Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 3235
Written by AbangNara | July 21st, 2009

gambar hantu pocong

Mak aih mengucap panjang kami bila baca Harian Metro semalam. Mana taknya terkejut tengok gambar pocong yang kononnya ditangkap di Felda Jengka 4. Memang nampak real gambar hantu pocong nie.  Sebijik macam pocong yang selalu kita tengok dalam filem-filem seram Malaysia dan Indonesia.

Kami respek betul dekat Abdul Rahman Sabie yang dengan beraninya sempat snap gambar si hantu pocong nie. Jam 3 pagi pulak tue. Kalau kitorang la, memang dah berdesup lari. Compem kaki tak jejak tanah. Takut beb ada pocong kat depan rumah jiran  jam 3 pagi.

Korang rasa betul ke tak betul gambar pocong yang diambik ni? Sekali imbas nampak macam real kan? Nampaknya kena gi hantar kat pakar gambar la untuk tentukan adakah ini gambar benar atau hanya rekaan semata-mata. Yang penting, kami tetap seram jugak tengok menatang alah nie.

 
Written by AbangNara | July 21st, 2009

drama nurkasih nur kasih

Setiap minggu Jumaat malam jam 9.00 malam , mak kami compem akan pegang remote Astro (taknak bagi anak-anak dia alih channel TV) dan melekat layan drama TV3 Nur Kasih. Mula-mula heran jugak kami dibuatnya, maklumlah mak kami nie jenis tak layan TV sangat. Kalau ada drama yang dilayannya confirm cerita tue best sangat-sangat la tue.

Kononnya nak menjadi anak yang baik kami pun temankan mak menonton drama Nurkasih nie. Akibatnya sekarang setiap hari Jumaat kami pun dah penunggu setia kat depan TV. Memang mantap semantap-mantapnya jalan cerita Nur Kasih nie. Tambah-tambah lagi pengarah dia tak lain tak bukan si Khabir Batia. Ala, dialah yang mengarah filem Cinta, Sepi dan yang terbaru Setem. Memang kami cukup kagum dengan teknik kamera si Khabir Batia nie.

Bagi kami apa yang membestkan cerita ini ialah jalan cerita dia logik. Bukan macam drama-drama Melayu yang lain. Sikit-sikit cerita cinta korporat. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang kaya nie lah. Tambah best bila drama Nur Kasih nie banyak menyelitkan unsur-unsur agama. Setakat nie rasanya dah masuk episod ke 8 cerita Nur Kasih nie, makin mengelirukan jalan cerita dia. Buat saspen jer nak tunggu setiap Jumaat.

Apa pendapat anda tentang drama Nur Kasih? Ada komen? Ada nak bincang? Ada nak bagi pendapat tentang episod seterusnya. Oh ye kalau anda masih belum sempat layan Nurkasih nie, silalah ke laman web Nur Kasih di TV3 untuk lihat siaran ulangan. Diorang ada bagi streaming video Nur Kasih kat situ.

Oh ya lupa nak bagitau antara pelakon-pelakon drama Nur Kasih ini ialah Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zakiah. Mungkinkah sebenarnya drama Nur Kasih ini lagi hebat dari drama-drama Indonesia dan Korea? Anda tentukan.

Written by AbangNara | July 20th, 2009

marwa al sharbini

Ikhlas kami katakan yang kami jugak hanya tahu mengenai Marwa Al-Sharbini, seorang muslimah yang mati syahid mempertahankan auratnya di German. Terharu betul kitorang baca kisah Marwa. Tambah terharu bila perbandingan dibuat dengan sambutan kematian Michael Jackson. Kami pun salah seorang yang tenggelam dan tak menyedari kematian seorang syuhadah.

Marilah kita sama-sama renung-renungkan kisah Marwa Al-Sharbini dan perbandingan dengan cerita Michael Jackson. Baca artikel ini selengkapnya untuk mengetahui kisah sepenuhnya. Kalau boleh sebar-sebarkan kepada orang ramai ye. Thanks ~~~

 
Written by AbangNara | July 20th, 2009

anak khai dan rosma

Carik punya carik dapat gak kitaorang jumpa gambar anak Khai dan Rosma nie. Comel jugak anak diorang nie. Nampaknya tahun 2009 nie memang tahun artis lahirkan anak dan tahun mengandung. Dengar cerita si Catriona Ross yang baru kawin pun dah mengandung 2 minggu. Bunting pelamin la kiranya nie. Tahniah buat Catriona dan suami.

Lagi gambar anak Khai dan Rosma dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Oh lupa nak bagitau yang nama anak Rosma dan Khai memang dah confirm Muhammad Amzar Danish.