Written by Bella | April 13th, 2016

Rosyam Nor, pelakon yang tidak perlu diperkenalkan dan terkenal dengan sikap profesional beliau dalam bekerja. Kalau sekarang kita lihat beliau sudah berjaya dan mempunyai syarikat produksi sendiri dikenali sebagai Suhan Movies, namun tersimpan seribu satu kepayahan dan cabaran untuk beliau mencapai kejayaan seperti sekarang.

Merupakan seorang anak setinggan satu ketika dahulu, Rosyam Nor menceritakan kemiskinan dan pahit getir beliau sebelum bergelar artis dalam biografinya yang bertajuk Impian Jutawan Budak Setinggan yang dilancarkan semalam.

Pernah anda bayangkan bagaimana sulitnya kehidupan kami sebagai anak setinggan ketika itu? Realitinya, itulah yang kami sekeluarga lalui. Selain berkongsi sebatang berus gigi dan selimut, kami juga menggunakan kain karung guni selain turut berkongsi sehelai tuala mandi.

Paling meruntun hati saya sehingga sekarang saat melihat sendiri bagaimana emak mengambil upah membasuh baju-baju jiran berbangsa Cina dan India dengan upah yang tidak seberapa demi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Kredit Foto : mynews hub

Jelas Rosyam, beliau menerbitkan buku tersebut untuk memberikan motivasi kepada mereka diluar sana untuk tidak putus asa dengan cabaran serta dugaan yang dihadapi dan bangkit untuk mengubah hidup mereka.

Kalau diikutkan, dari 10 tahun lepas lagi saya sudah berniat mahu menulis (buku) tetapi tiada kepakaran. Sehingga diberi peluang untuk mencoret di sebuah ruang khas di dalam sebuah akhbar, saya mula belajar menulis sehingga lahirnya karya ini.

Saya pasti tidak ramai yang tahu di sebalik kejayaan dan populariti insan bernama Rosyam Nor hari ini, suatu ketika dia pernah bergelar anak setinggan yang sangat daif hidupnya. Jadi buku inilah yang akan menvisualkan perjalanan hidup saya. Bukan meraih simpati, tetapi sebagai perkongsian motivasi.

Kami pasti ramai peminat Rosyam Nor yang ingin tahu kisah disebalik kejayaan beliau.  Sekali sekala kalau artis dapat memberikan motivasi kepada masyarakat ada baiknya juga.

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Pakai Kain Guni, Pernah Kongsi Sebatang Berus Gigi – Rosyam Nor Cerita Kesusahan Dahulu Didalam Buku Biografinya

  1. k bye says:

    selamat bersara.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    hot fm pls buat comeback dr R..

    0

    0
  3. Akak Peah Kurlass says:

    Pernah terserempak kat highway lepas terowong menora menuju utara..masa tue jam..keta bersusun..saja nk pandang ke kiri, pergh skali rosyam noor laa..dia bukak tingkap keta coz dok merokok..aku tergedik siap bye2 kat dia..mmg humble jer..siap senyum n balas senyum aku..skali hasben aku sound..x payah over sgt..rosyam noor je pun..huhuhu..

    0

    0
    • kiah pekasam says:

      hahahhaa biasa kita mmg over bab2 ni mcm suami sy mst akn ckp xpyh over lah hahahaa

      0

      0
      • Anonymous says:

        mesti ko menggelenyar over kan peah…kalau aku jdi laki ko..aku tonyoh2 kepala ko tu peah.

        0

        0
    • cikyah says:

      haha. kan dh kena setepek. aku pn pnh kena sound. ms tu jumpa remy ishak. br trn dr ofis production house. beria2 aku nk amik gmbr la apa la. nsb baik time tu hset x de bateri. huhu. tp tiba2 lak si faizal hussein trn dr ofis production house sama, laki aku lak menggelupur nk amik gmbr. sbb dia mmg minat sgt2 ngan faizal hussein ni. and aku plak sound setepek kt laki aku. haha

      0

      0
  4. a-fan says:

    legend Rosyam Nor ni. walau anak muda tak kenal , kami anak2 90 an akan kenangkan hasil seni lakonan Rosyam Nor. Ingat lagi cerita Rosyam jadi anak lelaki ayah dia yang tua tu, walau ayah dia x suka, punya la dia sbg anak lelaki jaga juga ayah dia. apa tah cerita tu. menangis beb tgk. igt senang aku nak menangis tgk cerita melayu. one in a million years

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tau bang,sebab setinggan tu dulu,ayah saya pun ada duduk kat situ.Kebanyakkan anak setinggan dah berjaya.Susahnya hidup ketika itu,akhirnya kami ramai yg berjaya.Alhamdulillah.

    0

    0
  6. massa says:

    Jutaan tahniah Datuk, itulah berkat kesabaran dalam menempuh dugaan/cabaran hidup. saya doakan semoga Datuk sentiasa berjaya apa jua yang Datuk ceburi. ikutlah resmi padi inshaa Allah tentu berjaya…..

    0

    0
  7. x says:

    Dia punya kesusahan…apasal tak kata penah makan lalang utk hidup..agak2 le nak pancing adik2 sekolah.kesian diaorg baca buku tu.

    0

    0