Written by AbangNara | August 2nd, 2009

Terbakar hati kami melihat artis wanita pujaan BeautifulNara, Scha Al Yahya bermanja-manja dengan Fahrin Ahmad dalan video iklan Celcom nie. Tapi kira baguslah diorang berdua nie. Tak segan silu nak tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang diorang tengah bercinta. At least tak hipokrit macam artis-artis lain. Sikit-sikit teman tapi mesra.

Memang berbaloi-baloi betul Celcom dapatkan khidmat Scha dalam iklan diorang. Compem pasnie pelanggan Celcom makin ramai. Kami pun memang dari dulu dah guna Celcom. Murah. Tak pernah bil lebih dari RM100. Cuma kadang-kadang tue coverage dia gile sikit kalau time Celcom tengah meroyan.

Apa line tepon korang guna? Mehlah share ngan kitaorang. Nak gak tau kot-kot Digi ke, Maxis ke lagi bagus dari Celcom.

 
Written by AbangNara | August 2nd, 2009

diana amir

Ok kami tak tahu sebenarnya sama ada lelaki di dalam gambar-gambar Diana Amir nie memang betul pakwe @ kekasih hati @ boyfriend Diana Amir. Tapi dari segi kemesraan dan gaya posing, nampak macam iyer jer. Tangan pun dah sampai ke pinggang. Kalau tak pakwe takkan la dapat pegang kan?

Taknak kritik, komen atau buat ulasan lebih-lebih. Korang layan ajerlah gambar Diana Amir bersama kekasih hatinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 1st, 2009

diana amir seksi

Memang sungguh lucah majalah Mangga nie. Kini Diana Amir (pelakon Impian Sunsilk)plak yang jadi mangsa gambar separuh bogel majalah Mangga. Memang layak digelar majalah Playboy Malaysia. Seksi nak mampos gambar Diana Amir berkemban dalam majalah nie. Seksa mata melihat.

Nak kata artis Malaysia nie bodoh tak la jugak, tapi takkanlah tak berfikir langsung sebelum terima photoshoot gini. Nie bukan seksi yang biasa bagi kami, nie seksi agak luar biasa jugak lah. Ish-ish. Nak dapat populariti pun janganlah sanggup bergambar sampai macam nie. Pening kepala kami dibuatnya.

Kalau korang tak pernah tengok artis-artis wanita yang dah jadi mangsa majalah Mangga nie, kami cadangkan baca artikel kat bawah nie:-

Patutnya artis-artis Malaysia pun boikot majalah Mangga nie. Jangan layan sebarang permintaan photoshoot. Tapi tak tau ler kalau dia bayar artis-artis nie ribu riban, Maybe sebab tue diorang sanggup posing seksi tak hengat!!!

P.S: Terima kasih kepada seorang penghantar email yang berkongsi gambar nie. Tunggu nanti ada koleksi gambar Diana Amir dengan pakwenya. Ekslusif di BeautifulNara. Oh ya, pertandingan pengkomen terbanyak akan bermula 3 Ogos ini.

Written by AbangNara | July 31st, 2009

kes amelina

Sesungguhnya kami cukup kagum dengan Amelina. Rasanya semua orang tahu kes Amelina tak bayar sewa rumah. Tapi mungkin ramai tak tahu yang masa Amelina sign kontrak sewa rumah tue, dia guna identiti yang palsu. Alasannya boleh baca di bawah:-

[note]Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga. Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya. Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi.[/note]

Pergh. Kagum. Sesungguhnya bukan senang nak cari selebriti dan artis yang lali dan bosan dengan kehidupan yang femes. Artis-artis Malaysia makin hari makin gile glemer ada la. Tak ada citer wat citer. Tak ada kontroversi pergi wat kontroversi. Semata-mata nak pastikan kefemesan tak jatuh.

Sepatutnya mana-mana artis-artis yang dah tua jangok tue tirulah Amelina nie. Insap sikit. Ini tak, makin tua makin kecoh. Fitnah orang tak bayar hutang la apa la. Tangkap gambar seksi la. Ish-ish.

Apa-apa pun Amelina kami doakan kes nie setel secepat mungkin supaya privasi anda kembali semua. All the best.