Written by AbangNara | February 2nd, 2013

Tarikh 1 Februari menjadi satu kenangan yang terindah buat Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim. Kira-kira jam 9.55 malam di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak, Memey telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

anak memey suhaiza

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Kata Memey:-

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Semoga Mohamed Darwisz Hakim membesar dengan sihat, sempurna dan menjadi anak yang soleh. Tahniah sekali lagi kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim atas kurniaan cahaya mata anda. Info Facebook Media Hiburan

P.S: Kekayaan 5 pemain bola sepak terkenal

 
Written by AbangNara | February 1st, 2013

Kekerapan Nora Danish bercuti bersama keluarga bekas mertuanya menimbulkan tohmahan segelintir pihak yang mendakwa Nora tidak sensitif kerana Jejai kini telah pun berumahtangga dengan Fasha Sandha.
nora danishDitanya mengenai perkara ini, Nora Danish menerangkan dengan panjang lebar. Abang Nara berharap dengan penerangan ini, tiada lagi suara-suara sumbang yang akan kedengaran. Kata Nora:-

Ya saya ada dengan tentang perkara itu. Saya nak beritahu di sini, mereka (keluarga mertua) yang ajak saya bercuti bersama mereka. Kami dah memang macam satu keluarga, bukan orang asing. Kami sangat rapat. Lagipun Rayqal cucu pertama dalam keluarga mereka. Mereka memang manja dengan Rayqal. Jadi setiap kali hujung tahun memang mereka akan pergi bercuti. Mereka ajak cucu mereka dan saya sekali juga keluarga anak-anak mereka yang lain. Kalau mereka tak ajak, saya takkan nak suka-suka ikut.

nora danish
Abang Nara faham sangat betapa manjanya atuk dan nenek sekiranya cucu tersebut adalah cucu pertama mereka. Memang sayang terlebih. Itu perkara biasa. Yang menariknya, Nora Danish tak kisah untuk pergi bercuti bersama Fasha Sandha sekiranya diajak oleh keluarga bekas mertuanya.

Sekalipun, kalau lepas ni mereka ajak saya bercuti dan Fasha juga ada bersama, saya okay. Saya tahu benda itu akan terjadi. Saya adalah menantu mereka yang dulu dan Fasha adalah ahli keuarga mereka yang sekarang. Kalau saya dah kahwin pun nanti, kalau mereka ajak saya bercuti, saya ikut dan bawa suami saya sekali.

nora danish
Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati. Jangan buat-buat tak faham dan nak cipta khabar angin yang bukan-bukan pulak. Mereka semua dah bahagia dengan hidup masing-masing. Marilah kita teruskan doakan kebahagiaan tersebut berkekalan sehingga bila-bila.

P.S: Trip ke Korea promosi utk bulan 3 ni ada tinggal BEBERAPA seat sahaja! .LIKE Facebook Pelangibonda! untuk info lanjut.

P.S: Formasi ais yang sangat mengkagumkan

Written by AbangNara | February 1st, 2013

Menarik nama anak sulung lelaki Ning Baizura yang telah selamat dilahirkan semalam. Ada perkataan “sky” yang bermaksud langit. Teringat lagu “Awan Yang Terpilu” nyanyian Ning Baizura. Mungkin Ning mendapat inspirasi daripada situ.

ryan sky dalton

Semoga Ryan Sky Dalton membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ayah dan ibunya. Tak sabar untuk melihat gambar Ryan. Pasti comel seperti mak dan ayahnya. Diharap Ning dapat berkongsi gambar anak sulungnya apabila sudah bersedia kelak.

P.S: Peranti baru Blackberry yang dilancarkan semalam

Written by AbangNara | February 1st, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil atas kurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”. Memang Pak Nil layak menerima penghargaan ini.

datul aznil

Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk Aznil atas berita gembira ini.

P.S: Bandar Itali yang menyegarkan mata memandang.