Written by AbangNara | April 13th, 2009

gambar abpbh2008

Akhirnya setelah berpenat lelah mencari gambar di malam ABPBH 2008, kami sudah berjaya menjumpai gambar-gambar sekitar malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk tatapan anda.

Setakat ini tak jumpa lagi gambar red carpet ABPBH 2008. Banyak lagi gambar artis-artis semasa dan selepas ABPBH 2008 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | April 13th, 2009

Untuk mereka-mereka yang terlepas aksi Nabil memeluk Irma Hasmie sewaktu pengumuman Bintang Paling Popular 2008, sila tengok video di atas.

Kami tak berniat nak membesarkan perkara ini cuma sebagai seorang artis, Nabil perlu lebih prihatin dengan setiap kelakuannya terutama di majlis anugerah-anugerah sebesar ini.

P.S: Makin sayang la Irma Hasmie kat Nabil lepas nie. Kawin ajerlah cepat-cepat. Dah tak sabar dah nampak gayanya tue.

Written by AbangNara | April 13th, 2009

mila af

Mula-mula rasa nak gelak jugak bila tengok gambar Mila AF memakai kostum ayam nie. Tapi bila tengok lama-lama comel la pulak. Teringin pulak rasa di hati nak try pakai apa yang dipakai oleh si Mila nie.

Kesian jugak kat artis-artis macam Mila yang bernaung bawah Maestro. Sejak Maestro bungkus nie, mesti pening kepala fikir nak cari show untuk cari duit. Jadi ayam pun jadi ayamlah, asalkan duit dapat.

Lagi gambar comel Mila AF bertukar menjadi ayam dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 12th, 2009

senarai pemenang abpbh2008

Penat kami bersengkang mata untuk memberikan keputusan terkini dan senarai pemenang ABPBH 2008 untuk anda semua. Secara ikhlasnya, majlis anugerah ABPBH 2008 ini sangatlah membosankan. Boleh baca artikel ini untuk melihat keputusan senarai pemenang ABPBH 2008.

Lawak pengacara majlis terutamanya Adlin memang gagal diterima oleh kami. Sungguh tak lawak sekali. Kami cuba menggagahkan diri nak gelak tapi tak mampu. Nasib baik ada Abang Jamal yang buat persembahan penuh mantap.

Apa pun tahniah kepada Nabil kerana membolot 3 anugerah sekaligus. Tapi yang kami panas hati tue selamba je dia peluk Irma Hasmie. Kamu tue belum kawin dengan dia lagi. Dan takkanlah tak tahu semua kamera tengah fokus kat diri anda.

Kami cuma risau nie Nabil kena kondem dengan media-media hiburan. Nama pun tengah naik tapi takut sebab aksi peluk Irma Hasmie ini akan menjatuhkan nama Nabil. Apa-apa pun harap lepas ini lebih berhati-hati ya.