Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 4
Written by serenity | September 18th, 2017

Satu video terbaru menunjukan pelakon Fathia Latff menangis meminta maaf sambil meminta supaya Netizen mendoakannya dan jangan memfitnahnya  telah tersebar di media sosial sejak malam tadi.
Untitled
Dalam rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu Fathia dipercayai bersiaran di Bigo Live dan berinteraksi dengan penonton-penontonnya. Ujar Fathia:

Saya masih belajar mengenai Islam dan masih belajar mengenai tuhan. Dan saya bersikap jujur pada anda semua, tolong jangan fitnah saya. Tak baik fitnah saya.

Saya minta maaf kerana emosional. Ini memalukan saya tapi saya mesti bersikap jujur pada anda semua. dan saya gembira,

Kerana ada banyak khabar angin di kuar sana,Kadang-kadang saya (dikatakan) buka tudung di luar padahal ternampak rambut sedikit saja. Saya masih belajar jadi saya harap anda semua faham dan doakan saya. Dan jangan fitnah saya.

Kerana saya rasa saya faham apa perasaan kawan saya (tak boleh sebut namanya). Mungkin dia selalu kena macam ni, tahu?

Dia pun baru nak belajar pakai tudung dan dia pun dapat cacian macam ni.

Kami rasa hilang arah kerana tiada siapa sokong kami hendak belajar. Tolong jangan fitnah saya.

Dan saya tak nak cakap banyak tentang apa yang terjadi. Itu saja.

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Bagaimanapun, Fathia tidak meryebut apa bentuk fitnah yang dperkatakan mengenainya dan siapa ‘kawan’ yang dmaksudnya.

Video ini dipercayai dibuat oleh Fathia setelah satu video menunjukkan seorang wanita miripnya dan rakannya, Natasha Elyzza menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara untuk penonton satu siaran Bigo Live tersebar sejak beberapa hari lepas. –beautifulnara.com

 
Written by serenity | September 17th, 2017

Hujung minggu ini hangat dengan kisah satu rakaman siaran Bigo Live viral memaparkan pelakon Natasha Elyzza dan seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan payudara. 

Dalam satu rakaman Bigo Live terbaru yang tersebar di YouTube, Natasha secara sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang membuat rakaman dan menyebarkan siaran langsung itu yang disifatkan telah memusnahkan hidupnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 17th, 2017

Memang ramai yang terkejut apabila melihat video gadis mirip Fathia Latiff yang menjadi viral baru-baru ini. Selain daripada keseksian si gadis tersebut, ada desas-desus yang menyatakan nama Fathia Latiff telah digugurkan daripada drama La Luna kerana masalah displin iaitu datang lambat ke lokasi penggambaran. Akhirnya desas-desus tersebut telah disahkan oleh penerbit syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud.

fathia latif

Menurut Norazah, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan pengarah dan pengurus produksi. Masalah displin Fathia Latif telah menganggu kelancaran proses penggambaran drama La Luna yang turut sama dibintangi oleh Afiq Muiz, Nasha Aziz dan juga Elisya Sandha. Kata Norazah:-

Dia selalu datang lambat dan semalam tak datang langsung. Semua kru di lokasi menjadi saksi dan tidak ada apa lagi perlu disorokkan. Betul, dia sudah digugurkan daripada drama ini sejak semalam. Fathia sudah terbabit selama dua minggu membabitkan 35 babak. Diakui sepanjang tempoh itu, dia sering datang lambat. Ada yang dimaklumkan begitu juga sebaliknya.

Kalau dia datang awal pun, ia atas inisiatif pihak produksi yang memantaunya. Namun fikir secara logik, takkan setiap hari mereka nak menguruskan dia seorang. Banyak lagi perkara lain perlu dilakukan.

Soal dia datang lambat, kami boleh tutup mata lagi sebab masih boleh meneruskan penggambaran selepas itu. Namun apabila dia tidak muncul di lokasi semalam, saya beranggapan dia sudah melampau.

fathia latif

Menurut Norazah lagi, dia kecewa dengan sikap pelakon itu yang mana sudah berjanji untuk berubah sebelum menawarkan projek itu. Tambahnya lagi:-

Pada awalnya saya tak nak mengambil dia berlakon kerana sedia maklum dia mempunyai masalah disiplin. Namun pengurus produksi memberi jaminan dia sudah berubah. Malah dia sendiri mengatakan perkara sama kepada saya. Jadi saya pun percayakannya.

Apabila terjadi perkara ini, saya sangat kecewa. Dia mengkhianati kepercayaan diberikan. Ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan. Dia ada menghantar mesej meminta maaf dan berjanji untuk berubah. Namun saya serik dan takut dengan janji diberikan. Malah pengarah dan pengurus produksi pun sama

fathiua latiff

Namun begitu Norazah telah membetulkan laporan daripada sumber Beautifulnara di mana pihak produksi tidak menghalau Fathia yang hadir di dalam keadaan tidak terurus, sebaliknya pelakon tersebut yang melarikan diri. Kata Norazah lagi:-

Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu. Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah.

fathiua latiff

Buat masa ini, pengganti untuk Fathia Latiff masih belum diketahui. Akibat pengguguran ini, semua babak yang melibatkan Fathia akan dirakam semula dengan penggantinya. Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar dan pengajaran buat Fathia Latiff. Jangan sampai semua pihak enggan mengambil anda berlakon lagi kerana masalah displin. Sumber Harian Metro dan Mstar Online.

Written by serenity | September 17th, 2017

Semalam, Natasha Elyzza selaku individu yang membuat siaran Bigo Live menunjukkan seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara mendakwa wanita itu bukan Fathia, sebaliknya rakannya yang mirip Fathia.

Khabarnya, rakan yang dimaksudkan ialah seorang wanita bernama Leeyana Amin yang juga aktif dan mempunyai ramai pengikut di Instagram.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 3,413« First...23456...102030...Last »