
[poll id="19"]

Buat peminat-peminat kipas susah mati (die hard fan) Hafiz AF7, kami paparkan khas kepada anda gambar semasa Hafiz digelar juara Akademi Fantasia 7. Tak ketinggalan video persembahan Hafiz AF7 di konsert terakhir semalam.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat gambar dan video Hafiz, Juara Akademi Fantasia 7.
17.05.2009 AF7 48 Comments

Walaupun tak follow sangat Akademi Fantasia 7, kami sempat ambil tahu tentang keputusan konsert akhir AF7. Hafiz adalah juara AF7, dengan Aril jadi naib johan. Tempat ketiga adalah Akim, tempat ke 4 dan ke 5 masing-masing pergi kepada Yazid dan Isma.
Tahniah buat Hafiz AF7. Dapat keta Honda Accord tue.
P.S: Hafiz cakap “ini semua untuk anda” masa ucapan. Kalau gitu kena la kongsi-kongsi hadiah untuk pengundi dia. Hehehe. Apa lagi gi la kedai potong kereta.
P.P.S: Sungguh kurang ajar Aril mengusap-ngusap perut Hafiz. Mementanglah Hafiz tue badan gemuk sikit. Pastue suka sangat si Aril tue interframe muka masa Hafiz diumumkan jadi juara.
17.05.2009 AF7 219 Comments

Dengan sekali lafaz je Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini sah bergelar suami isteri. Memang nampak sepadan kedua-duanya bila tengok gambar majlis kawin Zamarul dan Diana nie.. Bagai pinang dibelah dua.
8 tahun bercinta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam jam 10.30 pagi tadi menjadi saksi keutuhan cinta mereka berdua. Beruntung Diana Rafar dapat Zamarul yang masih maintain kacak bergaya walaupun seorang duda.
Tahniah kami ucapkan buat kedua-dua pasangan mempelai. Semoga perkahwinan anda dirahmati dan diberkati. Oh ya lupa nak bagitau yang wang hantaran yang diberi ialah sebanyak RM 16,500.
Lagi gambar sekitar perkahwinan Zamarul Hisham dan Diana Rafar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
16.05.2009 Diana Rafar, Zamarul Hisham 81 Comments

Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan si Nek Jijah nie. Untuk mereka yang tak tahu, gambar aksi posing panas Azizah Mahzan bersama Zafrul merupakan gosip yang popular kat sini dengan mencecah 539 komen. Hidup Azizah Mahzan!!!
Terbaru yang kami dengar-dengar ialah Azizah Mahzan tengah sibuk nak menguruskan diri untuk satu teater nie. Sebabnya supaya dia senang kena gantung dalam teater tue.
Nek Jijah janganlah mati dulu. Kami masih dahagakan aksi-aksi dan gaya-gaya terkini lagi sensasi Nek Jijah Kalau dalam bahasa omputih “We want more of you Nek Jijah”.
Tapi kalau artis-artis muda baru nak naik pergilah belajar cara berlakon dengan Azizah Mahzan. Memang superb. Lebih kurang setaraf ngan Azean Irdawaty dia nie. Jangan pergi belajar buat pose terlampau udah la ye.
P.S: Isi artikel ini sememangnya tak ada kena mengena dengan tajuk artikel. Cuma saja nak naikkan kembali nama Azizah Mahzan. Maklumlah dah lama tak dengar cerita dia.
16.05.2009 Azizah Mahzan 71 Comments
Email kami di borakartis [at] gmail.com untuk berkongsi gosip, gambar, pandangan, kutukan, luahan perasaan atau apa-apa sahaja. Laman lain kami:-
ButikNara - Koleksi Tudung Nara
AmazingNara - Hilangkan Stress Anda
SetelKahwin - Jom Kawin Jom
Antara pencapaian BeautifulNara yang boleh dibanggakan oleh kesemua pembaca kami ialah:-
1. Keluar dalam rancangan HipTV Tv9
2. Artikel dalam TheStar
3. Artikel dalam New Straits Times
4. Artikel dalam Berita Harian
Gosip Paling Popular