Written by serenity | February 2nd, 2016

Rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah membina khalayak pengikut tersendiri setelah bertahun-tahun di siarkan di stesen televisyen tempatan. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pengacara, antaranya Maria Tunku Sabri, Qi Razali, Iqram Dinzly, dan terbaru Nazrudin Habibur Rahman atau Naz.


 photo 11007853_1558713884410425_1817985644_n.jpg

Makan pelbagai hidangan lazat di pelbagai restoran untuk JJCM bagaimanapun ada natijahnya buat Naz. Melalui iSihat, Naz memberitahu bacaan kolesterol darahnya pernah mencapai 7.5 . Selepas mengawal pemakanan ia turun ke bacaan 6.5 dan kini dia sedang berusaha untuk menurunkan lagi bacaannya.

Doktor minta saya agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan selain menjadikan senaman sebagai rutin. Jika dulu juga asal minum mesti nak air manis namun sekarang saya lebihkan air suam. Setiap pagi isteri akan menyediakan oat untuk mengawal paras kolesterol.

Saya mulakan semula latihan senaman dengan slow running. Malahan kalau di rumah juga kami sekeluarga mengamalkan pemakanan kurang garam, kurang gula, tiada lagi makanan segera yang mengandungi MSG serta meminimumkan pengambilan daging.

Saya kini juga mahu lebih relaks dan tidak mahu memikirkan perkara yang saya tidak mampu kawal. Tidak mahu stress dan jujur saya akui mempunyai isteri yang memahami membuatkan separuh dari stres kita hilang. Isteri saya juga dulu produser jadi dia memang faham akan tugasan dalam bidang produksi.


 photo 10954420_1572827726296227_1983623134_n.jpg

Naz yang kini berusia 37 tahun bakal mengendalikan JJCM untuk musim depan juga memberitahu konsep rancangan itu akan ditukar pada gaya pemakanan lebih sihat pada musim depan.

Walaupun berpeluang merasai pelbagai jenis makanan saya hanya mengambil dua makanan terbaik di setiap restoran. Saya mahu program JJCM ini membawa mesej yang baik dan mendidik penonton bukan sahaja enjoy makan namun masih mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan banyak berjalan dan bersenam.


 photo 11008102_1477654735817437_435571230_n.jpg

Program JJCM kini lebih menarik dengan Naz sebagai pengacara. Idea untuk menjadikan konsep pemakanan dalam rancangan tersebut lebih sihat ialah sesuatu yang menarik. Kami pasti ramai yang ingin tahu di mana tempat atau restoran yang sesuai untuk menikmati makanan yang menyihatkan.

Semoga pembaharuan ini akan mendapat sambutan ramai untuk kebaikan bersama.

Assalammualaikum..selamat pagi..syukur ke hadrat ilahi masih berkesempatan melihat dunia pd pagi ini..Moga Allah s.w.t…

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 20 January 2016

8 responses to Paras Kolesterol Naz Naik Setelah Jadi Pengacara Jalan Jalan Cari Makan

  1. Linda E says:

    Nabi kan dah pesan sederhana dalam apa jua yg dilakukan.
    Sekian tazkirah Selasa. hiks.

    0

    0
  2. kutu says:

    maria tunku sabri jugak yg best.
    makanan biasa2 je tp dek kerana ekspresi muka dia mase makan tu trus buat kita yg menonton ni menjejes air liur.
    bila dia minum air kemain lagi dia sedut straw tu sekali nafas..licinnn

    0

    0
    • Jalan2 Cari Cinta says:

      Aku setuju ngan kutu, bila tgk JJCM bsama Maria Tunku Sabri dulu, aku yg tgk nie rs lapar tgk dia punyalah selera nak mkn hehe

      0

      0
  3. rozmah manshor says:

    apa x amik roy nasi lemaK kopi o jd pengacara…tagline diapun da lawak..perut laparrrrrrrrrr

    0

    0
  4. Mak Becok says:

    Si bangang ni buat simbol ‘DEVIL’S HORN’ apasal?! Menyampahnya aku!

    0

    0
  5. Butang bukan butang says:

    Maria dulu pun menjengkelkn juga, gelojoh n nak nampak versatile tp xnampak pun malah nampak cm kebulur je kau nengok.

    0

    0