia,ank2 buah dia bila tgk video tu,tgk keadaan zamani dgn bergari camtu.. as a family members sure diaorg rase sedih.. so please la,respect org tu xkira ape pun salah dia,dia ttp manusia ada ahli keluarga kat luar sana… for PDRM,hope isu ni di uruskan dgn baik & tiada pilih2 kasih… sekian .. :)

    0

    0
  9. Anonymous says:

    elok la tu. biar polis2 yg lain jdkan iktibar pulak.
    jgn sesuka hati upload itu ini.
    awak tu POLIS.

    0

    0
  10. slama says:

    sape suruh hisap dadah..salah sendiri…jangan sibuk nak salahkan orang lain.padan muka..

    0

    0
  11. Nurul Huda says:

    Ambil pengajaran..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    kenapa zamani menyanyi bila di minta nyanyi he can always say no….
    Ting Tong ke….

    0

    0
  13. Anonymous says:

    actually ada hikmah disebalik sebaran video tu… nampak sangat2 dia perlukan bantuan tapi kenapa selama ni org2 yg rapat dengan dia x bersungguh2 membantu dia membuang ketagihan dia

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dia bg alasan dia sakit … tulah ramai x tahu. Tp kwn sekeliling pun sama cam dia tangkap lalok mcm mna nk nasihat zmani

      0

      0
  14. Suka bc part “Hidden due to low comment rating. Click here to see.” Apa yg mbuatkan commentnya ‘thumbs down’ lbh byk. Ahahaa peace xx

    0

    0