(7 GAMBAR)Mizz Nina Hiasi Majalah ENF

Lama tak mendengar cerita terbaru tentang Mizz Nina. Sejak popular dengan lagu What You Waiting For, karier Mizz Nina memang berkembang pesat. Di kala suaminya Noh Hujan sibuk dengan pertunjukan mantap di Versus, Mizz Nina kini sedang sibuk mengembangkan empayar muziknya dengan berkolaborasi dengan produser terkenal Amerika Syarikat.

mizz nina

Kalau anda memang peminat Mizz Nina, jangan lupa untuk membaca perkembangan terbaru Mizz Nina menerusi majalah online ENF. Banyak cerita-cerita menarik yang dikongsikan di situ. Abang Nara sendiri terkagum sebentar membaca kesungguhan Mizz Nina untuk maju ke hadapan di dalam industri hiburan. Memang hebat.

Lagi 6 gambar Mizz Nina di dalam majalah ENF dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 

(31 GAMBAR)Sekitar Persembahan Akhir Konsert MANIA

Rasanya semua sudah tahu yang kini bergelar semi jutawan setelah berjaya membawa pulang RM500,000 dengan menjadi juara di MANIA. Abang Nara paling suka persembahan Hafiz ketika menyanyikan lagu I Believe I Can Fly. Meremang sedikit bulu roma Abang Nara.
mf
Walaupun agak ramai yang tidak berpuas hati dengan kedudukan Jac di tempat ketiga, namun perlu diingatkan bahawa segalanya bergantung kepada undian daripada penonton. Rasanya sebelum keputusan diumumkan pasti akan ada auditor yang mengesahkan jumlah undian. Apa pun, sememangnya Hafiz layak dinobatkan sebagai juara MANIA.

Lagi 30 keping gambar sekitar konsert akhir MANIA dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 

(TAHNIAH)Hafiz Juara MANIA, Bawa Pulang RM500,000

Akhirnya debaran MANIA telah pun berakhir sebentar tadi dan Hafiz telah pun dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan ini, Hafiz membawa pulang RM500,000. Sepanjang MANIA, Hafiz berada di empayar Ahmad Dhani. Ahmad Dhani turut membawa pulang RM300,000 berikutan kejayaan Hafiz.

hafiz juara mania

Sementara itu, Jacyln Victor mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM100,000. Stacy pula berjaya mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang RM200,000. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Jangan lupa untuk berkongsi kejayaan dengan para peminat yang telah banyak mengundi anda.

 

Kepala Saya Melekat Di Sejadah – Yatt Hamzah

Agak lambat Abang Nara mengeluarkan kisah ini. Mungkin tajuknya agak sensasi seperti majalah Mastika, tetapi ada pengajarannya untuk kita semua. Ini adalah kisah Yatt Hamzah yang mendapat petunjuk untuk memakai tudung baru-baru ini. Memang insaf membacanya.

kisah yatt hamzah bertudung

Di bawah ialah kisah penuh yang Abang Nara jumpa di internet untuk tatapan anda.

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”

“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Abang Nara pasti ada di antara pembaca BeautifulNara yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Yatt. Apa kata kongsikan untuk renungan dan iktibar kita bersama.