Written by AbangNara | July 1st, 2012

Minggu lepas, Abang Nara telah pergi ke Zoo Negara untuk majlis pelancaran Celcom First.

celcom first

Seingat Abang Nara, dah berpuluh tahun jugaklah Abang Nara tak menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Semasa naik tram, Abang Nara terfikir kenapa majlis pelancaran ini dilakukan di Zoo Negara. Apa kaitan Celcom First dan haiwan-haiwan di dalam Zoo?

celcom first

Rupa-rupanya, pelancaran Celcom First ini disimbolikkan dengan seekor gajah yang diberi nama Teriang. Teriang berumur 32 tahun dan dibawa ke Zoo Negara sempena projek “wildlife adoption” yang dianjurkan oleh Celcom. Sehebat dan sekuat gajah, Celcom First menjanjikan sesuatu yang hebat untuk pengguna Celcom.

celcom first

Antara ciri-ciri awesome Celcom First ialah:-
1. One Rate
2. Real Rate
3. Auto Rate
4. Pick a Paid
5. Pay Your Way
6. Smart Menu
7. First Advantage
celcom first
Nanti Abang Nara akan ceritakan lebih details tentang kelebihan Celcom First ini dalam satu lagi entri. Abang Nara paling bangga apabila Celcom mengumumkan yang setiap RM0.10 daripada setiap pelanggan baru Celcom First akan didermakan untuk menjaga kebajikan Teriang. Satu usaha yang sangat murni.

celcom first

Kalau anda dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang Celcom First, sila layari www.celcom.com.my sekarang jugak.

P.S: Hari itu jugaklah first time Abang Nara tengok gajah membuang air besar. Sungguh besar tahinya.

 
Written by AbangNara | July 1st, 2012

Sebentar tadi, Abang Nara telah menghadiri majlis persandingan Irma Hasmie dan Redza Syah. Terima kasih kepada Irma atas kesudian menjemput Abang Nara. Selepas melihat secara face to face, secara jujur, sememangnya suami Irma Hasmie sangat kacak. Namun masih tidak dapat menandingi kekacakan Abang Nara. Hehehe.

gambar persandingan irma
Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don memang sangat berbeza dengan mana-mana majlis perkahwinan selebriti yang Abang Nara pernah pergi. Senang cerita, ini adalah sebuah majlis perkahwinan yang sangat Islamik. Paling Abang Nara terharu ialah apabila melihat video Irma dan Redza menceritakan detik pertemuan mereka ketika melakukan umrah.

gambar persandingan irma

13 keping lagi gambar sekitar majlis persandingan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 1st, 2012

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai kesenian tradisi, antara yang terkenal ialah seni persembahan Dikir Barat dari Kelantan. Seni ini bukan saja mempunyai peminat dari kalangan penduduk Pantai Timur, malah mempunyai peminat dari seluruh Negara.

Justeru itu, sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan kesenian Dikir Barat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menyajikan kepada pencinta seni tanah air pada malam ini dan esok, Konsert Ekstravaganza Dikir : Segalanya Dikir! yang bertemakan “Dari DESA ke ISTANA” bertujuan mengajak khalayak kontemporari untuk menikmati persembahan tradisional yang popular di pentas berprestij apatah lagi pertaruhan artis popular bukan semata-mata untuk menarik minat generasi muda Malaysia sahaja, bahkan ianya adalah satu suntikan komersil dan menggalakkan eksperimen yang sihat menerusi muzik tradisional dan kontemporari dalam arus industri muzik perdana tanahair.

Masih belum terlambat bagi para peminat seni tanah air untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Dikir Ekstravaganza untuk malam ini dan esok. Rangkaian harga tiket berjumlah RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 65 sahaja melalui www.ticket2u.biz atau datang ke kaunter Box-Office, Istana Budaya hari ini mulai pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam untuk membeli tiket dan esok pada waktu pejabat. Untuk malam ini terdapat persembahan dari Ziana Zain dan Hazama manakala esok pula akan menampilkan legenda Rock Awie dan Raja Pop Jamal Abdillah.

Antara artis yang terlibat untuk kedua-dua malam ialah Halim Yazid, Jen Enduro, Fendi Kenali, Sabri Yunus, Roy Kapilla, Noraniza Idris, Bob AF, Shruti, Eyo Hock Seng, Dennis Lau, Danial Lee (Malaysian Idol), Jimmy Palikat, Ito Blues Gang, Poe, Sesastre, Wakaka Crew, Alif Satar, Jamal Abdillah dan Lan & Typewriter.

Datang jangan tak datang!

Kredit gambar: arsenalredjuan

Written by serenity | June 30th, 2012

Siri Teater Tradisional 2012 merupakan satu program yang diadakan sempena bulan Festival Kuala Lumpur yang menekankan aspek penglibatan peserta dari pelbagai kaum. Program ini bertujuan untuk mengangkat martabat siri teater tradisional agar tidak lupus ditelan dek zaman.

