
Waduhhhhhhhh ~~~ Sedihnya kami baca cerita pengalaman Kak Ziana Zain melahirkan anak kembarnya yang cute mute tue. Rupa-rupanya Kak Ziana kita bertarung dengan nyawa semasa proses pemberanakan tue. Almaklumlah, bukan senang nak lahirkan kembar. Kalau nak lahirkan anak yang sorang pun dah sakit tahap maksima, inikan pulak anak kembar.
Dengar ceritanya, doktor bagitau yang Kak Ziana ada 50% peluang untuk terus hidup selepas melahirkan anak tue. Tambah mengerikan disebabkan tekanan darah rendah, pihak hospital terpaksa bagi 10 beg darah untuk cukupkan darah dalam badan Kak Ziana. Memang seram kan?
Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ziana masih bernyawa seperti yang kita lihat sekarang. Masa melahirkan si kembar, Kak Ziana terasa dunia ini gelap gelita. Masa itulah dia berdoa agar Allah memanjangkan umurnya agar dapat dia jaga anak kembarnya nie. Syukur pada Allah yang mendengar permintaan Kak Ziana.
Untuk pengetahuan peminat Kak Ziana, si kembar yang comel ini adalah anak terakhir buat Kak Ziana. Lepas nie dah tak ada dah. Dah cukup stok dah. Mungkin nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja Kak Ziana kot. Eh sebelum terlupa, kalau korang tak tengok lagi gambar anak kembar Ziana Zain, leh baca kat sini ye.
11.03.2010
Malaysia Artist

Sampai hati anda semua cakap Abang Nara tak teguh pendirian. Kejap suka Scha la, kejap suka Diana Danielle la, kejap suka Lisa Surihani la. Yang tak tahan siap ada cakap Abang Nara suka kat Nek Jah. Memang tak patut. Sedih tau hati ini. Abang Nara pun ada hati dan perasaan.
Kan Abang Nara dah cakap, artis pujaan untuk tahun 2009 ialah Scha Al Yahya. Tahun 2010 nie dah tukar menjadi hak milik Lisa Surihani. Tahun depan mungkin tahun Diana Danielle. Tahun 2012 mungkin baru Nek Jah yang bakal menjadi pujaan hati.
Cubalah korang bayangkan macam mana la Abang Nara tak cair tengok kecomelan, kecunnan dan keanggunan Lisa kat atas tue. Entah-entah ayah Abang Nara pun boleh tercair kalau dia join tengok sekali. Dengan renungan manja dari anak mata dia tue, memang kadang-kadang Abang Nara tak tidur malam dibuatnya.
Kalau korang nak tau kenapa Lisa Surihani menjadi pujaan hati (bukan lubang hidung) Abang Nara untuk 2010, korang kena hayati gambar-gambar Lisa Surihani yang Abang Nara curik dari Facebook dia. Memang mampu mencairkan hati lelaki-lelaki kental di luar sana.
Lagi gambar-gambar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Sori entri kali ini terasa macam terluah perasaan cinta kepada Lisa Surihani plak. Sila jangan muntah.
P.P.S: Kepada buah hati Abang Nara, hanya engkau yang ku cintai. Lisa pun tak boleh menandingi dirimu.
Teruskan Membaca Gosip Ini Sepenuhnya
10.03.2010
Malaysia Artist

Dulu kami tak berapa suka sangat dengan si Johan Raja Lawak nie. Sebabnya masa tue kami ingat bagi kenyataan yang agak poyo pasal gambar dia berpelukan dengan Ozlyn. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Sekarang ini kami tabik dan respek kepada Johan sebab kenyataan dia yang tersangatlah machonya. Cuba korang baca:-
Jika artikel yang ditulis tentang saya hanya berunsur fitnah dan boleh memburukkan nama baik dan karier, lebih baik tak payah beri publisiti pada saya langsung. Saya faham dan hormati tugas wartawan tapi jika setakat menulis cerita-cerita tidak betul yang menyelak kisah ‘dalam kain’ saya dan keluarga, lebih baik jangan tulis apa-apa tentang saya langsung.
Pergh. Pedas jugak kata-kata si Johan nie. Tapi kenyataan dia belum tamat lagi di situ.
Adakah wartawan itu atau orang luar mengenali saya sedalamnya? Hanya keluarga saja yang tahu siapa diri saya. Apabila wartawan itu tampil dengan penulisan yang mencalar nama saya tanpa mendapatkan penjelasan saya, tentulah saya tidak senang.
Dan kami paling suka kenyataan terakhir dari Johan nie. Memang macho dan menampakkan kematangan sebagai seorang suami dan seorang ayah.
Jika wartawan itu benar-benar bersikap terbuka dan beretika, tentu dia berani untuk bertanya dan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan bukannya menulis cerita bukan-bukan tentang saya tanpa usul-periksa. Terus-terang saya katakan, saya tidak perlukan sebarang publisiti yang hanya merosakkan nama saya dan keluarga.
Tahniah buat Johan Raja Lawak yang mempersetankan wartawan-wartawan hiburan demi anak, isteri dan keluarga yang tercinta. Memang lelaki sejati. Apa-apa hal pun, family comes first. Benda lain belakang kira. Kan Johan kan?
10.03.2010
Malaysia Artist
Setelah lamaaa kita menanti, inilah dia anak kembar Kak ZZ kita. Alahaiii comelnya~!! Dah ler sepasang boy & girl..geramnyaa, rasa nak cubit-cubit pipi anak Kak Ziana ni.


Gambar dari Murai & Utusan.
10.03.2010
Ziana Zain
Gosip Paling Popular