Written by AbangNara | September 11th, 2009

indonesia

Panas dan menggelegak hati kami bila baca beberapa blog rakyat Indonesia yang bagi cadangan “sweeping” rakyat Malaysia kat Indonesia sekarang nie. Sweeping nie kalau dalam Bahasa Melayu yang ditranslate bodoh-bodoh ialah menyapu bersih. Kalau ditranslate oleh kami yang tak berapa pandai nie, macam menghapuskan lah kiranya kot. Kalau salah tolong bagitau ye.

Apa orang Indonesia nie ingat rakyat Malaysia nie sampah sarap ke lek-lek ajer kau nak sapu kitorang? Bukan nak cakap besar, tapi kalau rakyat-rakyat Indonesia yang ada kat Malaysia nie kita buatkan “sweeping” untuk diorang gak, mesti kecoh satu dunia. Padahal tak kira berapa ramai rakyat dia yang datang secara haram kat Malaysia nie. Kita lek ajer tak kecoh nak “sweeping” ke apa ke.

Tak faham betul kami kenapa rakyat Indonesia nie benci sangat kat Malaysia nie. Padahal dulu kata serumpun. Takkanlah sebab si Manohara yang ntah sapa-sapa tue nak benci lelebih kot. Memang tak masuk akal langsung. Padahal tak tau sapa lagi yang bersalah dalam kes Manohara tue. Sungguh misteri sebab musabab tetiba rakyat Indonesia nak marah-marah kat kita nie.

Padahal kalau nak kira, kerajaan Malaysia nie baik hati tahap habis tinggi dah. Siap nak buat gaji minimum untuk bibik-bibik RM800 lagi. Bibik-bibik nie banyaknya dari negara mana? Indonesia jugak. Tue pun tak reti nak bersyukur lagi ker? Kalau nak kira betapa ramai rakyat diorang yang carik rezeki kat sini, memang tak logik langsung tetiba nak marah-marah kat kita. Patut lagi bersyukur. Bukan senang nak datang negara orang dapat kerja yang boleh bagi duit banyak-banyak.

Kalau ikut hati nak je kitorang suruh kerajaan Malaysia tangkap Indonesia-Indonesia nie hantar diorang balik ke tempat asal balik. Bayangkanlah kalau korang duduk kat KL nie, tempat-tempat macam KLCC tue time hujung minggu dah jadi port lepak diorang. Dalam komuter takyahlah cakap. Memang muka orang diorang jer penuh. Terasa macam kami pulak kat negara asing.

Jadi persoalan yang nak anda jawapkan untuk kami ialah, kenapa diorang nie nak benci sangat ngan kita? Ada apa-apa idea tak? Jom kongsi-kongsi.

 
Written by AbangNara | September 10th, 2009

#Sila baca artikel ini seolah-olah anda sedang melihat episod terjah Melodi

michlee dengan kekasih

Kembali kita di dalam Melodi, rancangan hiburan paling sensasi dan paling suka menerjah orang sesuka hati. Kami memang tak ada belas kasihan bab kantoi mengkantoikan orang nie. Buktinya kali ini kami akan menerjah dan mengkantoikan sendiri gambar wartawan kami, Michelle dengan pakwenya. Kami memang tiada kompromi, gosip tetap gosip. Tak kiralah anda wartawan kami ke, artis suam-suam kuku ke, bini Dato’ ke. Semua kami zassssss ~~~

Sedikit info tentang gambar Michelle Melodi dengan kekasih hatinya ini, daripada sumber yang kami dapat menyatakan lelaki ini adalah pengacara rancangan Remaja TV3. Kami ternyata kagum dengan Michelle dan pakwenya kerana mengamalkan ciri-ciri 1Malaysia. Buat yang tak tahu, Michelle berbangsa Cina sementara pakwenya adalah seorang Melayu. Disitu kita dapat lihat betapa konsep 1Malaysia sudah berjaya diaplikasi oleh mereka berdua. Tahniah!!!

Disebabkan baki masa rancangan Melodi ini hanya tinggal beberapa minit saja lagi, footage kami sedang menerjah Michelle untuk mendapatkan pengakuan dia tentang gambar ini tak dapat disiarkan. Tapi tak apa. Kita layan dulu koleksi gambar Michelle TV3 dengan boyfriendnya selepas iklan daripada penaja ini.

Lagi 16 keping gambar Michelle beraksi manja dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 10th, 2009

gambar panas alif aziz

Susah jugak jadi artis nie rupanya. Dah ramai sangat peminat sampai boleh tak ingat siapa yang kita cium. Itulah komen Aliff Aziz pasal gambar panas bercium dia. Adakah Aliff Aziz mempunyai short term memory problem? Atau memang hobi dia mencium mana-mana perempuan yang dia kenal? Takpun maybe sebab dah ramai sangat pompuan jadi mangsa ciuman dia sampai dah tak ingat yang mana satu pompuan dalam gambar tue?

Ini yang bertambah semangat kami nak menjadi seorang artis nie. Anda tak perlu kenal awek atau pakwe mana anda nak cium. Main bantai cium jer. Layannnnn jer. Biasalah kalau dah jadi artis. Femes sangat sampai peminat-peminat dan awek-awek beratur nak bercium dan berpeluk ngan kita. Buat macam Touch N go jer. Hehehe.

Apa-apa pun tahniah buat Aliff Aziz sebab berani mengaku sememangnya lelaki dalam gambar panas bercium Aliff Aziz yang kami keluarkan semalam adalah dia. Tahniah jugak sebab berani meminta maaf dan mengakui kesilapannya. Lain kali berhati-hati ye. Awak tue baru umur 18 tahun. Panjang lagi karier sebagai seorang artis. Jangan disebabkan gambar nie hancur pulak karier tue.

P.S: Keputusan rasmi pemenang pertandingan pengkomen terbanyak akan kami keluarkan minggu depan. Tunggu ~~~~

Written by AbangNara | September 9th, 2009

Memey kata dia tolong jaga anak Norman Hakim aja, sebab Norman Hakim kena drive…mana boleh drive sambil pegang anak, betul gak tu. Kang kalau brek mengejut jatuh pulak baby..bahaya tu.

“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.

“Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,” jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.

Kebetulan je tau korang, bukan plan pon! Jangan buat isu pulak OK.

Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.

Orang dulu-dulu kata, Malu tandanya setuju…

Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.

Hmmm….