Objektif mengadakan program Siri Teater Tradisional 2012 ini adalah untukmengangkat dan memartabatkan teater tradisional ke taraf kecemerlangan. Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap teater tradisional dan satu usaha ke arah pemuliharaan dan pengekalan seni teater tradisional.

Membuka persembahan malam ini dan esok (30 Jun dan 1 Julai) di Panggung Eksperimen ASWARA mulai 8.30 malam ialah persembahan teater Opera Cina yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Totalmas. Pada asal akar umbinya kumpulan ini mula diasaskan sekitar tahun 1957 dan bergiat aktif sehingga ke hari ini. Kumpulan ini telah dinamakan Persatuan Peminat Opera Dan Muzikal Cina Totalmas Kuala Lumpur (Opera Cina Totalmas) dan sebagai presiden kumpulan, Encik Tan Cho San (Frankie) menjadi tunjang utama menerajui semua aktiviti-aktiviti dan projek-projek bagi memastikan kumpulan ini bergiat cergas.
 Kumpulan ini dibantu oleh jurulatih-jurulatih yang terlatih di samping pemain-pemain watak (pelakon) dan ahli muzik. Kerjasama yang kukuh menjadikan kumpulan ini terus berkembang dan berjaya.

Opera Cina merupakan seni teater yang unik dan popular yang memaparkan identiti masyarakat Cina sejak ia dibawa masuk pada pertengahan abad ke 19. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti pemandangan pentas, kostum yang bersesuaian dengan tajuk pementasan opera, dan juga seni lakonan.

Opera ini masih dapat ditonton hingga sekarang disebabkan oleh kewujudan, dedikasi dan cinta para pelakon sesebuah kumpulan itu

Teater Wayang Kulit Purwo pula akan menemui penonton pada 5 dan 6 Julai di tempat dan waktu yang sama. Di Johor kesenian Wayang Kulit terdapat di bahagian selatan pantai barat dan biasanya digerakkan oleh penduduk-penduduk berketurunan Jawa. Bermula dari kedatangan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu khususnya di kawasan pantai  barat Negeri Johor dan penempatan di kawasan Daerah Batu Pahat dan Pontian.

Di Kampung Parit Bingan Darat Mukim 8, Parit Raja ini kesenian Wayang Kulit Purwo ini telah diasas dan dipimpin oleh Allahyarham Embah Bakri seorang tokoh dikalangan masyarakat setempat. Beliau telah diangkat menjadi dalang wayang kulit purwo di kampung ini dan kemudiannya selepas perang dunia kedua diangkat pula Pak Sukur sebagai dalang seterusnya Dalang Tuan Haji Misiran Tarjo. Kumpulan ini kemudiannya diberi nama Kumpulan Wayang Kulit Purwo Setia Budi.

Kumpulan diambil alih oleh Dalang Encik Yusof Hj.Marji. Setelah beliau meninggal dunia kumpulan wayang kulit ini berpecah dua dan menggunakan nama asal Setia Budi dan menjalankan kegiatan di Kampung Parit Nipah dibawah pimpinan Wak Miskon dan kumpulan asalnya meneruskan kegiatannya dengan nama Kumpulan Wayang Kulit Sri Wahyuni di bawah pimpinan Dalang Encik Mohamad Hj.Marji dan Dalang Encik Margono Paijo. Pada masa lalu terdapat juga dalang-dalang undangan seperti Arwahnya Pak Margono Sitir dari Batu Pahat, Pak Misran dari Kluang, Pak Robion dari Johor Bahru dan Pak Karjo dari Pontian.

Manakala pada 7 dan 8 Julai. Teater Jikey akan dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA oleh Kumpulan Teater Tradisional Negeri Kedah.

Kesenian Tadisional Jikey adalah sejenis teater rakyat yang terkenal di kalangan penduduk di Utara Semenanjung terutamanya di Negeri Kedah dan Perlis.

Jikey merupakan kesenian yang paling ketara dengan ciri-ciri tempatan hingga menjadi satu identiti Pulau Langkawi yang menggabungkan unsur muzik, nyanyian, tari dan lakon. Jikey merupakan sebuah teater tradisional yang mempunyai cirri-ciri ‘folk’ dan teater ini hampir pupus. Ianya berbentuk teater sekeliling pada zaman dahulu yang berbentuk gelanggang. Gelanggang ini dibina di atas tanah kerana lebih mudah ditonton serta dilakonkan ceritanya tetapi telah diubahsuai pada masa kini dan boleh dipentaskan diatas pentas moden.

Kesenian ini hampir pupus dan pemain wataknya adalah terdiri daripada golongan warga emas. Jesteru persembahan-persembahan yang berkala akan membantu kepada usaha pengekalan dan pemuliharaan kesenian ini dari terus ditelan arus pemodenan.

Orang ramai dijemput untuk menonton teater-teater tradisional ini di Panggung Eksperimen ASWARA pada tarikh-tarikh yang disebutkan mulai 8.30 malam. Pas masuk percuma boleh didapati di pintu masuk. Program ini diseliakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Kalau bukan kita yang menghargari teater tradisional kita, siapa lagi, bukan?