Written by AbangNara | May 13th, 2009

jamal abdillah

Kami memang minat gila-gila kat abang Jamal Abdillah. Memang tak ada penyanyi lelaki lain setakat ini yang mempunyai suara dalam macam dia. Memang boleh bikin naik bulu-bulu roma kat tangan.

Tapi kami kecewa bila kes cerai Jamal Abdillah dan isterinya, Fatimahtuzahra disambung minggu ini. Bukan apa, tak sangka yang Jamal boleh “bersama” dengan isterinya selepas 2 hari menjatuhkan talak.

Kalau la tengah “high” masa tue bolehlah dimaafkan sebab tak sedar. Tapi abang Jamal sendiri mengaku yang dia memang sedar dia dah ceraikan bini dia. Dan dia “bersama” bininya sebagai cara nak selamatkan rumah tangga diorang dua.

Adoi abang Jamal, janganlah buat macam nie. Malu kami dengar. Ikut ilmu kami yang cetek nie, memang haram la untuk “bersama” selepas bercerai. Kalau salah tolong betulkan ye.

P.S: Ada sesapa nak gi tengok konsert Jamal Abdillah kat Istana Budaya nanti? Leh pergi ramai-ramai.

 
Written by AbangNara | May 13th, 2009

artis wanita malaysia

Dah lama rasanya tak menguji kebijaksanaan pembaca-pembaca blog kami. Soalannya mudah aje, siapakah penyanyi wanita di dalam gambar di atas?

Nak klu? Lagu dia sangat popular di Hot FM. Hampir setiap hari kot boleh dengar. Nak klu lagi? Dia dah lama menyanyi cuma agak kurang femes.

Kalau pandai tekalah. Hehe. Jawapannya kami akan bagitau esok. Selamat mencuba!!!

Written by AbangNara | May 13th, 2009

Memang Agnes Monica comel bangat tak kira rambut pendek ke panjang. Terbaik~~~. Sila layan video klip terbaru Teruskanlah dari Agnes Monica dan jatuh cinta dengannya.

Written by AbangNara | May 12th, 2009

Anak angkat dah cecah umur 3 tahun, bila pulak Misha Omar nak merasa anak sendiri? Ke fobia nak berkawin sebab ada alasan tertentu?