Written by AbangNara | September 13th, 2012

Memang sesuai sangat perlantikan Tiz Zaqyah sebagai Duta MAY ini. Abang Nara pun daripada dulu lagi pelik kenapa Tiz tak disambar oleh mana-mana pihak untuk dijadikan duta produk mereka. Bagi Abang Nara, Tiz ada personanya yang tersendiri yang menyebabkan orang menyukainya.

tiz zaqyah duta may

Jutaan tahniah kepada Tiz Zaqyah atas perlantikan ini. Semoga akan dimurahkan lagi rezeki selepas ini. Jadi pelakon dah, jadi penyanyi dah, jadi duta produk pun dah. Lepas ini kita tunggu Tiz jadi isteri orang pulak. Hehehe. Tahniah Tiz!!!

P.S: Gambar sekitar majlis pelancaran iPhone 5.

 
Written by AbangNara | September 12th, 2012

Masih tak habis-habis lagi kisah yang melibatkan Rita Rudaini, Ayu Raudhah dan suami mereka. Kalau anda masih ingat, Rita Rudaini pernah dianggap meroyan oleh Zaquan kerana menulis kata-kata yang tidak sesuai kepada Ayu Raudhah. Tidak mahu ada salah faham, hari ini Ayu tampil di Kosmo untuk menjelaskan keadaan.

zaquan ayu raudhah rita

Abang Nara tertarik dengan kenyataan Ayu yang menyatakan dirinya tidak pernah ada masalah dengan Rita Rudaini sebelum perkahwinannya dengan Zaquan. Dan paling penting, Ayu tidak tertekan membaca kata-kata yang ditulis oleh Rita Rudaini. Itu sangat penting terutamanya kepada wanita mengandung. Kata Ayu:-

Saya tidak tertekan dengan kenyataan dia (Rita). Dia kata keguguran saya adalah balasan daripada Tuhan, tapi Alhamdulillah, saya kini mengandung lagi. Saya tidak mahu riak sebenarnya mungkin belum rezeki saya dikurniakan anak ketika itu. Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya. Cuma, sebelum berkahwin dengan Zaquan dengan tiba-tiba dia tuduh saya macam-macam. Saya tidak faham.

rita ayu

Susah nak cakap siapa yang berada di pihak yang benar. Sebagai peminat, marilah kita doakan agar kedua-dua wanita ini berbaik-baik semula. Gaduh pun tak guna jugak. Buat penat otak je nak memikir. Semoga dibukakan pintu hati mereka berdua untuk bermaafan dalam masa yang terdekat ini.

P.S: Rosalinda kembali dengan lagu Akon Right Now versi Kelantan. Memang pecah usus gelak.

Written by AbangNara | September 12th, 2012

Susulan kenyataan Mizz Nina berkaitan persembahannya bersempena dengan Arthur’s Day, Abang Nara menerima puluhan email daripada pembaca BeautifulNara yang meluahkan isi hati mereka. Dalam banyak-banyak email yang diterima, Abang Nara suka dengan tulisan seorang pembaca yang ingin namanya dirahsiakan ini.

mizz nina

Walaupun ditulis dalam bahasa Inggeris, Abang Nara rasa tiada masalah untuk anda memahaminya kerana Bahasa Inggeris yang digunakan sangat mudah. Kalau tak faham jugak silalah guna Google Translate. Berikut ialah email yang dihantar:-

I am writing in response to an artist’s response towards the netizen’s reaction on her agreement to participate in the performane of “Arthur’s Day”.

The fact is that, when something is haraam, it follows that we are not supposed to support or participate in it in whatever way. If anything, we should pray at home that an event as such should not take place at all in our country, let alone attending it and
performing in it (either as an opening performance or main performance, whichever)

It was also questioned on her part “why suddenly it is an issue now”. I am not an Al-Azhar graduate but my basic understanding of Islam teaches me that when something is ruled as Haraam, it remains Haraam even when NOBODY criticise you for doing it. To give an easy example, Ahmad has been stealing at villagers’ fruitfarm for a few years and quite a few people knew about it but weren’t confident enough to step forward and point it out to him. In the fourth year, more people knew of this immoral activity and they collectively step forward to warn Ahmad that his action is sinful in Islam. For people of normal intelligence, would it be acceptable if Ahmad were to say “I have been stealing for 3 years, why suddenly you are questioning me now?”

To make illegal the selling of alcohol is beyond the power of us mere citizens. Hence, the least we could do is to pray that alcohol making and selling is not present in our country and make a determination that we ourselves will not involve with companies selling it, whether or not our family approves and disapproves it. When something is haram, it does not justify that our family knew and approved the act. In fact, even if the WHOLE world approves it, it still does not make it halal one bit.

I really hope that Muslim artists will think more carefully when responding to an issue like this but more importantly, i hope that no more Muslim celebrities will take part in an event as such whether it is in Malaysia or abroad. Allah swt will be very pleased with our effort to keep ourselves away from haram things and when Allah is pleased, there is nothing better that we could ask for in this life, insyaAllah. May we all be forgiven for our sins, whether committed in private or in the open.

Jika anda juga mempunyai pendapat sendiri tentang mana-mana isu di BeautifulNara, boleh hantarkan email ke hi[at]beautifulnara.com. Pastikan anda menulis tanpa singkatan, ada noktah dan berperenggan untuk memudahkan proses penerbitan. Terima kasih.

P.S: Redah api untuk elak bencana alam. Mesti perit kaki dia.

Written by AbangNara | September 12th, 2012

Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan. Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini.

ayu raudhah mengandung

Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepada Media Hiburan:-

Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.

Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak, kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.

P.S: iPhone lutsinar di masa hadapan? Itu mungkin boleh terjadi.