Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 3322
Written by AbangNara | March 20th, 2009

salih

Inikah dia si gadis manis yang ura-uranya mahu kahwin dengan Salih Yaccob jadi bini ke 4?   Oh, bukan….bila baca betul-betul blog Abang Jem, rupanya ini  Majlis Bertunang anak Salih Yaccob.

Last-last anak Abang Jem pulak yang akan kawin dulu. bagus jugak tuh. selamat lah kuota Abang Jem masih ada satu lagi kalau ada sapa-sapa yang berminat..

 
 
Written by AbangNara | March 19th, 2009

gambar terbaru stacy

Gagap. Itu single kedua Stacy. Tapi Stacy tak gagap. Dia cakap lancar, tak tersekat-sekat. Tengok time show Stacy, habis gegar satu pentas dengan aksi menari dia.

Kami minat Stacy sebab dia tak hipokrit, pakai baju sempoi dan nampak mesra. Masa ambik gambar pun posing rileks-rileks ajer.

Layan lagi gambar terbaru Stacy semasa pelancaran single kedua dia, Gagap.

 
Written by AbangNara | March 19th, 2009

yuna1

Kami macam Faizal Ismail juga, sangat suka kat Yuna ni. Lagu-lagu Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai ni memang deep sungguh . Dahlah dia tulis sendiri lirik nya, muda pulak tu, awek Melayu bertudung pulak tu, memang comel betul.

Pagi tadi masa kena interview oleh Faizal Ismail, mungkin sebab 1st time dia ni tak reti lagi nak jawab soalan-soalan FBI, kena lebih latihan bab interview oleh wartawan. Tapi bila dia nyanyi live, memang takde masalah, lemak merdu sungguh lagu Dan Sebenarnya. memang seronok driving gi kerja arini, suara Yuna hilangkan tensen jem.

Sesapa yang nak kenal Yuna ni boleh bukak MySpace Yuna . Boleh order album (EP) Yuna gak. We love you Yuna! bila nak jumpa Beautiful Nara, kasik special gambar khas untuk peminat Yuna.

Written by AbangNara | March 19th, 2009

Tergelak sakan sekejap kami tengok gambar kontroversi murahan dari pelajar Akademi Fantasia 7(AF7) nie. Bukan apa tengok si botak Qhaud tue memang tengah feeling gila kena cium dengan si jambu Aril.

Inilah gambar panas yang menimbulkan gosip adanya pelajar AF7 gay. Tapi sebenarnya semasa gambar ini diambil, jurukamera suruh diorang buat aksi bertemakan “Keakraban Seorang Sahabat”. Hasilnya terjadilah gambar di atas.

Tapi kalau tenung lama-lama gambar ini, dengan pejaman mata yang penuh khusyuk, si Aril Akademi Fantasia 7 (tukang cium) nampak macam biasa buat jer gaya berciuman nie.