Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 20
Written by Bella | November 8th, 2017

Tindakan spontan Mia Ahmad yang mencium pipi suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan kerana merasa bangga ketika JDT memenangi Piala Malaysia 2017 mengundang kecaman netizen.

Ingin menjelaskan isu tersebut bukanlah satu masalah yang besar, Mia menerusi Insta Story memuat naik  “screenshot” perbualan Izham bersama seorang ustaz tentang hukum seorang isteri mencium suami di tempat terbuka.

Berdasarkan penjelasan ustaz berkenaan, tidak salah untuk seorang isteri memberikan ciuman cinta serta kasih sayang kepada suaminya asalkan perbuatan mereka tidak menimbulkan nafsu orang lain yang melihatnya.

Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan terus mengkritik Mia dan Izham.  Mia juga tidak sengaja melakukan aksi tersebut.

Sumber Berita : Instagram Mia Ahmad

 
Written by Bella | November 8th, 2017

Dilabel sebagai “playgirl” kerana sering dilihat berdampingan dengan lelaki, pelakon Ruhainies bagaimanapun tidak kisah dengan kata-kata orang dan mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau tidak selesa berkawan dengan wanita. Buat Ruhainies, wanita memang tidak boleh dipercayai manakala lelaki pula lebih memahami dan sering menjadi tempat mengadu untuk berkongsi masalahnya.

Tahu sahajalah orang perempuan ni… kuat gosip! Kalau berkongsi masalah atau hal peribadi mesti tak boleh simpan rahsia. Saya sendiri pun kadang-kadang kuat juga bergosip, jadi saya tahu situasi itu dan membuatkan saya mengelak daripada berkawan rapat dengan perempuan.

Alhamdulillah setakat ini semua rakan lelaki saya bukannya jenis nak menggatal atau cuba memikat saya tetapi ikhlas berkawan… bersahabat baik. Semua rakan lelaki yang saya cukup memahami dan bukannya ada niat tidak baik dan semuanya sempoi membuatkan saya senang berkawan.

Walaupun dikelilingi ramai kawan lelaki, Ruhainies tetap menjaga batasan pergaulan dan maruahnya agar tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 8th, 2017

Semalam, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke 3 bertempat di KLCC. Bertemakan warna pink, Jemyma kelihatan cukup comel dan bahagia apatah lagi dengan kehadiran bapa tercinta, Jejai yang turut memeriahkan lagi majlis tersebut.

Ramai peminat mendoakan agar Jemyma membesar menjadi anak yang solehah dan pada masa yang sama sempat memuji sikap Fasha dan Jejai yang sanggup melupakan persengketaan sebelum ini demi anak-anak mereka.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Putri Raysha Jemyma dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : kaki5photo

 
Written by Bella | November 8th, 2017

Lagu Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan cukup popular sekarang dan berjaya bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 Ahad lalu. Walaubagaimanapun, ada pihak yang mendakwa lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat, Mike Chan dan Faizal Tahir adalah karya ciplak. Ia adalah nyanyian asal penyanyi dari China, Hua Chen Yu berjudul King & Beggar yang diterbitkan pada tahun 2015.

Bagi menjawab segala persoalan, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32, Nurul Huda Khalid ketika dihubungi berkata, lagu Jangan Menangis layak bertanding kerana  Aizat, Mike Chan dan Faizal adalah pencipta asal lagu yang dinyanyikan penyanyi China itu.

Nurhul Huda  juga berkata, lagu tersebut juga tidak pernah dihantar untuk dicalonkan dalam Muzik-Muzik sebelum ini.

Lagu ini tak ada masalah dipertandingkan kerana mereka pencipta asal. Lagi pun lagu ini masih mengekalkan melodi sama cuma lirik saja diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Paling penting, lagu ini bukan lagu saduran atau ciplak. Seperkara lagi, lagu ini tidak pernah dipertandingkan dalam Muzik Muzik. Jadi, tidak menjadi masalah untuk dicalonkan. Mereka sebagai pencipta ada hak ke atas lagu ini.

Sekiranya lagu ini ke AJL sekali pun, ia bukan satu masalah. Sama seperti lagu Anak Kampung nyanyian One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Seperti semua maklum, versi asal lagu ini dalam Bahasa Kadazan. Jadi apabila ia disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia, pihak penerbitan okey. Macam saya katakan tadi, selagi sesebuah lagu tidak pernah dipertandingkan dan ia masih lagu asli pencipta berkenaan, tak ada masalah.

Biasalah kalau ada lagu yang dinyayikan dalam versi lain ataupun diberikan nafas baru. Malah, karya artis tempatan juga banyak diciplak ataupun melodinya digunakan oleh artis luar sehingga mereka juga popular.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 20 of 3,496« First...10...1819202122...304050...Last »